Posts

Showing posts from March 6, 2018

Shopee, Honor Jalin Kerjasama Lancar Honor 9 Lite Pada Harga RM699

Image
GAJET: Ini satu tawaran menarik dan hebat bagi mendapatkan telefon pintar pada harga menarik.

Platform e-dagang, Shopee, menjalin kerjasama dengan honor Malaysia bagi membolehkan pengguna membeli telefon pintar honor 9 Lite dengan harga RM699 pada 9 Mac ini.

Dalam satu kenyataan, Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho, berkata, honor merupakan jenama terbaharu yang menyertai Shopee Mall dan kerjasama berkenaan memberi peluang kepada kira-kira sembilan juta pengguna Shopee di Malaysia membeli telefon pintar 4-kamera itu pada harga istimewa berbanding harga pasaran RM749.

"Sejak beberapa tahun lalu, Shopee menyaksikan pertumbuhan bilangan pengguna yang membeli produk elektronik secara dalam talian, khususnya telefon pintar dan kerjasama dengan honor ini dapat menawarkan pelbagai lagi pilihan kepada pengguna," kata Ian Ho.

Katanya, bagi 2018, Shopee berazam untuk mengukuhkan lagi usahasama strategik dengan pelbagai jenama terkemuka dengan menjual produk mereka menggunakan platform…

Brunei Terima Pelaburan China RM15.9 Bilion

Image
EKONOMI & PELABURAN: Ribuan pekerja China dilapor sedang giat menyiapkan kompleks penapisan dan petrokimia dekat sebuah jambatan yang menghu­bungkan ibu negara ini dengan Pulau Muara Besar, dekat utara Brunei.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan sebaik sahaja siap, fasa pertama kompleks bernilai AS$3.4 bilion (RM13.2 bilion) yang dikendalikan syarikat China, Hengyi Group itu akan menjadi projek pelaburan asing terbesar di Brunei dan muncul di saat amat di­per­lukan negara yang bergantung hasilnya kepada minyak.

Ketika kadar pengangguran da­lam kalangan belia meningkat, pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dengan segera memperbaharui ekonomi negara dan mempelbagaikan sumber pendapatan sambil memerangi rasuah dan mengambil tindakan ke atas pembangkang.

Ketika firma perbankan seperti HSBC dan Citibank berundur dari negara ini tahun lalu dan 2014, Bank of China bagaimanapun me­ngambil langkah membuka cawangan pertamanya di sini pada Disember 2016.

Projek Muara Besar menjan…