AirAsia Tawar Tambang Serendah RM189 Ke Phuket

Grafik Sumber: Air Asia

AirAsia Malaysia melancarkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Phuket dengan empat penerbangan mingguan bermula 5 November 2021, berikutan pembukaan semula program Phuket Sandbox kepada pelancong yang sudah divaksin sepenuhnya.


Bermula sekarang hingga 31 Oktober 2021, tetamu boleh menempah penerbangan ke Phuket melalui ikon 'Flights' pada airasia Super App daripada hanya RM189 sehala untuk tempoh perjalanan antara 5 November 2021 dan 30 Mac 2022.


Tetamu juga boleh mendapatkan nilai terbaik dengan pakej penerbangan dan penginapan melalui ikon 'SNAP' di airasia Super App bermula RM549 untuk perjalanan pada tempoh yang sama.


Tetamu yang ingin menempah penginapan secara berasingan juga boleh menempah melalui ikon 'Hotels' di airasia Super App bagi penginapan yang disediakan oleh SHA Plus dan menikmati diskaun tambahan 10 peratus dengan kod promosi, AAHOTEL10.


Rakyat Malaysia yang sudah divaksin sepenuhnya dan ingin bercuti melalui Program Phuket Sandbox perlu memenuhi syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Thailand, selain menerima Sijil Kemasukan yang boleh dibuat di Sistem Pendaftaran Sijil Kemasukan ke Thailand sebelum menempah tiket penerbangan.


Berikut adalah kenyataan media penuh AIRASIA:


KUALA LUMPUR, 20 Oktober 2021 - Berikutan pengumuman pembukaan semula program Phuket Sandbox kepada para pelancong yang telah divaksin sepenuhnya dari mana-mana negara, AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) melancarkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Phuket dengan empat (4) penerbangan mingguan bermula 5 November 2021. 


Bermula dari sekarang hingga 31 Oktober 2021, para tetamu boleh menempah penerbangan ke Phuket melalui ikon ‘Flights’ pada airasia Super App daripada hanya RM189 sehala untuk tempoh perjalanan antara 5 November dan 30 Mac 2022. 


Para tetamu juga boleh mendapatkan nilai terbaik dengan pakej penerbangan dan penginapan melalui ikon ‘SNAP’ di airasia Super App bermula RM549 untuk perjalanan pada tempoh yang sama. 


Para tetamu yang ingin menempah penginapan secara berasingan juga boleh menempah melalui ikon ‘Hotels’ di airasia Super App bagi penginapan yang disediakan oleh SHA Plus dan nikmati diskaun tambahan 10% dengan kod promosi, AAHOTEL10. 


Rakyat Malaysia yang telah divaksin sepenuhnya dan ingin bercuti melalui Program Phuket Sandbox perlu memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Thailand dan telah menerima Sijil Kemasukan yang boleh dibuat di Sistem Pendaftaran Sijil Kemasukan ke Thailand sebelum menempah tiket penerbangan mereka. 


Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia berkata: “Berikutan kejayaan besar gelembung perjalanan Langkawi di Malaysia, pembukaan semula Program Phuket Sandbox bagi para pelancong dari Malaysia adalah satu kejayaan besar kerana ini menandakan pembukaan semula sekatan perjalanan antarabangsa ke Thailand. 


AirAsia berbesar hati untuk menyokong program ini dan kami berharap untuk menambah lebih banyak penerbangan untuk laluan percutian popular ini.


“Dari segi operasi, kami telah bersedia sepenuhnya untuk kembali memulakan penerbangan dan memastikan para tetamu dapat menikmati pengalaman perjalanan yang selamat, lancar dan tenang. 


Sejak pelancaran gelembung perjalanan Langkawi dan pembukaan semula perjalanan antara negeri di Malaysia, kami telah menjual lebih 1 juta tempat duduk domestik. 


Kami juga mencatatkan muatan penumpang tinggi dan tempahan kukuh pada masa akan datang yang melambangkan pemulihan sektor pelancongan.” 


Para tetamu AirAsia juga sentiasa dijamin dengan protokol kesihatan dan keselamatan ketat yang dikuatkuasakan dalam semua penerbangan kami dengan kru kabin terlatih yang terus memberikan perkhidmatan terbaik bertaraf dunia dalam masa pandemik ini.


Puan Nongyao Jirundorn, Pengarah Malaysia & Brunei, Lembaga Pelancongan Thailand berkata: “Thailand sedang bekerja keras untuk pembukaan semula sempadannya. 


Pada masa ini, rakyat Malaysia yang telah divaksin sepenuhnya boleh bercuti ke Phuket dan Samui tanpa kuarantin. 


Thailand merupakan destinasi pelancongan nombor satu bagi Malaysia dan kami teruja untuk mengalu-alukan rakyat Malaysia ke bandar-bandar lain yang akan dibuka tidak lama lagi.”


AirAsia telah memanfaatkan tempoh sekatan perjalanan selama satu tahun setengah untuk menaik taraf dan memperbaharui prosedur penerbangannya. 


Demi keselamatan dan kesejahteraan para tetamu dan kakitangannya, AirAsia hanya akan menerima tetamu yang telah divaksin sepenuhnya dalam penerbangannya, dan memastikan semua penerbangan dikendalikan oleh juruterbang dan kru kabin yang telah divaksin sepenuhnya. Begitu juga dengan kakitangan operasi dan pengendali bagasi di terminal. 


