Taufan Jongdari sekuat 200km/jam bakal landa barat Jepun

Foto Sumber: /www.accuweather.com


TOKYO - Taufan kuat dijangka melanda bahagian barat negara ini dan bakal mengakibatkan banjir serta tanah runtuh.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun, Taufan Jongdari merekodkan bacaan angin sekuat 200 kilometer sejam dan diramalkan melanda malam esok.

Pihak berkuasa memberi amaran akan berlaku hujan lebat, tanah runtuh, angin kuat dan ombak tinggi selain mengarahkan orang ramai agar berpindah ke tempat selamat.

Foto Sumber: /www.accuweather.com

Hari ini, taufan tersebut berada kira-kira 1,200 kilometer di barat daya Tokyo dan menuju ke arah Pulau Chichijima, tetapi dijangka bergerak ke barat wilayah Ghugoku menjelang lewat esok. 

SUMBER: AFP



Jepun Reka Sistem Kesan Pekerja Mengantuk

Foto Sumber: Bijli Bachao

INOVASI - TOKYO - Pekerja pejabat di Jepun mungkin tidak dapat tidur ketika bekerja, selepas satu sistem baharu dicipta  bagi mengesan pekerja mengantuk, sistem berkenaan akan menurunkan suhu secara automatik supaya mereka terus sedar.

Pengilang penyaman udara Daikin dan syarikat elektronik gergasi NEC pada Khamis berkata, mereka sudah mula menguji sistem terbabit yang memantau kelopak mata pekerja dengan kamera pada komputer.

Komputer itu akan menurunkan suhu bilik secara automatik, jika ia mengesan pekerja tidur di meja mereka.

"Kami berharap untuk memperkenalkan sistem ini secara komersil pada 2020," kata jurucakap Daikin sambil menambah satu ujian sudah bermula bulan ini.

Sistem itu menggunakan teknologi Daikin untuk mengubah suhu secara automatik dan teknologi pengecaman muka NEC untuk memantau pelbagai pergerakan kelopak mata yang mencadangkan jika seseorang mengantuk.

"Kajian kami membuktikan kaedah menurunkan suhu amat berkesan terutamanya ketika tanda awal mengantuk dikesan," menurut kenyataan bersama kedua-dua syarikat itu.

SUMBER: AGENSI

Alibaba Cloud Komited Melabur di Malaysia

Foto Sumber: Alibaba


BISNES: Alibaba Cloud, bahagian pengkomputeran awan Alibaba Group melancarkan 'availability zone' kedua, iaitu Zon B di negara ini dalam usaha meluaskan penggunaan dan mempertingkatkan keupayaan pengkomputeran awan bagi memenuhi peningkatan pelanggan dalam dan luar negara.

Dalam satu kenyataan di sini pada 27 Julai, Alibaba Cloud, berkata zon baharu itu membantu zon sedia ada dalam mempertingkatkan keselamatan pengkomputeran awan dan menjamin kelestarian perniagaan di dalam infrastruktur pegkomputeran awan dengan lebih kukuh.

Sehubungan itu, Alibaba Cloud berkata, pihaknya akan terus melabur di Malaysia dengan menubuhkan 'cloud based Anti-DDoS scrubbing center' yang pertama pada Ogos ini.

"Pusat ini akan mengurangkan risiko dan menawarkan pelanggan tahap perlindungan tertinggi daripada serangan DDoS.

"Pusat baharu ini mempunyai pelbagai ciri-ciri keselamatan seperti Anti-DDoS Pro, perkhidmatan yang boleh menghalang daripada setiap jenis serangan DDoS," menurut kenyataan itu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, berkata peralihan hala tuju dunia ke arah e-dagang semakin hampir dan permintaan industri tempatan semakin meningkat untuk mengambil bahagian dalam ekonomi baru ini pada peringkat global.

"Malaysia kini terus maju dengan usaha untuk mengukuhkan infrastrukturnya bagi tujuan akses kepada Internet sebagai hak asasi manusia, begitu juga mengkategorikan kemudahan bagi meningkatkan akses jalur lebar sebagai utiliti awam.

"Kejayaan perdagangan kami pada platform global bersama sokongan syarikat seperti Alibaba Cloud bergantung kepada persekitaran Internet berkelajuan tinggi. Teknologi pendahuluan yang diberikan oleh Alibaba Cloud membuka peluang baru, yang saya percaya akan memberi manfaat kepada Malaysia dalam usahanya untuk meningkatkan persaingan dan kecekapan dalam industri baru ini," katanya dalam kenyataan bersama.

Disamping memastikan kebingkasan dan standard operasi yang berkualiti tinggi, Alibaba Cloud berkata, Zon B menawarkan modul keselamatan pembayaran (HSM), pengkomputeran elastik, pangkalan data serta perkhidmatan memantau dan rangkaian.

Sementara itu, Pengurus Besar Alibaba Cloud di Malaysia, Kenny Tan, berkata pihaknya untuk membawa produk dan perkhidmatan 'cloud' yang elastik, efisien dan selamat bagi pengguna Malaysia.

"Pelancaran 'available zone' B dan 'Anti-DDoS scrubbing center' membolehkan kami menawarkan pilihan yang lebih selamat kepada pengguna. Pada masa sama, pelancaran ini akan membolehkan perkongsian pengetahuan dalam kalangan usahawan dan bakat tempatan untuk menggunakan teknologi Alibaba Cloud bagi mencapai infrastruktur yang lebih selamat," katanya.

Awal tahun ini, Alibaba Cloud mengumumkan kerjasama dengan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) di Malaysia City Brain Initiative bagi mendirikan bandar pintar yang dijana oleh kecerdasan buatan (AI) dan Big Data.

