Jumlah Bersih Untung Bilionaire Dunia 2017 Dalam Sehari

Foto Sumber: MarketWatch

INSPIRASI: Kita selalu tertanya-tanya berapakah keuntungan bersih bilionaire dalam sehari sehingga mereka dikategorikan sebagai individu terkaya di dunia.

Menurut Majalah The Forbes dalam laporan terkininya, dilaporkan keuntungan bersih Ketua Pegawai Eksekutif Amazon Jeff Bezos meningkat hampir AS$40 bilion pada tahun 2017, nilai tertinggi yang pernah diperolehi dalam senarai jutawan dunia.

Lebih mengagumkan daripada jumlah itu apabila dipecahkan, Bezos mengaut lebih dari AS$107 juta keuntungan sehari pada 2017.

Majalah The Forbes menyenaraikan individu terkaya dunia 2018. Jika selama ini, kedudukan pertama dipegang oleh Pengasas Microsoft kini ia dipegang oleh CEO Amazon, Jeff Bezos.


Menariknya pada kali ini Jeff Bezos adalah orang pertama yang memiliki lebih USD$ 100 bilion dalam senarai Forbes dari Billionaires Dunia.

Beliau memiliki 16 peratus e-commerce Amazon, yang ditubuhkan di garaj di Seattle pada tahun 1994.

Sementara itu individu lain adalah Mark Zuckerberg, Bernard Arnault dan Carlos Slim antara nama lain di belakang Bezos pada tahun lepas.

Kekayaan beberapa orang terkaya di dunia dapat dilihat mencatatkan peningkatan berbilion dolar tahun lalu, tetapi ia tidak dapat menandingi Bezos.

Tahun 2017 menyaksikan keuntungan bersih Bezos meningkat sebanyak AS$39.2 bilion - 'peningkatan terbesar dalam tempoh satu tahun dalam Billionaires List abad ini'.

Angka itu diperolehi dari senarai orang terkaya di dunia 2017 dan 2018 Forbes, yang mana Business Insider digunakan untuk membuat kiraan peningkatan nilai keuntungan bersih harian orang-orang terkaya di dunia ini.

Business Insider mendapat perbezaan antara nilai bersih 2017 dan 2018 yang diterbitkan oleh Forbes pada Mac setiap tahun dan membahagikan angka itu dengan 365 untuk mewakili bilangan hari dalam setahun.

Perlu dijelaskan, jutawan-jutawan ini bukanlah memperoleh jumlah keuntungan yang sama setiap hari pada tahun 2017, memandangkan banyak nilai bersih keuntungan mereka datangnya dari nilai saham, yang turun naik.

Untuk tujuan pengiraan ini, setiap hari dikira sama, sama ada hari yang baik atau hari malang, yang mana jutawan-jutawan ini kerugian berjuta-juta dolar.

Jadi, angka yang dikeluarkan hanya sekadar anggaran.

Berikut senarai 15 orang paling kaya di dunia dengan anggaran keuntungan bersih yang diperolehi mereka dalam sehari pada 2017:

14. Michael Bloomberg: AS$6.8 juta sehari

13. Bill Gates: AS$11 juta sehari

12. Larry Ellison: AS$17.3 juta sehari

11. Jim Walton: AS$21.9 juta sehari

10. Larry Page: AS$22.2 juta sehari

9. Steve Ballmer: AS$23 juta sehari

8. Warren Buffett: AS$23 juta sehari

7. Jack Ma: AS$29.3 juta sehari

6 & 5. Charles dan David Koch: AS$32.1 juta sehari

4. Carlos Slim: AS$34.8 juta sehari

3. Mark Zuckerberg: AS$41.1 juta sehari

2. Bernard Arnault: AS$83.6 juta sehari

1. Jeff Bezos: AS$107.4 juta sehari


Berikut Adalah Senarai Terkini Dikeluarkan THE FORBES


1. Jeff Bezos, Amazon.com, USA – $112 Bilion

2. Bill Gates, Microsoft, USA – $90 Bilion

3. Warren Buffett, Berkshire Hathaway, USA – $84 Bilion

4. Bernard Arnault & keluarga, LVHM, Perancis – $72 Bilion

5. Mark Zuckerberg, Facebook, USA – $71 Bilion

6. Amancio Ortega, Zara, Sepanyol – $70 Bilion

7. Carlos Slim Helu & keluarga, Telecom, Mexico – $67.1 Bilion

8. Charles Koch, Koch Industries, USA – $60 Bilion

9. David Koch, Koch Industries, USA – $60 Bilion

10. Larry Ellison, Oracle, USA – $58.5 Bilion


SUMBER:

