Pramugari Islam AirAsia & Firefly Mesti Bertudung Bila Mendarat di Acheh

Photo By: 
An airline stewardess wearing a hijab poses for a photograph at Sultan Iskandar Muda Airport, Aceh, Indonesia, 31 January 2018. The government of Aceh issued new regulations for airline stewardesses, requiring them to wear a hijab as part of their uniform, in accordance with sharia law. EPA-EFE
GLOBAL: Kerajaan autonomi Acheh mengedarkan surat mengenai arahan  mewajibkan pramugari Islam bertudung yang dialamatkan kepada syarikat penerbangan kebangsaan Indonesia, Garuda, serta beberapa syarikat tambang murah, termasuk syarikat dari Malaysia, AirAsia dan Firefly.

Kerajaan Acheh sebelum ini mewajibkan pramugari Islam semua syarikat penerbangan supaya memakai tudung bagi penerbangan ke wilayah itu.

“Semua pramugari perlu memakai jilbab (tudung) mengikut fesyen Islam yang mematuhi undang-undang syariah,” kata surat itu.

BACA JUGAPramugari Beragama Islam Diarah Bertudung Sebaik Tiba Di Bumi Acheh
https://ezli007.blogspot.my/2018/01/pramugari-beragama-islam-diarah.html

Lapangan terbang antarabangsa di Banda Aceh menyediakan puluhan penerbangan domestik serta antarabangsa ke Malaysia dan Arab Saudi.

Gabenor Aceh Besar, Mawardi Ali berkata, pramugari bukan Islam tidak diwajibkan memakai tudung namun pramugari Islam wajib memakai tudung ketika dalam penerbangan ke Aceh dan ketika berada di wilayah itu.

AFP melaporkan Mawardi berkata, pihaknya akan memaklumkan mengenai peraturan itu kepada semua syarikat penerbangan minggu ini.

“Selepas ini kita akan memberitahu hukuman yang bakal dikenakan jika ada yang melanggar peraturan itu.

“Jika ada (pramugari Islam) yang gagal mematuhi arahan berkenaan, kami akan menegurnya. Jika kesalahan berulang, undang-undang syariah akan dilaksanakan,” katanya.

Beliau bagaimanapun, tidak menyatakan jenis hukuman yang akan dikenakan.

Sementara itu, jurucakap Garuda Indonesia, Ikhsan Rosan berkata, syarikat penerbangan dan penerbangan tambang murahnya Citilink, menyokong arahan itu dan akan mematuhinya.

Acheh yang mendapat kuasa autonomi pada 2001 melaksanakan undang-undang syariah sepenuhnya.

SUMBER: REUTERS/AFP

Pramugari Beragama Islam Diarah Bertudung Sebaik Tiba Di Bumi Acheh

Photo By: MEDIA


BANDA ACEH: Sebuah wilayah Indonesia, Acheh menyatakan bahawa ia mengarahkan pramugari beragama Islam supaya memakai tudung ketika tiba di rantau berkenaan atau berdepan hukuman polis agama.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan Wanita Islam di Aceh, Pulau Sumatera, diwajibkan menutup aurat, manakala wanita bukan Islam pula dibenarkan memilih pakaian sopan mereka.

Namun, sebahagian daripada pramugari beragama Islam yang tidak bertudung tidak berbuat demikian semasa persinggahan pendek di lapangan terbang wilayah itu.

IQ sekali gus memaksa Aceh menguatkuasakan peraturan baharu tersebut, kata Mawardy Ali yang merupakan ketua Daerah Aceh Besar yang turut menempatkan ibu negeri wilayah Aceh, Banda Aceh.

“Saya berharap agar syarikat-syarikat penerbangan menghormati keunikan Aceh di mana hukum syarak dilaksanakan,” katanya kepada agensi berita AFP sambil menambah, beliau akan mengadakan pertemuan dengan kira-kira enam syarikat penerbangan yang berkaitan.

“Kami akan menyebarkan peraturan ini kepada syarikat-syarikat penerbangan sepanjang minggu ini. Selepas itu, kami akan berbincang tentang hukuman sekiranya berlaku pelanggaran.

“Sekiranya pramugari beragama Islam enggan mematuhi peraturan ini, kami akan memberikan peringatan dan sekiranya mereka berulang kali melanggarnya, maka saya akan mengarahkan polis syariah supaya menangkap mereka,” tambah Mawardy.

Setakat ini, masih tidak jelas bilangan pramugari yang tertakluk di bawah peraturan itu.

Syarikat penerbangan nasional Indonesia, Garuda dan syarikat tambang murahnya, Citilink mengadakan perkhidmatan di Banda Aceh yang menempatkan lapangan terbang utama di wilayah itu.

Garuda berkata, ia akan mematuhi undang-undang baharu itu dan mungkin menambah seragam khas bertudung kepada pramugarinya untuk penerbangan di Aceh.

“Garuda menghormati kebudayaan tempatan di Aceh,” kata jurucakap syarikat itu, Ikhsan Rosan.

An airline stewardess wearing a hijab poses for a photograph at Sultan Iskandar Muda Airport, Aceh, Indonesia, 31 January 2018. The government of Aceh issued new regulations for airline stewardesses, requiring them to wear a hijab as part of their uniform, in accordance with sharia law. EPA-EFE

Jurucakap Citilink, Benny Butarbutar, sementara itu berkata, syarikat penerbangan berkenaan sudah menggunakan seragam patuh syariah untuk pramugarinya yang berkhidmat di Banda Aceh sejak tahun 2015.

Syarikat penerbangan lain yang terkesan termasuk syarikat tambang murah Indonesia, Lion Air dan anak syarikatnya, Batik Air yang mengadakan penerbangan berkala antara Aceh dan tempat-tempat lain di kepulauan Asia Tenggara itu.

Dalam pada itu, AirAsia dan Firefly, kedua-duanya berpangkalan di Malaysia merupakan syarikat penerbangan asing utama yang mengendalikan penerbangan ke Banda Aceh. 

SUMBER: AFP

FAKTA: Dagangan Malaysia RM1.622 trilion


1. Jumlah perdagangan Malaysia bagi tempoh 11 bulan pertama 2017 berjumlah RM1.622 trilion.

2. Ia meningkat 20.8 peratus berbanding tempoh sama pada 2016.

3. Prestasi kukuh itu juga mengatasi jumlah keseluruhan dagangan negara pada 2016 yang bernilai RM1.485 trilion.

4. Eksport meningkat 20.4 peratus kepada RM856.05 bilion sementara import berjumlah RM766.07 bilion.



5. Lebihan dagangan bagi tempoh 11 bulan pertama 2017 adalah sebanyak RM89.98 bilion . 



5. Sektor pembuatan barangan menjadi penyumbang utama dagangan iaitu sebanyak 82.1 peratus diikuti oleh perlombongan (8.5 peratus) dan agrikultur (8.4 peratus),”


SUMBER: Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Ir. Dr. Mohd. Shahreen Zainooreen Madros semasa pembentangan prestasi dagangan Malaysia sempena Matrade Day 2018, 30 JAN 2018.

TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...