SUMBER: BH ONLINE

Jambatan Gantung Unik 350 Meter Tarikan Baharu di Turki

Foto Sumber: ANADOLU NEW AGENCY


INFO TRAVEL: Jambatan pejalan kaki gantung sepanjang 350 meter (1,148 kaki)  menjadi tumpuan dan perhatian terbaharu di daerah Andirin di selatan wilayah Kahramanmaras Turki.

Agensi Berita Turki ANADOLU NEWS AGENCY melaporkan selain tertarik dengan kecantikan sejarah dan alam semulajadi, pelancong tempatan dan asing juga bertandang ke Andirin untuk menyeberangi jambatan kaki yang luar biasa, yang dibina oleh perbandaran tempatan untuk menyambung kedua-dua belah daerah.

Pelawat mengambil gambar cenderamata di jambatan sambil menikmati pemandangan lembah.

"Kami merancang projek itu empat tahun yang lalu dan mengambil masa enam bulan untuk memohon. Pada penghujung pemisah di kedua-dua hujung adalah empat menara dalam bentuk menara. 

                            Foto Sumber: ANADOLU NEWS AGENCY


     Foto Sumber: ANADOLU NEWS AGENCY

"Ia adalah untuk pejalan kaki terutamanya, tetapi kereta juga boleh menyeberang, kerana jaraknya 2,5 meter (sekitar 8 kaki), "kata Andirin Mayor Baki Tezcan.

"Jambatan kami menarik perhatian besar, dengan sifatnya, Andirin adalah seperti Laut Hitam di rantau kami, yang bertujuan untuk menjadikan kawasan kami sebagai tarikan utama bagi Mediterranean dan Turki. Selain keindahan semula jadi kami, istana-istana sejarah juga menarik perhatian pelancong, "kata Tezcan.

"Jambatan itu boleh menyokong 1,200 tan berat dan dibina di atas lembah 100 meter," katanya.

SUMBER: ANADOLU NEWS AGENCY

HSBC Dipilih Bank Terbaik Asia

Foto Sumber: FSM News


BISNES: HSBC dipilih sebagai Bank Terbaik Asia bagi Kewangan Mampan pada Anugerah Kecemerlangan Euromoney 2018 di Hong Kong, baru-baru ini.

Ketua Eksekutif HSBC Greater China, Helen Wong, berkata antara perjanjian penting yang menyumbang kepada kejayaan memenangi anugerah julung kali itu ialah bon iklim pertama Jalur dan Jalan, perjanjian tiga bahagian daripada Industrial and Commercial Bank of China dan bon Matlamat Pembangunan Mampan US$1 billion (US$1=RM4.06), selain sukuk hijau pertama negara, US$1.25 bilion, dari Indonesia.

"Kami bangga diiktiraf sebagai Bank Terbaik Kewangan Mampan Asia yang membuktikan HSBC di barisan hadapan dalam transisi kewangan kepada ekonomi karbon rendah, keutamaan strategik yang akan memacu pertumbuhan serantau," katanya dalam kenyataan hari ini.

SUMBER: BERNAMA

Gelombang Haba: 65 maut, lebih 22,000 dimasukkan hospital

Foto Sumber: CNN/ AP


CUACA EKSTREM: TOKYO: Gelombang haba luar biasa di Jepun mengorbankan sekurang-kurangnya 65 orang sejak seminggu lalu, kata pihak berkuasa, hari ini dengan agensi cuaca negara itu mengkategorikan cuaca ekstrim terbabit sebagai 'bencana alam'.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan dalam tempoh seminggu sehingga kelmarin, sekurang-kurangnya 65 orang maut akibat strok haba, sementara 22,647 orang terpaksa dimasukkan ke hospital, menurut kenyataan Agensi Pengurusan Kebakaran dan Bencana.

Data itu adalah yang terburuk dalam rekod musim panas, sejak agensi itu mula merekodkan jumlah kematian akibat strok haba pada Julai 2008, kata jurucakap agensi kepada AFP.

Agensi Pengurusan Kebakaran dan Bencana hari ini berkata, sejumlah 80 orang maut akibat cuaca panas sejak awal Julai dan lebih 35,000 sudah dimasukkan ke hospital.

Antara yang terbunuh adalah seorang kanak-kanak lelaki enam tahun yang pengsan, ketika dalam perjalanan pulang daripada satu lawatan.

"Berdasarkan rekod, gelombang haba terus melanda negara ini, langkah segera perlu diambil untuk melindungi nyawa kanak-kanak sekolah," kata jurucakap kanan kerajaan, Yoshihide Suga kepada pemberita, hari ini. 

SUMBER: AFP

Memang 'Gila-Gila', Air Asia Tawar Promosi Tiket Sehala Serendah 10 sen!

Source: AIR ASIA


SEPANG: To celebrate our 10th consecutive Skytrax World’s Best Low-Cost Airline win, AirAsia is offering special promotional fares from as low as RM0.10 to various destinations in our network.

AirAsia BIG members can enjoy base fares from as low as RM0.10* from Kuala Lumpur to Johor Bahru, Penang, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Siem Reap, Phnom Penh, Krabi, Phuket and Pontianak as well as base fares from RM100* to Jeju, Chongqing, Taipei and Perth. Book now until 29 July 2018 for travel period between 1 November 2018 and 13 August 2019.

Fly with our award winning Premium Flatbed from Kuala Lumpur to Bali, Xi’an, Shanghai, Seoul, Osaka, Sydney and many more destinations with all-in fares from as low as RM410*, available for booking on airasia.com or via the AirAsia mobile app. Book the lowest fare when you login with your AirAsia BIG account.