1. THE FORBES
2. BUSINESS INSIDER


Cambridge Analytica Diserbu Kebocoran Data Pengguna Facabook

Foto Sumber: Los Angeles Times


GLOBAL: Isu kebocoran data 50 juta pengguna sosial media Facebook kini memasuki fasa baharu apabila serbuan dan siasatan terhadap skandal menggegarkan dunia itu terus menerima liputan meluas dunia.

Dalam perkembangan terbaharu, pegawai untuk Suruhanjaya Maklumat (ICO) menyerbu premis Cambridge Analytica di tengah London selepas hakim Mahkamah Tinggi mengeluarkan waran.

Pesuruhjaya Maklumat, Elizabeth Denham telah memohon akses segera untuk meneliti rekod-rekod Cambridge Analytica, sebuah syarikat yang dituduh mengambil data 50 juta pengguna Facebook tanpa kebenaran.

Siasatan yang dibuat termasuklah pemerolehan dan penggunaan data Facebook oleh Cambridge Analytica, syarikat induknya SCL dan ahli akademik Dr Aleksandr Kogan, yang mengembangkan aplikasi yang digunakan untuk mengumpul data.

Ia berpunca dari dakwaan pengambilan data peribadi dan sama ada ia digunakan semasa kempen presiden Amerika Syarikat Donald Trump atau referendum Brexit.


Pada 23 Mac malam, kurang dari satu jam selepas waran itu diberikan oleh Hakim Leonard QC, kelihatan sekumpulan 18 orang dengan beberapa daripadanya memakai jaket penguatkuasaan ICO, dipimpin oleh seorang wanita yang memegang sekeping kertas, dipercayai waran menuju ke pejabat firma itu.

Mereka menaiki tangga di bangunan di New Oxford Street, London dan dilihat pergi ke tingkat dua, di mana Cambridge Analytica mempunyai pejabat di situ.

Sebelum itu, Pejabat Suruhanjaya Maklumat berkata ia 'gembira dengan keputusan' hakim itu.

Akaun Twitternya menulis: "ICO mendapat waran. Kami gembira dengan keputusan hakim dan merancang untuk melaksanakan waran itu tidak lama lagi."

Para pegawai di tingkat satu dan dua dilihat mengambil gambar papan putih dan komputer, sementara seorang lelaki mengambil nota di papan klip.


Ketua eksekutif firma itu, Alexander Nix telah digantung sementara pengasas Facebook Mark Zuckerberg telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada ahli Parlimen.

Selepas perbicaraan di Mahkamah Tinggi London pada Jumaat, Hakim Leonard berkata beliau akan memberikan sebab terhadap keputusannya pada Selasa.

Facebook telah mengaku tentang 'perlanggaran utama kepercayaan rakyat' dan mengumumkan penyiasatan ke atas pengambilan dan penjualan data peribadi berjuta-juta pengguna.

Gergasi media sosial itu menyatakan bahawa ia tidak 'layak untuk memberi khhidmat' kepada penggunanya melainkan jika ia dapat melindungi maklumat peribadi mereka dan mengaku harus memulihkan kepercayaan orang awam.

Mark Zuckerberg mengakui bahawa kesilapan telah dibuat selepas maklumat peribadi orang ramai dilepaskan tanpa kebenaran mereka.

Dia melancarkan siasatan ke atas semua pemaju yang diberikan akses kepada data peribadi dalam jumlah yang besar. 

SUMBER: THE TELEGRAPH

TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...