NEWS | ECONOMY | LAWS | MILITARY | TECHNOLOGY| INVESTMENT | GADGET | INNOVATION | FUTURISTIC | TIPS | TRAVEL | INSURANCE | IT | IOT
Keuntungan bersih Maybank melonjak kepada RM8.11 bilion
KUALA LUMPUR – Keuntungan bersih Malayan Banking Bhd untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis 2018 melonjak sebanyak 7.9 peratus kepada RM8.11 bilion berbanding RM7.52 bilion yang direkodkan pada tahun sebelumnya.
Perolehan naik kepada RM47.32 bilion daripada RM45.58 bilion.
Bank tersebut dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, keuntungan bersih bagi tahun berkenaan juga menandakan satu rekod baharu selepas ia melepasi angka RM8 bilion buat kali pertama, didorong terutamanya oleh pertumbuhan pinjaman yang lebih tinggi, kos overhed serta peruntukan yang lebih rendah.
Pengerusi Datuk Mohaiyani Shamsudin berkata, keputusan itu mencerminkan kekuatan dan daya tahan kumpulan, yang terpaksa mengharungi pelbagai cabaran pada 2018.
“Strategi kami untuk berkembang secara mampan, sambil menguruskan perbelanjaan dan harga secara berdisiplin, merupakan faktor utama yang membolehkan kami untuk terus berada di landasan pertumbuhan walaupun berlaku ketidaktentuan dalam pasaran global,” katanya.
Dalam memberi ganjaran kepada para pemegang saham, bank telah mencadangkan dividen satu peringkat sebanyak 32 sen sesaham yang akan diberikan di bawah Pelan Pelaburan Semula Dividen Bank dengan dividen yang dicadangkan terdiri daripada bahagian tunai 15 sen serta bahagian terpilih sebanyak 17 sen yang boleh dilaburkan semula ke dalam saham biasa baru atau dibayar secara tunai.
Bersama-sama dengan dividen interim sebanyak 25 sen yang diisytiharkan sebelum ini, pembayaran dividen tahun penuh 57 sen sesaham adalah berjumlah RM6.3 bilion atau 77.3 peratus daripada keuntungan bersih.
Jumlah pembayaran dividen juga diterjemahkan kepada hasil dividen lebih tinggi sebanyak enam peratus berbanding 5.6 peratus pada 2017, katanya.
Menurut bank itu, bagi tahun penuh, kumpulan telah mencapai rekod baharu pendapatan operasi bersih yang meningkat sebanyak 1.7 peratus kepada RM23.63 bilion, didorong kenaikan 3.1 peratus dalam pendapatan berasaskan dana.
Pinjaman kasar kumpulan juga meningkat pada kadar yang lebih cepat sebanyak 4.8 peratus pada tahun kewangan 2018, berbanding 1.7 peratus sebelum ini, dengan pertumbuhan yang sihat direkodkan merentasi semua pasaran sementara deposit juga berkembang dengan pantas iaitu sebanyak 5.6 peratus berbanding 1.8 peratus pada tahun sebelumnya.
Dari segi sektorial, keuntungan sebelum cukai Perkhidmatan Kewangan Komuniti Kumpulan (GCFS) bertambah sebanyak 4.9 peratus dari tahun ke tahun kepada RM5.57 bilion, dipacu oleh francais kukuh yang dibina di rantau ini dan usaha berterusan dalam pengurusan kualiti dan aset yang berterusan.
Perbankan Global Kumpulan (GGB) mencatatkan peningkatan dalam keuntungan sebelum cukai sebanyak 4.3 peratus dari tahun ke tahun kepada RM5.36 bilion daripada RM5.14 bilion, didorong oleh pendapatan berasaskan dana bersih yang berasaskan pendapatan yang dibantu oleh pertumbuhan pinjaman merentas semua pasaran induk yang diterajui oleh Indonesia.
Perniagaan perbankan Islam kumpulan juga terus berkembang kukuh, dengan keuntungan sebelum cukai menokok sebanyak 10.2 peratus kepada rekod RM3.03 bilion di sebalik kenaikan 11.3 peratus dalam jumlah pendapatan yang teguh.
Pembiayaan dan pendahuluan melonjak 6.7 peratus manakala Akaun Deposit dan Pelaburan menyaksikan kenaikan 10.8 peratus.
Maybank Islamic mengekalkan prestasi yang kukuh, dengan pembiayaan kasar meningkat kepada RM176.8 bilion.
Pihak bank berkata perniagaan Etiqa Insurance & Takaful mencatat peningkatan 16.6 peratus dalam premium kasar yang dirangsang oleh kenaikan sebanyak 16.5 peratus dalam premium Insurans Hayat/Keluarga dan 16.9 peratus pertambahan jumlah premium am, bagaimanapun, keuntungan sebelum cukai menurun 18.6 peratus kepada RM825.0 juta.
Sementara itu, Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Abdul Farid Alias berkata, kumpulan terus mendapat manfaat daripada kekuatan francaisnya di rantau ini serta asas kukuhnya, yang memberikan keupayaan untuk menempuhi tahun yang mencabar.
“Kami tetap mengambil langkah berjaga-jaga terhadap persekitaran operasi global berikutan kebimbangan geopolitik yang berterusan serta ketidakstabilan harga komoditi, walaupun kami menjangkakan kestabilan yang lebih baik dalam pasaran domestik selepas pengambilan langkah-langkah untuk memastikan pertumbuhan yang lebih mampan.
“Kami percaya kami dapat memanfaatkan peluang-peluang perniagaan di ASEAN di mana ekonomi akan menunjukkan pertumbuhan yang bermutu, pada masa yang sama mendapat manfaat dari tumpuan dalam aspek pendigitalan yang akan membantu kami mencapai kecekapan yang lebih baik dan memacu perkembangan baharu dalam meningkatkan pengalaman pelanggan,” katanya.
Sumber BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)
TERKINI
Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?
Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...
-
(1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah) Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gang...
-
Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Pengasas Institute For Future Research, Tezla Madani Resources & Tezla Resources Pendahuluan Pendidi...
-
Sumber Foto: Mohd Ezli Mashut/11.00 Pagi/14 Jun 2023 OLEH : MOHD EZLI MASHUT Pada 16 April 2022 tular di media sosial pesawat terbang dikata...