CEO Astro Letak Jawatan Berkuat Kuasa 31 Januari 2019



Foto Sumber: ASTRO


BISNES: Astro Malaysia Holdings Bhd. (Astro) mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Rohana Rozhan berkuat kuasa 31 Januari 2019.

Menurut Astro, di bawah pentadbiran beliau, pelanggan Astro meningkat daripada dua juta kepada 5.5 juta orang, manakala perolehan berkembang daripada RM1.79 bilion kepada RM5.53 bilion bagi tahun kewangan ber­akhir 31 Januari 2018.

“Jawatan Rohana akan diambil alih oleh Ketua Pegawai Kandungan dan Pengguna Kumpulan Astro, Henry Tan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Astro menegaskan bahawa syarikat berkenaan bukan syarikat milik kerajaan (GLC) mahupun syarikat pelaburan milik kerajaan (GLIC).

"Pelantikan kakitangan eksekutif Astro tidak terlibat dengan sebarang pelantikan kerajaan atau politik," kata Astro. 

SUMBER: ASTRO

Airasia Alu-Alukan Pihak Berminat Bina LCCT

Foto Sumber: Flickr


 DUNIA PENERBANGAN: SEPANG: AirAsia berkata, ia mengalu-alukan cadangan pembangunan terminal penerbangan tambang murah (LCCT) di Sepang daripada mana-mana pihak, sama ada tempatan atau asing.

Pengerusi Eksekutif AirAsia Group Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun, berkata mana-mana pihak, sama ada individu, kerajaan negeri malah Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), boleh mengemukakan cadangan.

"Sebagai penyokong kuat LCCT, syarikat penerbangan ini akan bekerja dengan mana-mana pihak yang boleh membina terminal tambang murah untuk mereka," katanya.

"AirAsia semacam sudah berputus asa untuk memiliki lapangan terbang. Syarikat penerbangan ini sudah berpindah ke empat lapangan terbang sejak AirAsia memulakan operasi, dan ia tidak seperti berpindah rumah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan penajaan bersama AirAsia-Alisports ASEAN World Electronic Sports Games di ibu pejabat AirAsia di sini, 29 JUN 2018.

Kamarudin diminta mengulas kenyataan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, semalam yang mana sebarang cadangan untuk membangunkan terminal penerbangan tambang murah bersebelahan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur perlu mengemukakannya semula sebagai cadangan baharu kerana cadangan sebelum ini yang dikemukakan tahun lepas adalah kepada kerajaan terdahulu.

Menurut laporan media, Citaglobal Airports Sdn Bhd, melalui Pengarahnya, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, mencadangkan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, melalui surat bertarikh 24 November, 2017, pembinaan LCCT baharu yang boleh memuatkan lebih ramai bilangan penumpang, terutama dengan kewujudan Zon Perdagangan Bebas Digital.

Pada 2014, AirAsia memindahkan operasinya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dari LCCT di Sepang selepas lapan tahun beroperasi di sana.

SUMBER: BERNAMA

AirAsia Taja WESG Kembangkan Potensi E-Sukan


Foto Sumber: Tilt Report


BISNES & DUNIA ONLINE: Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd. (AirAsia) menjadi penaja utama di ASEAN bagi penerbangan rasmi untuk Pertandingan Sukan Elektronik Dunia (WESG) bagi musim baharu 2018/2019.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun berkata, sebagai sebuah syarikat digital yang inovatif pihaknya berbangga dapat menjadi penaja utama dan berharap dapat memberi sumbangan terhadap perkembangan sukan elektronik (e-sukan).

Foto Sumber: jioplaygame.com

“WESG merupakan kejohanan e-sukan antarabangsa yang dianjurkan oleh Alisports iaitu cabang kepada syarikat Kumpulan Alibaba.

“Kerjasama ini yang turut melibatkan syarikat Agri Mind Sdn. Bhd. termasuk dalam penyediaan penerbangan, media dan hadiah wang tunai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran AirAsia dan Alisports bagi membawakan WESG ke ASEAN di ibu pejabat AirAsia RedQ di sini.

Menurut Kamarudin, dari segi peminat e-sukan, ASEAN mencatatkan jumlah peminat yang banyak iaitu kira-kira 9.3 juta orang dan jumlah itu dijangka meningkat sebanyak 36.1 peratus pada setiap tahun hingga tahun hadapan.

Sehubungan itu, Kamarudin berkata, pihaknya percaya menerusi penajaan tersebut akan meletakkan syarikat penerbangan itu di barisan hadapan sebagai penyumbang kepada perkembangan e-sukan di rantau ini.


