Satelit Tiangong-1: Lintasi Malaysia, Hubungi 999 Jika Jatuh Dekat

Foto Sumber: THE TELEGRAPH


INFO ANGKASA LEPAS: TIADA SIAPA TAHU di manakah lokasi tepat Satelit Angkasa Lepas milik China jenis Tiangong-1 bakal terhempas ke Bumi.

Menurut Agensi Angkasa Eropah, kemasukan semula satelit itu ke atmosfera Bumi diramalkan berlaku antara waktu malam 31 Mac dan lewat malam 1 April (dalam UTC).

Sementara itu, Satelit Tangong-1 milik China dijangka memasuki ruang udara  Malaysia mulai jam 2.28 petang 31 Mac dari arah barat melintasi Lembah Kelang dan Pahang menuju ke Laut China Selatan.

Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Dr Noordin Ahmad dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata, lintasan pertama itu akan berada pada ketinggian 176.908 Kilometer (KM) selama 81 saat dan menjunam sehingga 176.766 KM ketika memasuki Laut China Selatan.

Foto Sumber: Agensi Angkasa Lepas


Tiangong-1, dijangka memasuki kembali ke atmosfera Bumi antara 30 Mac dan 3 April dalam kemasukan semula yang tidak terkawal.

Tiangong-1 adalah stesen angkasa milik China yang dilancarkan pada 29 September 2011 dan pada September 2016, Penolong Pengarah di China Manned Space Engineering (CMSE), Wu Ping mengumumkan bahawa stesen angkasa berkenaan akan jatuh ke atmosfera Bumi.

Sementara lintasan kedua akan bermula dari utara perairan Kelantan di Laut China Selatan pada ketinggian 184.037 KM jam 1.44 tengah hari dan berakhir 47 saat kemudian selepas melintasi sempadan laut di perairan Pahang menuju ke selatan.

Bagaimanapun semua maklumat yang diberikan adalah ramalan dan mungkin berubah setiap hari.

Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan melalui Laman Portal ANGKASA iaitu www.angkasa.gov.my


Sumber: Agensi Angkasa Lepas


JANGAN PEGANG, HUBUNGI 999

Dalam kenyataannya, Angkasa turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyentuh atau mengambil sebarang objek mencurigakan disyaki daripada kejadian 're-entry' itu.

Mereka turut digesa menghubungi talian kecemasan ‘999' untuk melaporkan sebarang pemerhatian dengan memberi maklumat seperti lokasi dan masa, dan adalah lebih baik sekiranya rakaman video dibuat bagi membantu siasatan kelak, kata Angkasa.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Angkasa Dr Noordin Ahmad berkata kebarangkalian Tiangong-1 jatuh di Malaysia dianggarkan hanya 0.09 peratus berdasarkan keluasan negara.

"Angkasa mengambil langkah awal dengan memantau penyusutan ketinggian Tiangong-1 seawal November 2017," katanya.

Majlis Keselamatan Negara turut bekerjasama dengan Angkasa untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

MUNGKIN JATUH KE TANAH ADALAH TIPIS

Kementerian Luar China menyatakan bahawa tiada sebarang komponen besar Tiangong-1 akan jatuh ke tanah sewaktu makmal angkasa lepas itu memasuki atmosfera Bumi.

China kini berhubung rapat dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai perkemba­ngan semasa tentang makmal angkasa lepas itu.

Tiangong-1 dijangka memasuki semula atmosfera Bumi antara 31 Mac hingga 1 April minggu ini, menurut pihak yang mengendalikan program angkasa lepas China, namun tiada sesiapa mengetahui waktu yang tepat.

Foto Sumber: SatView.org

Bercakap pada satu taklimat harian, jurucakap Kementerian Luar, Lu Kang berkata, Beijing secara berterusan memaklumkan perkembangan terbaharu tentang keadaan Tiangong-1 kepada agensi angkasa lepas PBB.

China menangani perkara itu secara bertanggungjawab dan telus, kata Kang.

“Sekiranya ada keperluan, kami akan segera berhubung dengan negara-negara berkenaan.

“Kebarangkalian untuk serpihan besar jatuh ke tanah bukannya besar, malah kemungkinan ia berlaku adalah sangat kecil,” katanya.

Tiangong-1 sepanjang 10.4 meter itu merupakan makmal angkasa lepas pertama China yang dilancarkan ke orbit pada tahun 2011.

Ia berperanan sebagai sebuah stesen angkasa selain menjalankan ujikaji di orbit sebagai sebahagian daripada cita-cita program angkasa lepas China yang mahu me­nempatkan sebuah stesen angkasa lepas tetap di orbit Bumi pada 2023.

Makmal angkasa lepas itu sepatutnya menamatkan misinya pada 2013 tetapi China bertindak melanjutkan operasinya dengan saintis-saintis percaya bahawa Tiangong-1 telah hilang kawalan.



SUMBER:
1. ANGKASA
2. BERNAMA
3. REUTERS

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...