Matahari Kini Terbit Arah Utara? Ini Penjelasannya

    Foto Sumber: Facebook Omen Necrofis


ALAM SEMESTA | Mutakhir ini tular di media sosial mendakwa bahawa matahari kelihatan terbit daripada arah utara sehingga mengelirukan orang ramai berkenaan kejadian itu.

Menjelaskan fenomena itu, menurut pengkaji matahari kini (18 Jun 2021) terbit pada belahan utara hemisfera bumi dan bukanlah ia terbit daripada utara dengan kesemua bayang objek akan menghala ke arah selatan.

Omén Necrofis di Facebooknya menulis pada 21 Jun nanti matahari berkedudukan paling kiri di ufuk timur dan kemudiannya akan terbit menghala ke kanan sehingga 21 Disember (Winter solstice).

"Jika kita menghadap tepat ke arah timur, matahari naik di sebelah kiri kita dengan sudut  hampir 23.5 darjah," katanya di media sosial itu pada 18 Jun 2021.

Mengulas lanjut katanya matahari hanya terbit pada kedudukan tepat timur pada 21 Mac dan 21 Sept (Ekuinok).

"Daripada video yang tular itu, matahari berada pada belahan utara (bukan terbit daripada utara) dan jika si perakam video berada pada 21 Mac atau 21 September nanti matahari akan terbit tepat arah timur.

    Foto Sumber: Omen Necrofis

"Sebaliknya pada 21 Disember nanti matahari akan terbit pada arah paling kanan daripada pandangan si perakam video," katanya.

Video yang tidak disertakan dengan arah kompas, boleh mengelirukan orang ramai sambil beliau menjelaskan lagi matahari tidak terbit pada satu kedudukan sahaja ia berubah-ubah kedudukan disebabkan orbit membujur bumi mengelilingi matahari. 


                Foto Sumber: Omen Necrofis

"Ia terbit terhad pada dua kedudukan atau posisi. Penting bagi kita mempelajari dan mencerap alam," katanya.  


TERKINI

Panduan MESTI AMBIL PERHATIAN Sebelum Terbang Ke Langkawi

    Grafik: Tangkap Layar Laman Sesawang Air Asia DALAM persiapan untuk kembali terbang ke Langkawi bermula 16 September 2021, AirAsia membe...