NEWS | ECONOMY | LAWS | MILITARY | TECHNOLOGY| INVESTMENT | GADGET | INNOVATION | FUTURISTIC | TIPS | TRAVEL | INSURANCE | IT | IOT
COVID-19: Keputusan Saringan Seawal Lima Minit
WASHINGTON: Makmal berpusat di Amerika Syarikat (AS) memperkenalkan kit ujian saringan COVID-19 mudah alih.
Ia membolehkan ujian dibuat untuk mengenal pasti status sama ada seseorang itu dijangkiti COVID-19 atau tidak, seawal lima minit.
Abbot Laboratories dalam kenyataan Jumaat berkata, Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan AS (FDA) memberikan kebenaran kecemasan supaya kit ujian itu dibekalkan kepada penyedia kesihatan seawal minggu depan.
Kit ujian menggunakan teknologi molekul itu membolehkan keputusan ujian negatif didapati dalam masa 13 minit.
Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Abbot, Robert Ford, berkata kit ujian yang dihasilkan itu adalah antara usaha penyelesaian diagnostik.
"Pandemik COVID-19 akan dilawan dalam pelbagai cara. Ujian molekular mudah alih dengan keputusan dalam beberapa minit dan menambah kepada keperluan dan penyelesaian diagnostik untuk memerangi virus ini.
"Kit ujian bersaiz kecil bermaksud ia boleh digunakan di luar hospital yang dilanda wabak itu.
"Abbot sedang bekerjasama dengan FDA untuk menghantar kit ujian itu ke pusat wabak," katanya.
Kit ujian itu belum mendapat kelulusan FDA dan hanya dibenarkan untuk kegunaan kecemasan oleh makmal yang diluluskan serta penyedia penjagaan kesihatan.
SUMBER: AFP
COVID-19: Amerika Syarikat Catat Kes Lebih 100,000
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) kini mencatatkan lebih 100,000 kes positif COVID-19, menurut data yang dikumpulkan oleh Johns Hopkins University (Johns Hopkins) sehingga jam 9.45 malam tadi mengikut waktu tempatan.
Kluster tertinggi setakat ini adalah New York yang mencatatkan lebih separuh daripada kes.
AS merekodkan lebih 15,000 kes yang disahkan, diikuti Itali selain mencatatkan lebih 20,000 kes berbanding China, di mana penyakit ini pertama kali dikesan.
Kadar kematian AS berdasarkan kes yang disahkan adalah 1.5 peratus, berbanding 10.5 peratus di Itali. Bagaimanapun, kadar kematian itu mungkin berkurangan, berikutan ujian yang dilakukan menunjukkan ramai orang yang positif namun tidak mempunyai gejala.
Bagaimanapun ia mungkin terus meningkat jika bandar atau negeri lain mengalami catatan kes seperti New York, yang menyaksikan lebih 500 kematian dan mengalami kekurangan katil hospital, kelengkapan perlindungan diri peribadi (PPE) dan ventilator.
Profesor Dasar Kesihatan Havard, Thomas Tsai, berkata peningkatan kes dapat dilihat menerusi pertambahan bilangan pesakit dimasukkan ke hospital serta dipantau di unit rawatan rapi (ICU).
"Kita sedang melihat pertambahan kes, peningkatan jumlah pesakit dimasukkan ke hospital, ke ICU serta pesakit yang diberikan bantuan mesin ventilator.
"Malangnya, kadar kematian itu semakin menyamai corak pertambahan kes New York, yang mungkin dicapai dalam beberapa hari atau minggu," katanya.
SUMBER: AFP
Subscribe to:
Posts (Atom)
TERKINI
Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?
Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...
-
(1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah) Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gang...
-
Sumber Foto: Mohd Ezli Mashut/11.00 Pagi/14 Jun 2023 OLEH : MOHD EZLI MASHUT Pada 16 April 2022 tular di media sosial pesawat terbang dikata...
-
Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Pengasas Institute For Future Research, Tezla Madani Resources & Tezla Resources Pendahuluan Pendidi...