AirAsia Group Chief Commercial Officer Siegtraund Teh said, "We are proud to have been named the world’s best low-cost airline 10 years in a row. This amazing feat would not have been possible without the support of our guests, and this special promo is our way of saying thank you to the more than 500 million guests we’ve flown throughout the years. We will continue to work hard in ensuring our  guests enjoy the lowest fares.”

You can now get your shopping done before flying with our new inflight e-marketplace, OURSHOP. Visit ourshop.com to purchase your next duty-free item and pick up your item at selected airports or have it delivered on board your AirAsia flight. Earn AirAsia BIG Points every time you shop and pay with BIG Points on airasia.com.

UOB credit card holders in Malaysia will also enjoy in-flight meal cashback** with each flight booking and Santan Combo Meal booked using their UOB credit card.

For the latest updates, please follow AirAsia on Twitter (twitter.com/AirAsia) and Facebook   (facebook.com/AirAsia).

*One-way fare for BIG members only. Terms and conditions apply. For non-members, refer to airasia.com

**Only applicable for AK & D7 flights and subject to terms and conditions of UOB (Malaysia) AirAsia Merdeka Promotion 2018.

SOURCE: AIR ASIA

CUACA EKSTREM: Jepun Dilanda Gelombang Haba Luar Biasa, Catat 40 Darjah Celsius

Foto Sumber: ACU WEATHER


JIKA sebelum ini, Jepun dilanda ribut taufan dan banjir luar biasa sehingga mengorbankan lebih 200 nyawa dan merosakkan banyak kediaman penduduknya kini negara itu berhadapan satu lagi cuaca ekstrem luar biasa apabila gelombang haba melanda.

Agensi Berita Antarabangsa ABC NEWS dan JAPAN TIMES melaporkan gelombang haba di Jepun mengakibatkan sekurang-kurangnya 30 orang maut dan lebih 12,000 lagi mendapatkan rawatan di hospital dalam tempoh dua minggu pertama bulan ini, menurut data pihak berkuasa.

Cuaca panas dengan suhu 40 darjah Celsius dicatat berlaku di kebanyakan bandar utama di Jepun semalam.

Seramai 12 orang meninggal dunia akibat strok haba dalam tempoh se­minggu hingga 15 Julai lalu iaitu selepas tiga kes kematian minggu sebelumnya, menurut data terkini.

Lebih 9,900 orang terpaksa dibawa ke hospital pada minggu pertengahan Julai ini iaitu peningkatan daripada 2,700 individu minggu sebelumnya, kata Agensi Pengurusan Bencana dan Kebakaran.

Tiada petunjuk bahawa fenomena cuaca panas semasa akan menyusut setakat ini.

Agensi berita Kyodo News melaporkan sekurang-kurangnya 11 orang, khususnya golongan warga emas, meninggal dunia kelmarin, disyaki disebabkan strok haba.

Sejumlah 3,091 ambulans terpaksa beroperasi di seluruh bandar Tokyo pada Sabtu lalu, satu rekod baharu untuk tempoh sehari bagi menangani kes-kes gelombang haba, menurut laporan berkenaan.

Agensi kaji cuaca semalam menyatakan suhu melebihi 35 darjah Celsius dikesan di 233 titik pusat pemerhati di seluruh negara pada waktu tengah hari.

Rekod suhu panas tertinggi iaitu 39.8 darjah Celsius dicatat di pusat bandar Gujo pada waktu tengah hari semalam, manakala beberapa kawasan lain di Tokyo menyaksikan peningkatan suhu hingga 37 darjah Celsius.

Agensi kaji cuaca mengeluarkan a­maran kejadian cuaca panas luar biasa di kebanyakan wilayah utama di tanah besar Jepun.


Foto: JAPAN TIMES

“Risiko strok haba amat tinggi,” kata agensi berkenaan dan meminta rakyat Jepun meminum air secukupnya selain menggunakan langsir dan pendingin hawa di kediaman masing-masing.

Pada hari Rabu, suhu melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh lima tahun di seluruh Jepun memandangkan suhu tertinggi mencapai 40.7 C (105.3 F) di bandar Tajimi.

Suhu meluas 35 C (95 F) akan dilaporkan setiap hari minggu ini di seluruh kawasan pedalaman, sementara komuniti pantai hanya boleh mengharapkan kelegaan yang sederhana dari haba.

Suhu tinggi normalnya berkisar dari 29 C (84 F) di Tokyo ke 30 C (87 F) di Osaka dan 31 C (88 F) di Nagoya, jadi haba ini jauh melebihi normal.

Malam-malam hangat hanya akan menjadikan gelombang haba jangka panjang lebih berbahaya, terutamanya bagi warga tua dan kanak-kanak.

Pastikan minum banyak air, elakkan senaman luaran semasa panas melampau dan dapatkan rawatan perubatan jika anda mengalami tanda-tanda dan gejala strok haba. 

Fenomena gelombang haba teruk di Jepun menyebabkan sebuah bandar di barat laut ibu negara itu mencatatkan paras suhu tertinggi dalam rekod pada 41.1 darjah celsius, hari ini, kata agensi cuaca.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun, suhu tinggi itu direkodkan di bandar Kumagaya, wilayah Saitama. Katanya, ia mengatasi rekod terdahulu pada 41 darjah celsius yang direkodkan di Kochi, barat Jepun pada Ogos 2013.


Data suhu di Jepun mempunyai pelbagai tarikh mula direkodkan dengan data di Kumagaya mula disimpan sejak 1896.

SUMBER: AFP,  JAPAN TODAY, ACU WEATHER & JAPAN TIMES

Promosi AirAsia: Terbang Ke Melbourne Serendah RM199 Sehala

Foto Sumber: Traveller.com.au

INFO TRAVEL & PENERBANGAN: Promosi istimewa ke Melbourne dengan tambang termasuk semua serendah RM199 sehala sedia boleh ditempah di airasia.com mulai sekarang sehingga 15 Julai 2018, untuk tempoh perjalanan dari 5 Dis 2018 ke 13 Ogos 2019.

