Puting Beliung Diramal Berlaku Di Negeri Pantai Barat Semenanjung


  Sumber Foto: Wikipedia


Beberapa lokasi di negeri Pantai Barat Semenanjung serta Sabah dan Sarawak adalah diramalkan untuk terjadinya fenomena puting beliung seperti yang berlaku di Perak pada 30 Januari 2022/Ahad.


Pengarah Kanan Pusat Instrumentasi Meteorologi dan Sains Atmosfera Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, negeri tersebut turut melibatkan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan.


"Kita dapati kebanyakan (puting beliung) berlaku di sebelah negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung, dan tidak lupa juga di Sabah dan Sarawak, yang juga pernah melaporkan kejadian seumpama itu.


"Kebanyakan (yang akan berlaku) di kawasan di persisiran pantai seperti Bintulu, Miri dan Perairan Labuan dan Pantai Barat Sabah. Itu kawasan yang sudah melaporkan kejadian puting beliung dan kawasan ini akan sentiasa berlaku, bila keadaan cuaca sesuai (kehadiran awan kumulonimbus),” kata  Ambun Dindang  lapor Bernama pada 31 Januari 2022/Isnin.


Pada 30 Januari 2022/Ahad, ratusan rumah mengalami kerosakan akibat angin ribut dan puting beliung di beberapa kawasan di Ipoh, Perak.


Ambun berkata, faktor berlakunya kejadian ini disebabkan oleh kehadiran awan kumulonimbus yang besar menyebabkan perolakan yang kuat dalam awan tersebut, seterusnya membentuk corong awan di dasar awan tersebut.


Kata beliau, amat sukar untuk MetMalaysia meramal kejadian puting beliung di Malaysia kerana ia berlaku pada skala yang kecil dengan jangka hayat yang pendek.


"Puting beliung sebesar ini dia sekejap sahaja, paling lama pun sejam dia berlaku. Jadi tempoh untuk memantau kejadian ini agak singkat, sebab itu dia agak sukar untuk diramal, tapi kita melihat pembentukan awan kumulonimbus dengan menggunakan imej radar kita yang ada di seluruh Malaysia” katanya.


Ambun berkata, antara tanda awal akan berlakunya puting beliung ialah pembentukan awan yang besar dan dasar awan yang gelap serta corong awan yang menjulur ke bawah.


Beliau turut menasihati orang ramai untuk sentiasa berwaspada sekiranya berlaku puting beliung, selain elakkan mendekati kawasan tersebut dan mencari perlindungan di tempat selamat. 


Puting Beliung Disebabkan Ribut Petir


Puting beliung berlaku disebabkan pertembungan angin yang boleh menjana pusaran angin pada awal pembentukan ribut petir.


BH Online pada 31 Januari 2022/Isnin melaporkan Pakar Klimatologi, Prof Dr Fredolin Tangang, berkata fenomena puting beliung yang turut dipanggil belalai darat ini, berlaku apabila pusaran angin ini bercantum dengan angin yang begerak ke atas seperti yang dilihat berlaku di beberapa tempat pada masa ini.


Fenomena puting beliung ini katanya bukanlah sesuatu yang baru, ia pernah berlaku sebelum ini dan bersifat bermusim.


"Pembentukannya lebih terkait dengan ribut petir yang sering berlaku pada petang dan lewat petang pada musim perantaraan monsun iaitu pada bulan April hingga Mei dan terutamanya pada bulan September hingga Oktober.


"Pada bulan yang dinyatakan, oleh kerana keadaan angin di atas yang lemah, proses perolakan tempatan boleh terbentuk dengan mudah, menyebabkan ribut petir dan pembentukan ribut ini boleh menjana puting beliung.


"Cuma kali ini, ia berlaku dalam bulan Januari di mana kita masih berada pada musim tengkujuh," katanya.


Mengulas lanjut, Fredolin yang juga Pengerusi Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata ribut petir menyerupai musim perantaraan monsun ini mungkin berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk La Nina.