SUMBER: UTUSAN ONLINE

TAQS: AIR ASIA, WESG. ALI BABA.COM

Peranti Keselamatan Peribadi Celcom Pastikan Dapat Bantuan Kecemasan


Foto Sumber: Techave


BISNES: Celcom Axiata Berhad (Celcom) memperkenalkan SafeMate iaitu peranti keselamatan peribadi yang membolehkan pengguna memohon bantuan kecemasan walau berada di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Perniagaan Celcom, Azwan Khan Osman Khan berkata, peranti itu adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia dan pengguna boleh mendapatkan bantuan kecemasan dengan hanya satu klik sahaja.


Jelas beliau, SafeMate akan memberi amaran res­ponden pertama ke lokasi mereka untuk mendapatkan bantuan segera walaupun telefon mereka dikunci.

“Penggunaan peranti ini digabungkan bersama aplikasi keselamatan React Mobile. Pengguna boleh muat turun aplikasi ini di telefon bimbit mereka dan terus berhubung dengan SafeMate sepanjang masa melalui Bluetooth.

“Untuk masa terhad semua pengguna pasca bayar Celcom boleh mendaftar SafeMate dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM240 dan menikmati tawaran pelanggan terawal pada harga RM9.80 untuk 12 bulan termasuk jaminan satu tahun bagi peranti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Foto Sumber: CELCOM

Tambah Azwan Khan, apabila diaktifkan peranti akan mengeluarkan isyarat kecemasan ke pusat panggilan kecemasan yang beroperasi selam 24 jam dan tujuh hari seminggu diikuti dengan pengesahan oleh pengguna mengenai keadaan kecemasan.

Menurutnya, sekiranya tidak ada tindak balas daripada pengguna, pusat panggilan kecemasan akan memaklumkan kepada kenalan kecemasan yang te­lah didaftarkan oleh pengguna.

Katanya lagi, pihak berkuasa tempatan seperti polis, akan dihubungi jika tiada maklum balas selepas kenalan kecemasan dihubungi.

Foto: Astro Awani

“SafeMate juga dilengkapi dengan ciri penjejak Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) masa nya­ta yang membolehkan ahli keluarga atau kawan terpi­lih mengesan pengguna dan menerima pemberitahuan segera pada bila-bila masa.

“Peranti ini boleh didapati di semua kedai Blue Cube Celcom di seluruh negara. Untuk mengaktifkan SafeMate pelanggan dikehendaki memasang aplikasi keselamatan React Mobile yang boleh dimuat turun daripada App Store dan Google Play,” ujarnya.

SUMBER: UTUSAN ONLINE

TAGS: Safe Mate, Celcom, Blue Cube


'Ads Transparency Center’ Twitter Pastikan Iklan Dipapar Telus



Twitter Lancar Pusat Ketelusan Iklan
  
NEW YORK: Bagi membolehkan pengguna Twiter melihat semua iklan yang diletakkan dalam media sosial berkenaan Twitter Incorporation pada 28 JUN melancarkan ‘Ads Transparency Center’.

Langkah itu dibuat selepas Twitter berdepan dengan tindakan undang-undang Amerika Syarikat (AS) berhubung maklumat tidak lengkap mengenai perbelanjaan iklan dalam media sosial berkenaan terutamanya berkaitan kempen politik di negara ini, lapor Agensi Berita Antarabangsa REUTERS.

Kewujudan pusat iklan itu juga dilihat sebagai satu daripada usaha untuk membolehkan pengguna Twitter mengenal pasti sama ada iklan yang diletak dalam media sosial itu adalah iklan kempen politik dan siapa yang membayar mereka untuk memasukkan iklan tersebut.

Pusat iklan tersebut turut membenarkan penggunanya mengakses beberapa maklumat termasuk data sasaran demografik dari kumpulan pengiklan politik AS beserta maklumat pembayaran dan jumlah kos perbelanjaan iklan terbabit.

Menerusi satu blog, Twitter memaklumkan bahawa pusat iklan itu akan menyenaraikan semua pengiklan di seluruh dunia, namun buat masa kini, ia hanya melibatkan iklan kempen politik kerajaan AS.

Dalam pada itu, Facebook Incorporation juga mengambil langkah yang sama dengan membenarkan penggunanya melihat senarai semua iklan kempen yang aktif sama ada berkaitan dengan politik atau sebaliknya.

Selain itu, pengguna Facebook turut boleh melihat rekod daftar perubahan nama iklan yang dibuat dalam media sosial tersebut.