Tetamu yang menempah untuk terbang dengan AirAsia X dari/ke Melbourne mulai 5 Dis akan dihubungi secara terus oleh syarikat penerbangan dan diberikan keterangan perjalanan baharu mereka termasuk pelbagai peruntukan sekiranya mereka ingin menukar rancangan perjalanan mereka.

Tetamu boleh menghubungi AirAsia melalui saluran rasmi di support.airasia.com.

Untuk maklumat terkini berkenaan berita, promosi dan aktiviti terkini AirAsia melalui Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Twitter (twitter.com/AirAsia).

AIRASIA PINDAH PERKHIDMATAN MELBOURNE KE LAPANGAN TERBANG AVALON

AirAsia mengesahkan perkhidmatannya di Melbourne, Australia, akan  berpindah dari Lapangan Tullamarine ke Lapangan Terbang Avalon mulai 5 Dis ini, dan pada masa yang sama melancarkan perkhidmatan buat julung kali dari Lapangan Antarabangsa Victoria yang kedua.

Dalam satu kenyataan pada 10 Julai, AirAsia berkata perkhidmatan dua kali sehari yang diikendalikan  oleh AirAsia X, syarikat sekutu AirAsia, akan berlepas dari klia2 (lewat tengah hari dan petang) akan membawa tetamu dari Malaysia dan ASEAN semakin hampir dengan destinasi pelancongan terkemuka, Great Ocean Road.

Ia juga menyediakan akses berpatutan dan selesa dari bandar Melbourne.

“Sebagai  syarikat penerbangan utama yang melancarkan perkhidmatan antarabangsa dari Lapangan Terbang Avalon, ini merupakan satu pembawa  perubahan untuk pengguna, pelancongan dan industri.

“Kami  yakin tambang bernilai hebat dari dan ke Melbourne, akan terbukti popular dengan warga Australia yang ingin terbang ke KL atau berhubung dengan 130 destinasi popular dalam rangkaian global kami, dan ASEAN akan mendapat faedah daripada akses berpatutan dan selesa ke Victoria,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)  AirAsia X Benyamin Ismail.

Beliau berkata Lapangan Terbang Avalon mempunyai banyak keistimewaan termasuk kawasan pelepasan dan ketibaan yang mudah dan seragam serta lokasi berhampiran dengan antara ikon pelancongan terkemuka Australia – Great Ocean Road, pada masa yang sama mengekalkan akses dan kedudukan hampir dengan bandar.

Sementara itu, CEO Lapangan Terbang Avalon Justin Giddings berkata  berkata: “Pembinaan terminal antarabangsa baharu berjalan lancar. Dengan hampir 9,000 meter persegi, ia akan dilengkapi dengan fasiliti canggih dengan inovasi terkini dalam proses dan kelengkapan kastam serta pilihan membeli-belah Bebas Cukai dan makanan dan minuman.

“Kami tidak sabar mengalu-alukan AirAsia sebagai penyewa antarabangsa pertama dan tetamu dari Malaysia dan seluruh dunia ke terminal antarabangsa baharu kami,” katanya.

SUMBER: AIR ASIA & BERNAMA


Mufti: Lebih Baik Elak FB Live & I.G Ketika Tawaf

Foto Sumber: MATAF EXPANSION PROJECT


ISU: Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berpendapat hukum membuat lintas langsung menerusi laman sosial Facebook atau Instagram ketika tawaf dan sa'ie dibolehkan namun adalah lebih baik perbuatan itu ditinggalkan oleh jemaah haji atau umrah demi menumpukan ibadah kepada Allah SWT.

"Ini kerana tawaf dan sa'ie termasuk dalam ibadat yang sepatutnya ditumpukan seperti berdoa, berzikir, membaca al-Quran, berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan khusyuk kepada Allah SWT," katanya.

Menurut Zulkifli, pandangan beliau adalah berdasarkan hadis nabi diriwayatkan Imam al-Tirmizi: "Tawaf mengelilingi Kaabah seperti solat, hanya saja kamu (boleh) bercakap dalam tawaf. Barang siapa berkata tatkala tawaf hendaklah mengucapkan ucapan yang baik."

"Kebanyakan ahli ilmu termasuk Imam al-Tirmizi juga berpendapat bahawa sunat seseorang yang sedang melakukan tawaf supaya tidak bercakap kecuali kerana keperluan atau kerana zikir kepada Allah atau kerana ilmu.

"Saya berpendapat perlakuan badan yang menjaga tatasusila serta adab ketika tawaf dengan memenuhi syarat serta hati yang sentiasa tawaduk kepada Allah hendaklah diwujudkan ketika tawaf atau sa'ie," katanya dalam artikel berjudul 'Tawaf Sambil Live Facebook Atau Instagram' disiarkan di laman web rasminya.

Berikut Adalah Kenyataan Penuh: 

Soalan:


Apakah hukum menunaikan tawaf sambil melakukan live facebook atau IG?

Jawapan:

Alhamdulillah pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Kami berpendapat melakukan aksi seperti di atas adalah dibolehkan tetapi alangkah baiknya ditinggalkan. Ini kerana tawaf dan juga sa’ie termasuk dalam ibadat yang sepatutnya ditumpukan dalam acara ibadat seperti berdoa, berzikir, membaca al-Quran, berselawat ke atas Nabi SAW dan tawajjuh hati kepada Allah SWT.