Fredolin berkata, berdasarkan kajiannya dan kumpulan UKM, fenomena La Nina dengan kekuatan sederhana yang sedang berlaku menyebabkan penumpuan kelembapan udara meningkat di Semenanjung Malaysia pada bulan bulan Disember-Januari-Februari.


"Apa yang dialami pada masa ini adalah konsisten dengan dapatan kajian kami. Selain itu, ia juga berlaku disebabkan angin monsun timur laut pada ketika ini agak lemah di Semenanjung Malaysia.


"Keadaan ini berkemungkinan disebabkan pada ketika ini palung monsun berada di selatan iaitu sekitar Laut Jawa dan tiupan angin monsun timur laut lebih tertumpu ke kawasan berkenaan.


Katanya angin monsun timur laut yang agak lemah bertiup ke kawasan kita juga kurang membawa udara bersuhu rendah dan ini menyebabkan peningkatan suhu di bebarapa negeri terutama di utara Semenanjung Malaysia.


"Angin yang lemah ini menyebabkan berlakunya perolakan tempatan dan ribut petir di sebelah pentang dan lewat petang seperti yang dialami pada ketika ini menyerupai keadaan seperti bulan April hingga Mei, September hingga Oktober," katanya.









AirAsia X Sambung Semula Penerbangan Ke Sydney, Tawar Penebusan Akaun Kredit

   Sumber Grafik: AirAsia


SEPANG, 31 Januari 2022 - Berikutan kejayaan proses penstrukturan semulanya, AirAsia X (AAX) akan menyambung semula perkhidmatan komersialnya antara Kuala Lumpur dan Sydney bermula 14 Februari.


Syarikat penerbangan itu juga akan menawarkan penebusan akaun kredit kepada para tetamu yang terjejas oleh penstrukturan semulanya. Para tetamu AAX boleh menempah semula penerbangan mereka dengan menggunakan akaun kredit.


Sebagai permulaan, penerbangan akan dikendalikan setiap minggu pada hari Ahad dari Kuala Lumpur ke Sydney dan kembali pada hari Isnin bermula 14 Februari 2022 hingga 22 Mac 2022. Jadual penerbangan untuk sesi musim luruh / musim sejuk akan diumumkan pada pertengahan bulan Februari.


Nikmati tambang dari Kuala Lumpur ke Sydney bermula daripada RM1,399 sehala termasuk semua* untuk tempat duduk Ekonomi atau nikmati Premium Flatbed daripada RM3,999. Dari Sydney ke Kuala Lumpur pula, tambang penerbangan bermula daripada AUD399 dan Premium Flatbed daripada AUD1,299. Tempahan boleh dibuat dengan menekan ikon ‘Flights’ di airasia Super App atau laman web.


Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Benyamin Ismail berkata: “Berikutan masa henti perjalanan sejak dua tahun lepas dan proses penstrukturan kami yang telah selesai baru-baru ini, kami amat teruja kerana dapat melancarkan semula operasi secara beransur-ansur. Ini tidak mungkin terjadi tanpa sokongan kuat daripada para tetamu dan pemiutang kami dan kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesabaran dan kefahaman mereka.


“Tanpa sebarang laluan domestik, AAX telah terjejas dengan ketara oleh pandemik semasa. Kini, kami dapat melihat sinar di penghujungnya dan kami akan terus berusaha untuk memulakan operasi di semua pasaran utama kami sebagai salah satu pengendali jarak sederhana dengan tambang rendah terkemuka di dunia. 


Bermula dengan penerbangan ke dan dari Sydney, kami akan kembali menawarkan tempahan sebelumnya dan tempahan menggunakan Akaun Kredit untuk para tetamu dan pemiutang kami ke pasaran lain secepat mungkin.


“Sementara menantikan pembukaan semula sempadan antarabangsa secara beransur-ansur di seluruh dunia pada 2022, kami berbesar hati untuk kembali ke Australia terlebih dahulu, kerana ia adalah salah satu pasaran kami yang paling popular. 


Perkhidmatan mingguan baharu untuk para tetamu ini menandakan kejayaan penting dalam usaha kami untuk menyambung semula perkhidmatan komersial dan akan menyumbang kepada pertumbuhan selepas penstrukturan semula kami.