Kemudahan itu dijangka dapat membantu pengguna mengesan sebarang penyalahgunaan dalam Facebook. 

SUMBER: REUTERS



Zeti Dilantik Pengerusi Kumpulan PNB Baharu



DUNIA BISNES & PELABURAN: Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang baharu berkuat kuasa 1 Julai ini.

Perlantikan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia itu berikutan persaraan Tan Sri Abdul Wahid Omar sebagai Pengerusi Kumpulan PNB dan Pemegang Amanah Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB) berkuat kuasa 30 Jun 2018.

Lembaga Pengarah PNB juga mengumumkan bahawa Datuk Dr Awang Adek Hussin akan bersara sebagai Pengarah PNB dan Pengerusi PNB Research Institute Sdn Bhd berkuat kuasa 30 Jun.

Sementara itu, YPB juga mengumumkan Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) telah memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil alih jawatan Pengerusi YPB berkuat kuasa 28 Jun.

Lanjutan pelantikan itu, komposisi Lembaga Pemegang Amanah YPB juga diubah untuk merangkumi Menteri Hal Ehwal Ekonomi , Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, (juga dilantik sebagai Pengerusi Alternatif YPB), Zeti dan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan PNB, Lembaga Pengarah YPB dan PNB mengalu-alukan pelantikan Zeti yang juga anggota Majlis Penasihat Kerajaan itu dan yakin dengan pengalaman yang meluas, beliau akan terus memberikan kepimpinan yang kukuh kepada Kumpulan PNB dalam mencapai mandat asasnya untuk memperkasakan kekayaan korporat demi manfaat rakyat Malaysia.

Lembaga Pengarah PNB juga mengucapkan terima kasih kepada Abdul Wahid atas sumbangan yang tidak ternilai dan khidmat penuh dedikasi sebagai Pengerusi Kumpulan PNB.

PNB menghargai kepimpinan Abdul Wahid dan bimbingan yang diberikannya kepada Lembaga Pengarah dan Pihak Pengurusan PNB serta syarikat pelaburannya sejak pelantikan beliau pada Ogos 2016.

Semasa di PNB, Abdul Wahid telah mengukir pelan hala tuju untuk PNB demi mencapai tiga amanah mandat yang komprehensif; menghasilkan pulangan yang mampan dan lebih baik untuk portfolio PNB, meningkatkan kekayaan dan penyertaan ekonomi Bumiputera, dan menyalurkan sebahagian daripada keuntungan PNB kepada inisiatif-inisiatif yang menyampaikan impak sosial kepada masyarakat.

Lembaga Pengarah juga mengucapkan terima kasih kepada Awang Adek atas segala sumbangan selama tempoh perkhidmatan beliau bersama Kumpulan PNB.

PNB adalah syarikat pengurusan dana terbesar di Malaysia dengan aset di bawah pengurusan kini mencapai RM280 bilion.

Portfolio PNB merangkumi pelaburan-pelaburan strategik di syarikat korporat terkemuka Malaysia, ekuiti global, pelaburan swasta dah hartanah.

SUMBER: BH ONLINE

PENDEDAHAN: Jenis Penumpang Bakal Diusir Dari Pesawat

Foto SumberThe Herald Ghana


INFO TRAVEL & PENERBANGAN: Merasai perjalanan menggunakan pesawat terbang dalam keadaan selesa, aman dan ceria adalah idaman setiap pengguna.

Namun dalam keadaan tertentu kita akan merasa sedikit terganggu jika ada penumpang yang bersama-sama dalam penerbangan menimbulkan rasa tidak selesa dan mengganggu keselesaan.

Dalam sesuatu penerbangan, kru kabin mempunyai banyak tanggungjawab bagi memastikan perjalanan aman dan selamat.

Namun, berdepan dengan pelbagai jenis manusia yang dihimpunkan dalam satu ruang sempit pesawat kadang-kala boleh menimbulkan masalah.

Dengan tahap keselamatan maksimum, pembantu penerbangan mematuhi polisi dengan sebaiknya bagi memastikan kesejahteraan semua penumpang.

Jika ada penumpang yang buat hal, mereka pastinya akan dikenakan tindakan usir dari pesawat.

Bercakap kepada Business Insider, seorang pembantu penerbangan, Anette Long menjelaskan mereka hanya mahu bertugas tanpa sebarang gangguan.

"Semua orang termasuklah juruterbang, kru dan penumpang mahu tiba ke destinasi dengan selamat.