Nabi SAW bersabda:

الطَّوَافُ حَوْلَ البَيْتِ مِثْلُ الصَّلاَةِ ، إِلاَّ أَنَّكُمْ تَتَكَلَّمُونَ فِيهِ ، فَمَنْ تَكَلَّمَ فِيهِ فَلاَ يَتَكَلَّمَنَّ إِلاَّ بِخَيْرٍ

Maksudnya: “Tawaf mengelilingi Ka’bah seperti solat, hanya saja kamu (boleh) bercakap dalam tawaf. Barangsiapa berkata tatkala tawaf hendaklah mengucapkan ucapan yang baik.”

Riwayat al-Tirmizi (960)

Hal ini diperkukuhkan lagi oleh pendapat kebanyakan ahli ilmu, antaranya:

Kata Imam al-Tirmizi: “Dan yang beramal atas perkara ini di sisi kebanyakan ulama'. Justeru mereka berpendapat bahawa sunat seseorang yang sedang melakukan tawaf supaya tidak bercakap kecuali kerana keperluan atau kerana zikir kepada Allah atau kerana ilmu.” (Lihat Sunan al-Tirmizi, 2/285)

Perlakuan badan yang menjaga tatasusila serta adab ketika tawaf dengan memenuhi syarat serta hati yang sentiasa kehambaan dan tawaduk kepada Allah hendaklah diwujudkan ketika tawaf atau sa’ie. Justeru, marilah sama-sama kita menginsafi diri terutamanya ketika beribadat kepada Allah SWT seperti tawaf dan sa’ie ini.

Semoga Allah kurniakan haji atau umrah kita sebagai yang mabrur. Ameen.



SUMBER: FB MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Gelombang Panas: Angka Korban Meningkat Kepada 70 di Kanada

Foto Sumber: GETTY IMAGE


CUACA EKSTREM: Gelombang panas yang melanda Kanada terus meragut nyawa apabila jumlah korban dilaporkan terus meningkat.

Dalam perkembangan terbaharu, Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan seramai 70 penduduk dilaporkan maut apabila gelombang panas melanda Quebec di timur Kanada, iaitu meningkat berbanding 54 mangsa, sebelum ini.

Menurut Kementerian Kesihatan wilayah, daripada jumlah itu, seramai 34 mangsa dilaporkan maut di Montreal.

Gelombang panas melanda timur Kanada sejak Julai lalu, tetapi kes kematian hanya dicatatkan di Quebec, berikutan paras suhu yang tinggi dan cuaca terik.

Sepanjang minggu lalu, suhu setinggi 36 Darja Celsius dilaporkan di Quebec dan Ontario, dan suhu dijangka meningkat semula di Montreal pada hari 9 Julai, dengan 'humidex' dijangka membuatnya merasa seperti pada hari 9 Julai.

Montreal di Quebec melihat suhu meningkat kepada 45C (113F) dengan kelembapan ketika lapan belas orang mati di bandar.

Foto Sumber: www.theweathernetwork.com/


Perdana Menteri Justin Trudeau berkata dalam tweet: "Fikiran saya adalah dengan orang tersayang mereka yang telah meninggal di Quebec semasa gelombang panas ini. Suhu rekod dijangka terus di Kanada tengah dan timur, jadi pastikan anda tahu bagaimana melindungi diri anda dan keluarga anda. "

Gelombang panas bermula pada 29 Jun sebagai amaran haba masih berlaku di selatan Quebec, Ontario dan seluruh wilayah Atlantik.

Pada 2010, kira-kira 100 penduduk di Montreal akibat cuaca panas. 

SUMBER: AFP & EXPRESS.CO.UK

Kawah Gunung Berapi Ijen Pancar Cahaya Biru Takjubkan Pelancong

Foto Sumber: DAILY MAIL


INFO TRAVEL: Pernahkan anda melihat cahaya biru muncul di gunung berapi. Suasana demikian pasti membuatkan kita teruja dan mahu menyaksikan apakah ia benar atau sekadar fantasi imaginasi.

Tetapi sebenarnya ia benar-benar wujud. Gunung berapi Kawah Ijen di wilayah Banyuwangi, Jawa Timur yang turut yang dikenali sebagai ‘gunung berapi biru’ menjadi tumpuan pelancong apabila memancarkan cahaya berwarna biru dari dalam gunung berkenaan.

Gambar-gambar yang disiarkan portal Daily Mail menunjukkan gunung tersebut memancarkan cahaya biru sehingga 4.8 meter tinggi ke udara dalam pelbagai bentuk.

Menurut pakar, cahaya biru itu bukan daripada lahar gunung berapi yang mempunyai warna sama seperti gunung berapi lain namun cahaya itu adalah daripada gas yang dikeluar­kan oleh gunung terbabit.

Kawah Ijen mengandungi gas sulfur yang tinggi dan apabila terdedah kepada oksigen di udara serta bertembung dengan lahar akan memancarkan cahaya biru.

Gunung tersebut menyimpan gas sulfur yang tertinggi di dunia.

Foto Sumber: DAILY MAIL

Tidak seperti gunung berapi biasa yang dilihat menghamburkan lahar berwarna merah pada siang hari, cahaya biru Kawah Ijen hanya boleh dilihat pada waktu malam.

Gambar-gambar menarik yang disiarkan oleh portal tersebut telah diambil oleh Donny Nugraha Pratama, 32, dari Tangerang, Indonesia.

Foto Sumber: DAILY MAIL


SUMBER: DAILY MAIL & UTUSAN ONLINE

Zuckerberg Miliki Kekayaan RM329 bilion, Ketiga Terkaya Di Dunia

Financial Tribune

PENCAPAIAN: Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg melakar satu lagi kejayaan menakjubkan apabila kini mendahului tokoh pelaburab terkemuka dunia Warren Buffet, sekaligus menjadi individu ketiga terkaya di dunia.

