Posts

Showing posts from February 14, 2012

Penyelidik dakwa temui UFO di dasar laut Teluk Bothnia

Image
Rahayati Binti Ali | 14/02/2012 04:51 PM IMEJ kabur di Teluk Bothnia yang didakwa sebuah UFO yang ditemui penyelidik dari Sweden. Sepasukan peneroka lautan diketuai penyelidik Sweden dilaporkan menemui apa yang mereka percayai sebagai ‘objek terbang tidak diketahui (UFO)’ yang terdampar di dasar laut baru-baru ini. Beberapa gambar daripada penemuan itu menunjukkan apa yang kelihatan tanda geseran di belakang objek terbabit, memberikan isyarat bahawa ia mungkin bergerak di dasar laut atau terhempas di atasnya. Pakar membuat spekulasi bahawa objek itu mungkin ada kaitan dengan kegagalan fungsi sonar pasukan ekspedisi. Laporan baru pada awal minggu ini menyatakan pasukan itu menemui objek kedua berhampiran dengan yang pertama. Ketua ekspedisi, Peter Lindberg berkata, beliau menemui satu objek menarik dengan panjang kira-kira 91 meter dengan jauh 285 kaki di bawah dasar laut. Objek itu ditemui di Teluk Bothnia, antara Sweden dan Finland. Lindberg berkata, beliau melihat calar atau tanda y…