"Jika ada yang bertindak agresif terhadap kami tidak kira secara lisan atau perbuatan, pihak kami memang tidak boleh bertoleransi.

Foto Sumber: Dreamstime.com

"Ini semua membabitkan keselamatan semua penumpang dalam pesawat, mereka pastinya akan diusir," ujar Anette.

Jelasnya, mencarut terhadap kru penerbangan juga dikira sebagai kesalahan yang membawa kepada tindakan dihalau dari pesawat.

Malah, penumpang yang mabuk juga berdepan dengan tindakan sama.

Ini kerana mereka boleh bertindak di luar kawalan dan memberi risiko terhadap penerbangan dan penumpang lain.

"Bukan itu sahaja, jika ada yang melanggar arahan asas seperti pemakaian tali pinggang keledar pun boleh dikenakan tindakan."

Namun, ini tidak bermakna kru penerbangan yang membuat keputusan untuk mengusir seseorang keluar dari pesawat.

Semua keputusan pengusiran akan diputuskan oleh juruterbang.

"Sudah pasti bukan saya yang membuat keputusan. Jika berlaku kes seperti yang disebutkan, saya akan memaklumkan kepada juruterbang sebelum tindakan lanjut darinya," kata Anette. 

SUMBER: 

1. ExpressUK
2. Mstar Online

Gunung Berapi Agung Meletus: Ribuan Penumpang Terkandas di Bali

Foto Sumber: KOSMO!


DENPASAR 29 JUN: Ribuan penumpang terkandas di Bali selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurai Rai ditutup sejak awal pagi tadi, berikutan letupan gunung berapi Agung yang mengakibatkan asap dan debu mula menyelubungi ruang udaranya.

Penutupan lapangan terbang itu juga memaksa hampir 450 penerbangan keluar dan masuk dari destinasi pelanconga itu dibatalkan, termasuk membabitkan syarikat penerbangan AirAsia.

Lapangan terbang itu ditutup selepas juruterbang pesawat mengesan kesan abu gunung berapi pada ketinggian 7,000 meter.

Menurut pihak berkuasa, Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, iaitu pintu masuk utama ke Bali ditutup sehingga malam ini dan memaklumkan dua lapangan terbang yang mengendalikan penerbangan domestik turut ditutup.

Gunung berapi Agung terletak kira-kira 75 kilometer dari pusat pelancong Bali, iaitu Kuta.

Kira-kira 1,600 terbunuh ketika ia meletus kali terakhir pada 1963. 

SUMBER: AFP

15 Pengalaman 'Ngeri' Di Lapangan Terbang

Foto Sumber: Travel Kompas


INFO PENERBANGAN: PENGANGKUTAN udara merupakan kaedah perjalanan yang paling cepat dan selesa.

Jika anda kerap menggunakan kapal terbang, anda pastinya sudah terbiasa berdepan dengan pemeriksaan keselamatan yang perlahan, waktu menunggu yang lama, penangguhan penerbangan, kerosakan bagasi, kakitangan lapangan terbang yang tidak membantu serta macam-macam hal lagi.

Berikut merupakan 15 kisah pengalaman terburuk di lapangan terbang yang dikongsi oleh penumpang pesawat menerusi laman web Reddit.

1) Alatan bantuan pernafasan dirosakkan dengan pemutar skur

Seorang penumpang mendedahkan ejen TSA mengendalikan mesin CPAP (continous positive airway pressure) yang digunakan untuk individu yang memiliki masalah pernafasan dengan menggunakan pemutar skru.

Menurut penumpang itu, dia perlu menggunakan CPAP bagi mengelakkan dia meninggal dunia sewaktu tidur dalam penerbangan.

Ujarnya, ejen berkenaan bertindak menggunakan pemutar skru kerana dia tidak pernah melihat alatan itu sebelum ini.

Setelah membuat aduan kepada penyelia ejen berkenaan, mereka akhirnya membayar kos untuk menggantikan CPAP penumpang tersebut.

Cuba anda bayangkan jika mesin itu rosak dan penumpang tersebut meninggal dunia gara-gara tindakan ejen berkenaan.

2) Anjing hampir mati kerana penerbangan ditunda

Sebuah keluarga yang terdiri daripada seorang ibu, dua anak dan seekor anjing berdepan dengan pengalaman buruk apabila jadual penerbangan mereka ditangguhkan selama 14 jam.

Lebih teruk, mereka tersadai di dalam bangunan yang terpisah dari terminal utama yang mana keadaan sangat tidak selesa.