Melalui data dihimpunkan Bloomberg, Mark Zuckerberg kini mempunyai kekayaan bernilai $81.6 bilion (~RM329 bilion).

Dengan kekayaan ini, Mark Zuckerberg yang berusia 34 tahun ini hanya dibelakang Jeff Bezos (pengasas Amazon) dan juga Bill Gates (pengasas Microsoft).

Mark Zuckerberg kini mempunyai beberapa aplikasi yang aktif digunakan ramai dibawah beliau, termasuk Facebook, Instagram dan juga WhatsApp. 

Pada tahun ini, ia dilihat pihak Facebook lebih memfokuskan kepada Instagram dengan format perkongsian “Stories” yang semakin popular.

SUMBER: BLOOMBERG

Bencana Alam: 27 Maut, Lebih 50 Hilang Hujan Lebat Landa Barat Daya Jepun

Foto Sumber: JAPAN TODAY


CUACA EKSTREM: Hujan lebat terus membadai kawasan barat barat Jepun pada 7 Julai (Sabtu), mengorbankan 27 orang dan lebih daripada 50 hilang dalam kejadian tanah runtuh dan banjir yang menghancurkan rumah dan memusnahkan kereta.

Agensi Berita Jepun JAPAN TODAY melaporkan perintah atau nasihat pemindahan telah dikeluarkan untuk 4.72 juta orang pada satu ketika akibat hujan lebat yang berterusan. 

Sekitar 48,000 anggota Pasukan Pertahanan Awam, polis dan perkhidmatan pemadam kebakaran telah digerakkan untuk mencari orang yang terperangkap, cedera atau mati.

Sepuluh orang telah disahkan mati di kawasan Hiroshima, pihak berkuasa tempatan berkata, manakala yang lain terbunuh di wilayah Osaka, Shiga, Hyogo, Okayama dan Ehime.

Di Seiyo, Ehime Prefecture, lima orang mati disahkan disebabkan kesan hujan lebat.

Di Hiroshima, seorang wanita berusia 40-an meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh dan seorang lelaki yang ditemui di sungai serta disahkan meninggal dunia, manakala seorang lelaki lain meninggal selepas dia memanggil sebuah balai bomba untuk melaporkan bahawa tanah runtuh telah melanda rumahnya.

Di Kasaoka, Okayama Prefecture, enam pekerja dikebumikan selepas tanah runtuh jatuh ke kilang mereka awal pagi Sabtu, dengan satu orang mengesahkan mati.

Juga di Okayama, sebuah rumah kejururawatan untuk warga tua dibanjiri dan kira-kira 80 orang terkandas sementara di tingkat dua, manakala lebih daripada 10 orang naik ke bumbung rumah mereka ketika air melonjak di wilayah itu.

Di Matsuyama, Ehime Prefecture, seorang wanita berusia 30-an dan dua anaknya dipercayai terperangkap selepas tanah runtuh melanda rumah mereka.

Kerajaan telah menubuhkan unit penghubung di pusat pengurusan krisis pejabat perdana menteri untuk mengumpulkan maklumat, Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga memberitahu sidang akhbar.

Lebih daripada 100 permintaan menyelamat telah diterima, kata jurucakap kerajaan tertinggi.

Pada pertemuan dengan menteri, Perdana Menteri Shinzo Abe mengarahkan mereka untuk "mengutamakan menyelamatkan nyawa dan menghantar kru penyelamat tanpa berlengah-lengah."

Amaran kecemasan yang dikeluarkan dari hari Jumaat hingga Sabtu telah ditempatkan di wilayah Okayama, Hyogo, Kyoto dan Gifu tetapi diangkat di wilayah Nagasaki, Saga, Fukuoka, Tottori dan Hiroshima.

Sejak hujan lebat bermula hari Khamis, Agensi Meteorologi Jepun telah meramalkan jumlah rekod hujan hingga Ahad, memberi amaran terhadap banjir, letusan lumpur dan kilat.

Dalam tempoh 24 jam hingga tengah hari Ahad, 250 milimeter hujan diramalkan di wilayah Tokai dan selatan Kyushu, 200 mm di kawasan Shikoku dan Hokuriku, dan 150 mm di Kinki dan wilayah Kyushu utara.

SUMBER: JAPAN TODAY

Cuaca Panas: London ‘Mendidih’ Suhu Cecah 35.5 Celsius Dalam Tren


Jalan di Newbury ditutup pada 5 Julai selepas lori West Berkshire Council terbenam ke jalan raya ekoran cuaca panas
Foto Sumber: Express.Co.uk


CUACA EKSTREM: PENUMPANG tren bawah tanah di London bermandi peluh dalam gerabak kereta api yang sesak, sementara jalan raya mula cair apabila gelombang panas bersuhu 33 Celsius terus melanda kota itu.

Rekod hari paling panas 32 Celsius sebelum ini dijangka akan diatasi pada Jumaat, dan suhu akan kekal tinggi pada hujung minggu ini.

Pelancong dan pekerja di London terpaksa melalui suasana panas mendidih ketika mereka pulang malam Jumaat kerana suhu mencecah hingga 35 Celsius di dalam kereta api berkenaan.

Kegagalan isyarat di White City di barat London membawa huru-hara ke jaringan kerata api sentral apabila kakitangan stesen kereta api membuat pengumuman bahawa dia tidak pasti jika kereta api itu akan menunggu di stesen itu untuk "lima minit, lima jam, atau lima tahun."


Foto Sumber: Express.co.uk


Jaringan itu secara konsisten telah memecah rekod dengan suhu mencecah 35.5 Celsius pada musim panas lalu.

