IAEA Beri Amaran 'Bahaya Teruk' Jika Russia Terus Serang Reaktor Nuklear Ukraine

   Tangkap layar laporan berita CNBC berkenaan serangan terhadap loji nuklear Ukraine oleh Russia pada 4 Mac 2022/Jumaat. Sumber Foto: OhDunia



GLOBAL | VIENNA: Badan pemantau atom Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa tentera Russia berhenti menyerang loji kuasa nuklear Ukraine dan memberi amaran "bahaya teruk" jika reaktor itu meletup.


Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), RafaelMGrossi bercakap dengan Perdana Menteri Ukraine, Denys Shmygal serta pengawal selia dan pengendali nuklear Ukraine mengenai situasi serius di Loji Kuasa Nuklear Zaporizhzhia, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP pada 4 Mac 2022/Jumaat.


IAEA menerusi Twitter merayu untuk menghentikan serangan dan kekerasan serta memberi amaran mengenai bahaya teruk jika reaktor diserang. 


Ukraine Gesa Russia Hentikan Serangan Ke Atas Loji Nuklear


GLOBAL | KYIV: Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba menggesa tentera Russia menghentikan serangan ke atas loji kuasa nuklear terbesar di Eropah susulan kebakaran di loji berkenaan.


Kebakaran tercetus di unit kuasa loji janakuasa nuklear Zaporizhzhia berikutan serangan Russia, menurut jurucakap Andrei Tuz, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP pada 4 Mac 2022/Jumaat/ 1 Syaaban 1443.


Stesen di Zaporizhzhia, sebuah bandar perindustrian di tenggara Ukraine, membekalkan kira-kira 40 peratus kuasa nuklear negara itu.


Ketika ini Ukraine sedang berjuang mempertahankan kedaulatan negara itu seminggu selepas Presiden Russia Vladimir Putin mengumumkan pencerobohan bagi menyokong pemisah yang disokong Moscow di timur.


Tentera Russia mengebom bandar-bandar di Ukraine dengan peluru dan peluru berpandu, memaksa orang awam untuk bersembunyi di ruang bawah tanah, termasuk di Chernobyl, lokasi bencana nuklear terburuk di dunia.


Kuleba memberi amaran akibat daripada bencana di loji Zaporizhzhia akan menjadi lebih teruk.


"Jika ia meletup, ia akan menjadi 10 kali lebih besar daripada Chornobyl! Russia mesti SEGERA menghentikan kebakaran, membenarkan anggota bomba, mewujudkan zon keselamatan," katanya di Twitter.


Beliau berkata tentera Russia menembak ke arah kemudahan itu "dari segenap penjuru".


Agensi Tenaga Atom Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah pun menggesa Russia untuk "menghentikan semua tindakan" di kemudahan nuklear Ukraine, termasuk tapak bencana Chernobyl 1986. 


Peralatan Penting Di Loji Nuklear Tidak Terjejas - Ukraine


VIENNA: Peralatan 'penting' di loji kuasa nuklear Ukraine tidak terjejas oleh kebakaran, kata badan pemerhati atom Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seperti dimaklumkan pegawai tempatan, pada 4 Mac 2022.


"Ukraine memberitahu IAEA bahawa kebakaran di tapak Loji Kuasa Nuklear Zaporizhzhia tidak menjejaskan peralatan 'penting', kakitangan loji mengambil tindakan mitigasi," kata Agensi Tenaga Atom Antarabangsa di Twitter

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...