Di situ, tiada pendingin hawa, kedai makanan mahupun tempat duduk.

Walaupun memohon supaya dipindahkan ke terminal utama, mereka tidak dibenarkan.

Disebabkan itu, anjing keluarga itu hampir mati kerana kepanasan di dalam sangkar.

3) Seluar terlondeh sewaktu pemeriksaan

Seorang penumpang mengalami detik memalukan apabila seluar yang dipakainya terlucut sewaktu melalui mesin pengimbas bagi pemeriksaan kesihatan di sebuah lapangan terbang.

4) Kereta merempuh kaunter di lapangan terbang

Seorang pekerja kereta sewa di lapangan terbang mendedahkan cerita mengenai lelaki tua yang terbabas sehingga merempuh kaunter sewaan tempat dia bertugas.

Namun, tiada kecederaan dilaporkan berlaku.

5) Penerbangan 10 jam bertukar ke 27 jam

"Saya perlu menaiki tiga penerbangan untuk ke destinasi yang dituju.

"Penerbangan pertama ditunda lima jam menyebabkan saya ketinggalan untuk menaiki pesawat kedua.

"Disebabkan itu, penerbangan selama 10 jam menjadi 27 jam dan saya terpaksa bermalam di lapangan terbang," dedah seorang penumpang.

6) Tiada penjaga, tidak boleh naik pesawat

"Kami merupakan kanak-kanak bawah umur yang tidak ditemani penjaga.

"Walaupun tiba dua jam lebih awal, pihak lapangan terbang mengambil masa sejam setengah untuk memeriksa kami.

"Setekah selesai pemeriksaan, pintu pesawat sudahpun ditutup dan kami tidak dapat menaiki pesawat," ujar penumpang berkenaan.

7) Anggota Kastam salah sangka

"Saya mengalami keracunan makanan pada hari terakhir percutian. Sewaktu melalui kastam, saya dah ayah ditarik ke tepi dan ditahan selama tiga jam sehingga terlepas penerbangan.

"Mereka mengesyaki sesuatu kerana saya berpeluh. Saya memberitahu yang saya makan sisa makanan sewaktu berparti sehingga mengalami keracunan.

"Kastam menyangka saya menyeludup sesuatu, Akhirnya kami dilepaskan namun terpaksa menunggu enam jam untuk penerbangan seterusnya," ujar lelaki berkenaan.

8) Ditahan dalam penerbangan

"Saya ditahan kerana kesalahan kecil melibatkan dadah di apartmen. Setelah enam bulan berlalu, saya tidak didakwa dan kes dilupakan begitu sahaja.

"Namun, sewaktu menaiki penerbangan sekembalinya dari melancong, saya ditahan di atas pesawat dan saya digari," ujarnya.

Dakwaan akhirnya digugurkan, malah polis yang menahannya di dalam pesawat turut bingung kenapa dia perlu ditahan dalam penerbangan atas kesalahan yang sudah lama berlalu itu.

9) Terbang beberapa jam ke destinasi sama

"Saya dalam penerbangan dari Alaska ke California. Setelah beberapa minit kru memberitahu pihak lapangan terbang mengesan bahawa pesawat kami tidak mempunyai tekanan udara.

"Kapten memberitahu bahawa jika tidak mempunyai tekanan udara, mereka sendiri yang akan merasainya. Namun sebagai langkah keselamatan, mereka terpaksa mendengar arahan lapangan terbang.

"Setelah beberapa jam, mereka akhirnya terpaksa mendarat di Alaska semula. Apa yang lebih mengejutkan, mereka tidak terbang jauh sebaliknya hanya berpusing di sekitar lapangan terbang untuk membakar minyak sebelum kembali mendarat di situ," dedah penumpang itu.

10) Tersalah masuk tandas

"Sewaktu di lapangan terbang Cancun, saya perlu menggunakan tandas. Sewaktu masuk, saya melihat lelaki tua berbangsa Mexico ada di situ.

"Saya menghampirinya dan memberitahu dia tersalah masuk ke tandas wanita."

Rupa-rupanya, wanita itu yang tersalah masuk ke tandas lelaki.

Dia mula sedar setelah melihat tempat membuang air kecil berdiri yang dikhususkan untuk orang lelaki.

11) Hidu najis anjing dalam pesawat

"Dalam penerbangan dari London ke Tokyo, seekor anjing berak di dalam pesawat.

"Anak kapal bergegas membersihkan najis itu. Dua jam kemudian, ia berak sekali lagi. Kami terpaksa menghidu najis anjing sepanjang penerbangan," dedah penumpang itu.