Ia menjangkaui had negara Kesatuan Eropah yang menetapkan 30 Celsius sebagai suhu maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang untuk mengangkut haiwat ternakan seperti lembu, kambing dan khinzir.

Kereta api dari Paddington juga mengalami kelewatan kerana kegagalan elektrik dan tren dari Liverpool Street juga terganggu, mengakibatkan ribuan penumpang menunggu di luar stesen dalam keadaan tidak menyenangkan.

Gelombang panas yang melanda United Kingdom selama hampir dua minggu itu turut menyebabkan penumpang dari Essex pengsan di dalam tren kerana suhu mencecah antara 28 dan 30 Celsius. 


Foto Sumber: Express.co.uk


Foto Sumber: Express.co.uk


Foto Sumber: Express.co.uk


SUMBER: Mirror UK/ MSTAR ONLINE


Alami Kereta Api Laju Hello Kitty di Jepun

Foto Sumber: Hindustan Times


INFO TRAVEL: Kepada peminat Hello Kitty, anda kini boleh mengalami suasana unik dan jarang dengan menaiki kereta api laju di Jepun.

Dalam perkembangan terkini, keretapi laju atau 'bullet train' Hello Kitty yang dipenuhi dengan imej ikon global dari Jepun memulakan perkhidmatan pada awal Julai dengan menarik beratus-ratus peminat ke majlis pembukaannya.

Japan Today melaporkan Shinkansen berwarna putih dan merah jambu yang mengagumkan dan berlepas dari stesen Hakata di Fukuoka untuk Osaka, lambaian oleh konduktor yang memakai pakaian Hello Kitty - lengkap dengan pita merah jambu trademark watak itu - dan ditonton oleh orang ramai kira-kira 400, menurut media tempatan.


Foto Sumber: CNN.com

Kereta api itu akan menyediakan perkhidmatan selama tiga bulan akan datang di antara bandar-bandar barat Osaka dan Fukuoka, West Japan Railway Company berkata, dengan harapan bahawa salah satu eksport paling terkenal di negara ini akan meningkatkan pelancongan.

Di dalam kereta api, Hello Kitty tersenyum dari warna setiap tingkap, manakala satu kereta mempunyai "anak patung Hello Kitty berukuran" untuk peminat untuk mengambil gambar diri sendiri.

Satu lagi kereta api tidak akan mempunyai kerusi penumpang tetapi menawarkan keunikan produk tempatan, termasuk pilihan barangan dan makanan, dalam usaha meningkatkan ekonomi dan pelancongan tempatan.


Foto Sumber: asahi.com

Hello Kitty telah menghasilkan industri berbilion dolar sejak Sanrio memperkenalkannya pada tahun 1974, menghiasi segala-galanya dari pensil dan piyama untuk bas dan kapal terbang dua tingkat.

Pada tahun 2015, Syarikat Kereta Api Barat Jepun melancarkan kereta api peluru bertemakan "Hogwarts Express" Harry Potter yang meluncur antara Osaka ke Kagoshima di barat Jepun.

SUMBER: JAPAN TODAY

Gelombang Haba Ragut 19 Nyawa di Kanada

Foto Sumber: clinicauandes.cl


MONTREAL: Fenomena gelombang haba di Quebec menyebabkan sekurang-kurangnya 19 maut sejak seminggu lalu ketika cuaca panas melampau melanda timur Kanada, kata pihak berkuasa kesihatan, pada 4 JULAI.

Seramai 12 yang maut dilaporkan di wilayah timur di sini, kata pengarah kesihatan awam serantau, Mylene Drouin.

Akhbar The Tribune berkata, lima daripada kematian itu berlaku sejak 48 jam lalu di Perbandaran Timur, kawasan luar bandar terletak di timur bandar ini.

Lewat semalam, dua lagi kematian dipersalahkan kerana cuaca panas melampau direkodkan di pinggir bandar ini, lapor Radio Canada.

"Doa dan ingatan saya bersama insan tersayang yang maut di Quebec ketika situasi gelombang haba pada masa ini. Suhu rekod dijangka berterusan di tengah dan timur Kanada, justeru pastikan anda tahu bagaimana melindungi diri dan keluarga," kata Perdana Menteri Justin Trudeau di Twitter.

Drouin berkata, mangsa adalah sebahagian 'penduduk amat terdedah iaitu golongan tua dan mereka yang mengalami penyakit kronik dan mental.'

Perkhidmatan kaji cuaca berkata, suhu meningkat kepada 34 darjah Celsius dengan kelembapan yang menjadikannya menghampiri 40 darjah Celsius.

Amaran cuaca panas kerajaan sudah dikeluarkan untuk rantau itu, namun pakar meteorologi meramalkan penurunan suhu pada hujung minggu.

Tiada kematidan dilaporkan bagi tempoh sama di wilayah berjiran Ontario, yang turut mengalami cuaca panas membahang ketika suhu tinggi.

Fenomena gelombang panas pada 2010 mengorbankan kira-kira 100 orang di kawasan ini. 

SUMBER: AFP

Gempar Penemuan Ikan Yu Paus 3 Tan


Foto Sumber: KOSMO!

BERITA TERGEMPAR: MUKAH - Penduduk di Kampung Penipah di sini gempar dengan penemuan seekor ikan yu seberat kira-kira 3 tan di perairan Kuala Penipah dekat sini, 5 JULAI 2018 (KHAMIS).

Mamalia sepanjang kira-kira lima meter itu dipercayai tersangkut pada pukat kira-kira pukul 8.30 pagi, lapor KOSMO!.

Menurut sumber, ikan yu paus tersebut kemudian ditunda ke darat oleh nelayan tempatan.

"Nelayan tempatan mengambil masa kira-kira dua jam untuk menunda ikan yu paus dipercayai spesis 'Rhincodon Typus' itu.

