Ryanair Dinobat 50 Syarikat Penerbangan Kos Rendah Terbaik Dunia

Foto Sumber: Fortune


INFO PENERBANGAN: Airfinance ­Journal menobatkan Ryanair syarikat penerbangan kos rendah Ireland yang diasaskan pada tahun 1984 dalam kalangan 50 syarikat penerbangan terbaik dunia. 

Ryanair beribu pejabat di Swords, Dublin, Ireland, dengan pangkalan operasi utamanya di lapangan terbang Dublin dan London Stansted.

Ryanair sebagai peneraju dalam senarai 10 teratas diikuti Air Arabia, Copa Holdings, Japan Airlines, Westjet, Wizz Air, Luxair Group, Alaska Air Group, International Airlines Group dan Allegiant Travel Company.

Qatar Airways berada di kedudukan 28, Qantas Airways (31), Lufthansa Group (34), Delta Air Lines (36), Turkish Airlines (37), All Nippon Airways (39), Korean Air (41), Indigo (42) dan Air­Asia (43).

Sementara itu  syarikat penerbangan era baharu dari Vietnam, Vietjet buat pertama kalinya meraih tempat ke 22 dalam kalangan 50 syarikat penerbangan terbaik dunia oleh Airfinance ­Journal.

Foto Sumber: Nhan Dan

Syarikat itu berjaya disenaraikan disokong oleh tahap kewangan dan operasi yang sihat dengan kedudukan penarafan yang lebih baik berbanding kebanyakan syarikat terkemuka lain.

Berdasarkan penyata markah, Vietjet mencapai jumlah pendapatan sebanyak AS$995 juta (RM4.11 bilion) dalam 12 bulan terakhir dengan purata usia kapal terbang pada 3.2 tahun.

“Nisbah keuntungan sebelum cukai, faedah, susut nilai, pelunasan dan kos sewa berbanding perolehan adalah 31.4 peratus, caj tetap adalah dua kali ganda manakala kecairan adalah 30.4 peratus daripada pendapatan.

“Pada separuh pertama tahun ini, jumlah pendapatan Vietjet adalah sebanyak VND21,222 bilion (RM3.8 bilion) dan keuntungan selepas cukai mencecah VND1,999 bi­lion (RM360 juta), masing-ma­sing meningkat 29 dan 11 peratus tahun ke tahun,” jelasnya dalam kenyataan pada 16 September 2018.

Airfinance Journal menyediakan maklumat kedudukan tersebut selepas menyelidik sebanyak 162 syarikat penerbangan di seluruh dunia merangkumi kedua-dua syarikat tradisional dan tambang rendah.

Sementara itu, Vietjet akan menerima sebanyak 17 buah pesawat Airbus tahun ini, dan dalam tempoh enam bulan pertama, empat buah pesawat telah diterima, sementara bakinya 13 buah pada separuh kedua.

“Vietjet menjangkakan pertambahan perolehan dengan pesawat baharu dan moden yang menjimatkan sehingga 15 peratus bahan api ini, selari dengan usaha perluasan rangkaian antarabangsanya,” katanya.

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...