12) Pengsan dalam penerbangan

"Saya pengsan sewaktu di dalam pesawat sewaktu mahu ke tandas. Sedar-sedar sahaja, saya berada di bahagian belakang pesawat sambil dikelilingi anak kapal.

"Sehingga kini saya tidak tahu kenapa saya pengsan," ujarnya.

13) Berbogel sewaktu pemeriksaan keselamatan

Seorang lelaki bertindak membuka semua pakaiannya sewaktu melalui imbasan keselamatan di lapangan terbang.

"Kamu anggota keselamatan mesti nak tengok saya berbogel, ayuh saya bantu anda," ujar lelaki itu sebelum membuka semua pakaian.

Tindakannya menyebabkan berlakunya barisan panjang di pemeriksaan itu.

14) Hampir tertinggal kucing

"Sewaktu kecil, kami sekeluarga berpindah ke luar negara. Jadi, kami turut membawa kucing bersama.

"Sewaktu kapal terbang sedang mengundur di lapangan terbang di Denver, saya melihat kereta kecil mengejar pesawat.

"Rupa-rupanya pengendali bagasi terlupa memasukkan kucing kami ke dalam pesawat," ujar individu tersebut.

15) Bagasi tersadai dalam ribut

"Saya sedang menaiki penerbangan dari Paris ke Atlanta. Pesawat terpaksa membuat pusingan sebelum mendarat kerana ribut sedang melanda.

"Setelah menaiki penerbangan sambungan, rupa-rupanya bagasi saya tidak dimasukkan ke dalam pesawat.

"Ia ditemui berada di atas jalan dan basah akibat ribut berkenaan. Ia dihantar kepada saya tiga hari kemudian," dedah seorang penumpang.


SUMBER: MSTAR ONLINE/ Reddit

Info Travel: Wah Menarik Cameron Highlands



Hotel Murah di Cameron Highlands RM100 dan ke bawah.

Sebab apa tak perlu cari hotel gempak-gampak jika pergi Cameron Highlands? sebab kita kena keluar hotel untuk pergi banyak tempat menarik, rujuk senarai tempat menarik di Genting Highlands bawah senarai hotel murah ini :

1. Jasmine Hotel, Cameron Highlands (RM100 Tepat)

Terletak di jalan utama Bandar Brinchang, Cameron Highlands, Hotel Jasmine merupakan hotel murah di Cameron Highlands yang cukup popular untuk para pengunjung. 

Yang penting, pada kadar bilik yang murah di sekitar RM100, Hotel Jasmine menyediakan Wi-Fi PERCUMA di semua 72 bilik-biliknya. 

Katil di dalam bilik juga cukup besar. Televisyen di dalam bilik pula merupakan televisyen LCD yang lengkap dengan saluran satelit.

2. Hotel Snooze Too, Cameron Highlands (~RM80)

Hotel Snooze Too merupakan hotel bajet yang serba moden di Brinchang Square, Brinchang, Cameron Highlands. Walaupun nampak simple, bilik biliknya sesuai untuk penginapan sekeluarga kerana dilengkapi katil-katil besar disamping televisyen LED dan sofa ala bean-bag. 

Atas sebab itu, banyak yang suka membawa anak-anak bersama untuk menginap di sini. Kepada yang memandu, ada banyak tempat parkir di sekitar hotel ini yang terletak di kawasan kedai baru di Brinchang. Hotel murah di Cameron Highland ini mempunyai lokasi yang amat strategik kerana dekat dengan pasar malam. 

Terdapat banyak gerai-gerai makan dan restoran di sekitar hotel di Brinchang Square ini. Lif juga disediakan bagi mereka yang duduk di tingkat atas. Ketiadaan almari merupakan satu-satunya kelemahan bilik hotel murah di Cameron Highland ini.

3. Hotel Parkland Cameron Highlands (~RM90)

Hotel Parkland merupakan hotel bajet serba moden di Brinchang, Cameron Highland. Hotel ini menjadi pilihan pengunjung-pengunjung yang datang ke Cameron Highlands untuk melancong maupun untuk tujuan bisnes. 

Kedudukannya juga dekat dengan tarikan pelancong utama seperti Gurdwara Sahib Brinchang, Tokong Sam Poh. Antara kemudahan utama yang tersedia di hotel bajet di Cameron Highlands ini adalah lif, pakir percuma dan wifi internet di semua bilik dan di lobi hotel. 