"Setakat ini, pihak berkuasa sudah dimaklumkan mengenai penemuan ikan yu tersebut," katanya.

SUMBER: KOSMO!

AirAsia Lancar Pasaran Digital OURSHOP

Foto Sumber: OURSHOP


INFO TRAVEL & PENERBANGAN: KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan kos rendah terkemuka di Asia, AirAsia, melancarkan pasaran digital baharu, 'OURSHOP', dengan rakan kongsi lapangan terbang rasmi pertama Plaza Bali Bebas Cukai, Jakarta.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tony Fernandes berkata, platform digital itu akan menghubungkan 80 juta tetamu AirAsia, yang diunjur untuk tahun ini, kepada pelbagai lapangan terbang serta peruncit pakar tempatan dengan harga kompetitif.

Beliau juga berkata, OURSHOP menawarkan pengalaman membeli-belah yang mudah dengan urus niaga tanpa tunai dan pelbagai pilihan penghantaran dari lapangan terbang serta penghantaran ke rumah, semuanya akan dilancarkan secara berperingkat-peringkat.

"Apa yang lazimnya menjadi pengalaman membeli-belah selama 20 minit ketika pelancong bergegas ke pintu masuk untuk menaiki pesawat, kini menjadi 365 hari kepuasan untuk beli-belah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengguna boleh mendapat dan menebus mata kesetiaan AirAsia Big setiap kali mereka membeli-belah di OURSHOP yang boleh diguna untuk berurus niaga di semua platform AirAsia.

Semakin jauh mengembara dan semakin banyak barangan yang dibeli, lebih banyak mata yang akan diperoleh dan dengan itu mencipta kitaran nilai.

Pelanggan juga akan mempunyai pilihan untuk membeli-belah dengan BigPay yang membolehkan mereka membeli-belah merentasi pelbagai mata wang tanpa kerugian pertukaran asing dan yuran kad kredit yang mahal.

Sementara itu, jentera pemasaran AirAsia yang mempunyai banyak sentuhan pengguna sepanjang perjalanan, termasuk tempahan dalam talian, media sosial, daftar masuk, pintu masuk, Wi-Fi di dalam pesawat dan ketibaan akan memberikan pendedahan yang lebih besar dan kelebihan daya saing. 

SUMBER: BERNAMA

Firefly Beroperasi Dari Lapangan Terbang Seletar Akhir 2018

Foto Sumber: FMT

INFO TRAVEL & PENERBANGAN: KUALA LUMPUR: Firefly Airlines akan memindahkan operasinya ke Lapangan Terbang Seletar apabila terminal baharu mula beroperasi pada penghujung 2018.

Anak syarikat Malaysia Airlines itu kini mengendalikan 20 pesawat turboprop setiap hari - ke dan dari Subang, Ipoh dan Kuantan - di Lapangan Terbang Changi.

Terminal penumpang baharu Lapangan Terbang Seletar telah menerima Permit Penempatan Sementara dan persediaan adalah mengikut rancangan untuk terminal itu memulakan operasi menjelang akhir tahun ini.

Pengurus Besar Bersekutu Lapangan Terbang Seletar, Khoh Su Lim berkata terminal penumpang baharu itu membolehkan lapangan terbang berkenaan menguruskan pertumbuhan aktiviti penerbangan yang dijangkakan pada masa depan.

"Kami bersedia untuk memberi pengalaman baharu, dari segi keselesaan dan kemudahan, kepada para penumpang apabila terminal baharu itu mula beroperasi," katanya dalam kenyataan di sini.

Bangunan terminal baharu itu, yang diuruskan oleh Changi Airport Group, mempunyai keluasan lantai 10,000 meter persegi - lebih enam kali ganda daripada terminal sedia ada.

Ia dibina dan dilengkapkan dengan kos kira-kira S$80 juta (S$1=RM2.95) untuk mengendalikan 700,000 pergerakan penumpang setahun, dengan jangkaan pertumbuhan trafik penumpang pada tahun-tahun akan datang.

Terminal penumpang baharu itu menampilkan kawasan pelepasan dan ketibaan lebih luas yang direka bentuk bagi menguruskan pesawat komersial berjadual.

Kawasan pelepasan akan mempunyai empat kaunter daftar masuk, enam laluan imigresen, dua stesen imbasan keselamatan dan ruang menunggu di pintu pelepasan lebih luas yang boleh memuatkan kira-kira 200 penumpang secara selesa.

Kaunter daftar masuk, imigresen dan imbasan keselamatan ditempatkan di laluan lurus melalui balai pelepasan, membolehkan proses menaiki kapal terbang dijalankan lebih cepat dan tanpa tekanan untuk penumpang.

Reka bentuk dalaman dicipta supaya ia mewujudkan perasaan santai dan selesa para penumpang.

Terminal baharu itu juga akan mempunyai bahagian perjalanan penumpang bagi pesawat perniagaan disewa dan jet peribadi dengan ruang menunggu khas.

Bagi kawasan 'airside' - kawasan lapangan terbang yang berada dalam semakan dan kawalan keselamatan, kastam dan pasport - penumpang akan dapat menaiki kapal terbang mereka secara lebih mudah dengan tiga parkir pesawat berada di sebelah terminal.

Ini membolehkan akses penumpang kepada pesawat menjadi lebih cepat dan cekap sekali gus mendorong peningkatan kecekapan operasi selain tempoh yang diambil bagi pesawat beralih dari satu penerangan ke penerbangan seterusnya juga lebih pendek.

Langkah ini memastikan pengoptimuman sumber dalam sistem penerbangan keseluruhan Singapura memandangkan pergerakan pesawat di Changi semakin bertambah.

SUMBER: BERNAMA

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...