FOTO SUMBER: SPA NEWS |
Penduduk di wilayah Tabuk di Arab Saudi menikmati suasana unik dan jarang berlaku apabila salji turun di kawasan itu pada 31 Mac lalu.
Agensi Berita ARAB NEWS melaporkan pengunjung bergegas ke kawasan pergunungan di sempadan Jordan dan di tapak projek mega NEOM mega bagi menikmati suasana itu sambil berkongsi video dan gambar keadaan cuaca unik itu.
Fahd Al-Belawi berkata beliau dan keluarganya gembira dengan kehadiran salji turun sambil menambah bahawa mereka datang lebih awal ke gunung untuk menikmati cuaca, yang mana ia digambarkan sebagai "satu masa terbaik pada tahun ini."
FOTO SUMBER: SPA NEWS |
Penduduk Nayef Al-Harby dan Mohammad Al-Shammari berkata ini adalah kali pertama mereka melihat rantau ini diliputi salji.
"Ini adalah kali pertama kita melihat bahagian atas Jabal Al-Lawz diselaputi putih, kami telah menunggu selama ini, sehingga kami dapat menikmati cuaca," kata mereka kepada SPA.
FOTO SUMBER: SPA NEWS |
FOTO SUMBER: SPA NEWS |
Laporan cuaca mengatakan suhu di kawasan itu jatuh di bawah 9 darjah celsius.
Penyelidik iklim, Eid Al-Madhlaani, berkata ia sangat luar biasa untuk melihat salji turun pada hari terakhir Mac.
SUMBER BERITA: ARAB NEWS
SUMBER GAMBAR: SPA