Bagi pengemar golf, padang golf hanya terletak kurang 3km dari hotel murah ini. Sama ada anda berada di Cameron Highlands untuk menikmati cuaca yang dingin, berishtirahat, melancong ataupun urusan perniagaan, hotel Parkland Cameron Highlands dapat memenuhi keperluan penginapan anda dan keluarga anda.

4. KRS Pines Guest House (~RM50)

Terletak di Jalan Mentigi, Tanah Rata, Cameron Highlands, KRS Pines Guesthouse merupakan sebuah hotel ala homestay in Cameron Highlands yang terletak hanya 4km dari ladang teh Cameron Bharat. 

Ladang strawberry, ladang teh BOH dan Lembah Kaktus (Cactus Valley) juga mudah dikunjungi dari hotel murah di Cameron Highland ini. Hotel ini merupakan antara hotel yang paling murah di Cameron Highlands. Penginap hotel homestay ini juga boleh bersantai di taman hotel hotel ini selepas mengunjungi tempat-tempat tarikan pelancong di Cameron Highland. Wifi percuma juga disediakan bagi kemudahan pengunjung di lobi hotel dan juga di tingkat bawah. 

Hotel homestay murah di Cameron Highlands ini menyediakan tiga jenis bilik bagi memenuhi keperluan pengunjung ke sini. Anda boleh memilih antara bilik tunggal untuk penginapan bersendirian, bilik twin untuk dua orang, ataupun bilik triple untuk empat orang.

5. TJ Lodge – Hotel Murah di sekitar RM50 di Cameron Highlands

Terletak di Persiaran Camelia 3, Bandar Baru Juta Villa, Tanah Rata, Cameron Highlands, TJ Lodge merupakan salah satu hotel yang paling murah di Cameron Highlands. TJ Lodge sesuai bagi mereka yang ingin menziarahi pekan Tanah Rata, Cameron Bharat Plantation dan Hospital Tanah Rata.

 Walaupun sewa biliknya cukup murah, TJ Lodge menyediakan WiFi percuma di semua bilik tetamu dan ruang lobi hotel. Terdapat banyak restoran di sekitar TJ Lodge. Jadi, hotel ini amat sesuai bagi mereka yang jalan-jalan cari makan di Cameron Highlands. Di hari minggu pula, anda dapat mengunjungi pasar minggu yang ada di sekitar hotel ini.

6. Sam Jade Guest House (~RM80)

Hotel ala guest house ini terletak di Jalan Pecah Batu, Brinchang, Cameron Highlands. Persekitarannya yang sunyi tetapi dekat dengan pekan menjadikannya amat sesuai bagi mereka yang impikan suasana yang tenteram semasa bercuti. 

Hotel berbintang satu setengah ini menyediakan ruang bilik yang besar untuk keselesaan anda. Pada waktu malam pula, anda boleh bersantai sambil berbual-bual dengan keluarga dan sahabat handai di kawasan bumbung terbuka sambil menghayati gemerlapan bintang di langit. 

Sam Jade guest house merupakan antara hotel murah yang paling popular di Cameron Highlands. Tempah bilik di hotel ini seawal mungkin terutamanya di musim cuti sekolah.

7. Country Lodge Resort (~RM90)

Kelebihan hotel ini adalah lokasinya yang dekat dengan pasar malam di Brinchang. Kalau anda datang bercuti di Cameron Highlands bersama anak-anak, hotel murah di Cameron Highland ini juga amat sesuai kerana family studio dan apartmen 2 biliknya cukup untuk memuatkan 6 orang. 

Terdapat juga bilik quad di Country Lodge Resort untuk 4 orang penghuni di samping Bilik Deluxe untuk 2 orang. Walaupun hotel ini bergelar resort, ia hanya bertaraf dua bintang. 

Jadi, jangan kecewa jika anda tidak menikmati kemudahan resort di sini. Pada harganya yang begitu murah, hotel ini hanya menyediakan kemudahan asas seperti wifi percuma untuk pelanggannya.

Senarai tempat menarik yang wajib pergi :

1. Ladang Teh Boh

Suasana yang sangat mendamaikan di Ladang Teh Boh Cameron Highland menjadikan tempat ini sebagai tarikan utama para pelancong. Udara yang sangat segar dapat menghilang segala tekanan yang dialami apabila anda berada di sekitar dalam Ladang Teh Boh. 

Melihat kehijauan pokok-pokok teh yang ditanam disini membuatkan anda berfikir sejenak akan anugerah ILLAHI. Tidak hairanlah jika Cameron Highland menjadi salah satu senarai terkenal untuk berbulan madu.