Selain itu, AirAsia menjaminkan standard keselamatan tertinggi, seiring dengan rancangan mitigasi Covid-19 nya yang termasuk hanya menerima tetamu yang telah divaksin sepenuhnya dalam penerbangan, mewajibkan proses daftar masuk secara kendiri melalui airasia Super App yang telah diintegrasikan dengan status vaksinasi melalui MySejahtera, dan bakal melancarkan sistem pengecaman wajah FACES tidak lama lagi - menjadikan keseluruhan pengalaman perjalanan secara digital tanpa kertas untuk meminimumkan sentuhan antara para tetamu dan kakitangannya.


Walaupun AirAsia hanya menyediakan perkhidmatan terhad selama 20 bulan yang lalu, semua pesawat AirAsia diselenggara sepenuhnya mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak pengeluar pesawat. 


AirAsia juga telah menubuhkan unit penyelenggaraan, pembaikan dan operasi (MRO) dalaman iaitu Asia Digital Engineering yang mampu menyelenggara bukan sahaja pesawat AirAsia tetapi juga pesawat dari syarikat penerbangan lain. 


Selain itu, semua juruterbang dan kru kabinnya juga diberikan latihan dan kursus penyegaran agar mereka sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan terbaik.


Untuk maklumat lanjut mengenai langkah-langkah keselamatan AirAsia dan SOP perjalanan, sila klik nasihat perjalanan terkini di sini. Untuk SOP Phuket Sandbox dan Senarai penginapan oleh SHA Plus di Phuket, 


Untuk maklumat dan promosi terkini, ikuti @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook. 



   Foto Sumber: AirAsia


Phuket is calling!


KUALA LUMPUR, 20 OCTOBER 2021 - Following the announcement of the reopening of the Phuket Sandbox to fully vaccinated travellers from any country, AirAsia Malaysia (flight code AK) will be resuming flights between Kuala Lumpur and Phuket with four (4) weekly services departing from Kuala Lumpur beginning 5 November 2021. 


From now until 31 October 2021, guests can book their flights to Phuket from just RM189 one way and travel between 5 November 2021 and 30 March 2022 through the ‘Flights’ icon on the airasia Super App. Guests can secure great value flights+hotel deals through the ‘SNAP’ icon on the Super App starting from just RM549 for travel within the same period. 


Those who prefer to book their hotels separately may check the ‘Hotels’ icon in the app and book hotels in Phuket provided by SHA Plus and can get an extra 10% off with the promo code AAHOTEL10.


Fully vaccinated travellers from Malaysia who wish to travel under the Phuket Sandbox Program must meet the requirements set by the Thai Government and successfully receive the Certificate of Entry by applying on Thailand’s Certificate of Entry Registration System prior to purchasing their flights. 


Riad Asmat, CEO AirAsia Malaysia said: “Following the huge success of the Langkawi travel bubble in Malaysia, the reopening of the Phuket Sandbox programme to travellers from Malaysia is indeed a big milestone as it signifies the much awaited opening of international leisure travel to Thailand. 


AirAsia is thrilled to support this programme and we look forward to mounting more flights on this highly popular leisure route. 


“From an operational standpoint, we have extensively prepared for the resumption of flights to ensure all of our guests can travel safely, seamlessly and with peace of mind. Since the recent launch of the Langkawi travel bubble and resumption of interstate travel in Malaysia, we have sold over 1 million domestic seats. We also registered high load factors and strong forward bookings, signaling a strong rebound in leisure travel. 


AirAsia guests are always assured of the stringent health and safety protocols enforced on all of our flights with our highly trained crew continuing to deliver the world’s best service during the pandemic. 


Mrs Nongyao Jirundorn, Director for Malaysia & Brunei, Tourism Authority of Thailand said: “Thailand is currently working hard on its reopening borders. Currently, Malaysians who have completed their vaccination doses can visit Phuket & Samui without quarantine. Thailand is Malaysia's No.1 favourite holiday destination and we look forward to welcoming Malaysians with more cities opening up soon.”


AirAsia has spent the period of downtime in travel over the past one-and-a-half years to further improve and revamp its flight procedures and processes. In the highest interest of safety and wellbeing of all its guests and employees, only fully-vaccinated employees will operate flights and be on-duty at airport terminals. 


Furthermore, AirAsia assures the highest safety standards are in place as part of its robust Covid-19 mitigation plan including by accepting only fully-vaccinated guests onboard, making it mandatory to check-in via the airasia Super App that integrates with vaccination records on MySejahtera, and will soon launch a unique FACES facial recognition boarding system that will make the entire journey fully digital and contactless.


Despite mostly not flying for a good part of the past 20 months, all AirAsia’s aircraft are properly maintained according to procedures set by the manufacturer. AirAsia has set up an in-house maintenance, repair and operations (MRO) unit called Asia Digital Engineering that provides services not only to AirAsia but also other airlines. 


Likewise, all its pilots and cabin crew are regularly sent for mandatory refresher courses and ongoing retraining so that they are always on top of their job.


For more information on AirAsia’s safety measures and travel SOPs, please read the latest travel advisory here. For Phuket Sandbox SOPs and list of SHA Plus hotels in Phuket, please click here. 


Stay up to date witheverything e-commerce from the airasia super app by following @airasiasuperapp on Instagram and Facebook for the latest updates on airasia super app’s e-commerce offerings!



Grafik Sumber: AIR ASIA


TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...