“Kami berharap untuk mengumumkan perkhidmatan tambahan baharu tidak lama lagi."


Ketua Pegawai Operasi AirAsia X Kapten Suresh Kumar Bangah berkata: “Kami telah beroperasi secara aktif menerusi penerbangan kargo sepanjang pandemik dan ini telah menjadi talian hayat bagi kami. 


Buat pertama kalinya, kami menerima penumpang untuk menambah pendapatan kargo dalam usaha kami untuk menjadi salah satu syarikat penerbangan gabungan di rantau ini. 


Walaupun permintaan mungkin bermula secara  beransur-ansur, kami percaya ia akan menjadi lebih baik dalam beberapa bulan akan datang apabila lebih ramai akan kembali membuat perjalanan dan kami bersedia untuk memenuhi permintaan ini.”


Jadual penerbangan pergi balik AirAsia X dari Kuala Lumpur ke Sydney.




Warganegara Australia yang telah divaksin sepenuhnya, penduduk tetap, pelajar antarabangsa dan pemegang visa yang layak boleh membuat perjalanan ke Australia tanpa memohon pengecualian perjalanan. Untuk syarat kemasukan penuh ke Australia, sila layari halaman ini.


*Tambang termasuk semua merujuk kepada bagasi daftar masuk, satu hidangan dan satu minuman.


Sumber: AirAsia





AirAsia X Resumes Sydney Flights Prioritising Travel Credit Redemptions

Photo: Air Asia


SEPANG, 31 January 2022 - Following its successful restructuring process, AirAsia X (AAX) is resuming its commercial service post pandemic between Kuala Lumpur and Sydney commencing from 14 February.


The airline will be prioritising full redemptions for its passengers affected by the restructuring. AAX guests may reinstate their flight booking and utilise their credit account to book the flights.


Flights will initially be operated weekly on Sundays from Kuala Lumpur to Sydney and returning on Mondays starting 14 February 2022 to 22 March 2022. Schedules for the autumn / winter session will be announced in mid February.


Fares start from RM1,399 one way all-inclusive* on Economy or guests can choose to experience our Premium Flatbed from RM3,999. From Sydney to Kuala Lumpur, fares start from AUD399 and AUD1,299 one way all-inclusive* respectively. Book through the ‘Flights’ icon on the airasia Super App or the website.


CEO of AirAsia X Benyamin Ismail said: “Following our travel downtime over the last two years, and the recent completion of our restructuring process, we are thrilled to be able to relaunch and commence our gradual return to the skies. This would not have been possible without the overwhelming support from our guests and creditors and we thank them for their patience and understanding.


“Without any domestic routes AAX has been significantly affected by the pandemic. We now see light at the end of this long tunnel and we are working hard to operate again in all of our key markets, as one of the world’s leading low cost medium haul operators. Starting with flights to and from Sydney, we will progressively continue to honour outstanding bookings and Credit Accounts for our guests and creditors in other markets as soon as possible.


“As we anticipate the gradual reopening of international borders around the world in 2022, we are delighted to return to Australia first, as one of our most popular markets. This new weekly service for guests marks a significant milestone for the resumption of our commercial services and will contribute to our growth post-restructuring.


“We look forward to announcing additional new services soon.”


COO of AirAsia X Captain Suresh Kumar Bangah said: “We have been very active on all cargo flights throughout the pandemic and this has been a lifeline for us. For the first time, we are adding on passengers to supplement cargo revenue in our push to be a major combination carrier in this part of the world. Whilst take up will be gradual, it can only get better in the coming months as more people return to the skies. We are ready for that pent up demand.”


AirAsia X return flight schedule from Kuala Lumpur to Sydney.


Fully vaccinated Australian citizens, permanent residents, international students and eligible visa holders can travel to and from Australia without applying for a travel exemption. For full entry requirements into Australia, please visit this page.


*All-inclusive of check-in baggage, one meal and one drink


Source: AirAsia







TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...