2. Taman rama-rama

Selain di Penang, Cameron Highlands jugak terdapat taman rama-rama. Pelbagai jenis spesis rama-rama yang ada di sini. Bukan sahaja rama-rama, tetapi reptilia jenis ular dan katak jugak turut ada disini. 

Selain itu, serangga dan kala jengking juga terdapat di taman rama-rama. Ia dibuka pada jam 9 pagi sehingga 6 petang dan dikenakan bayaran masuk sebanyak RM3.

3. Cactus Valley

Kepada pencinta pokok kaktus, Cactus Valley Cameron Highland adalah tempat yang sesuai untuk anda. Lokasi Cactus Valley ialah berhampiran dengan Big Red Strawberry Farm. 

Pelbagai jenis pokok Kaktus yang dijual di sini dengan harga yang berpatutan. Dibuka setiap hari dan dikenakan harga tiket sebanyak RM4 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.

4. Big red strawberry farm

Bagi pengunjung yang suka mengambil gambar, Big Red Strawberry Farm adalah tempat yang sesuai untuk anda menunjukan bakat mengambil gambar kerana di sini terdapat pelbagai kawasan yang menarik untuk dijadikan sebagai sudut untuk bergambar.

5. Kebun Lavender

Kepada pencinta bau lavender, kini anda tidak perlu untuk terbang jauh semata mata untuk melihat dan merasai sendiri keindahan bunga lavender. Bau yang sangat menyenangkan kini ada di Kebun Lavender di Cameron Highland.

 Apabila anda menjejaki masuk ke dalam Kebun Lavender ini anda akan dapat merasai keharuman bunga lavender yang mewangi dan menenangkan jiwa. Pengunjung dikenakan caj tiket sebanyak RM5 bagi dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. 

Suasana yang sangat romantik menjadikan Kebun Lavender antara destinasi wajib di Cameron Highland. Di kebun ini pengunjung dibenarkan untuk memetik bunga dan akan dikenakan cas bayaran RM2 untuk sekuntum bunga.

 Dibuka pada hari biasa dari jam 9 pagi sehingga 6 petang. Pada hari Sabtu dan Ahad pula ia dibuka pada jam 9 pagi sehingga 7 malam. Tempat letak kereta dan bas disediakan.

6. Kea farm di Brinchang

Kea Farm pula adalah tempat yang sesuai untuk anda membeli belah. Ini kerana pelbagai jenis barangan dijual disini dengan harga yang berpatutan. 

Antara tarikan utama bila anda ke Kea Farm ialah terdapat pelbagai jenis bunga segar dijual disini. Rugi jika anda ke Kea farm tapi tidak merasai strawberry celup coklat dengan harga RM2 sahaja dan cendawan segar yang digoreng panas-panas.

7. Pasar malam Brinchang

Pasar malam Brinchang adalah salah satu tempat yang mesti dilawati bila anda ke Cameron Highland. Pelbagai jenis makanan, pakaian, cenderahati dan lain-lain boleh didapati di sini.

 Dibuka setiap hari di musim percutian dari petang sehingga ke tengah malam. Ia menjadi tarikan utama pelancong untuk membeli berbagai barangan terutama makanan. 

Orang ramai akan mula datang seawal jam 3 petang untuk mengelakkan kesesakan jalanraya. Cuaca yang sangat sejuk di Cameron Highland menjadikan suasana di dalam pasar malam Brinchang tidak seperti pasar malam yang ada di tempat lain. Keadaan dan suasana disini sangat selesa.

8. Ladang Lebah Ee Feng Gu

Masuk adalah percuma. Dibuka setiap hari dari jam 8 pagi sehingga 7 malam. Kepada mereka yang ingin mengetahui cara hidup serangga yang bernama “lebah” bolehlah singgah ke Ladang Lebah Ee Feng Gu. 

Di sini ditunjukkan cara lebah hidup dan bagaimana cara untuk mendapatkan madu dari lebah. Pelbagai informasi berguna boleh didapati disini. 

Selain itu, di Ladang Lebah Ee Feng Gu juga ada menjual kopi, teh dan pelbagai bahan yang berasaskan madu asli sebagai buah tangan sebelum anda pulang.

9. Taman AgroTek Mardi

Taman AgroTek Mardi dikelolai sepenuhnya oleh agensi Kerajaan. Terdapat berbagai kemudahan asas yang disediakan didalam Taman AgroTek Mardi antaranya ialah kafe, surau dan tempat permainan untuk kanak-kanak.

 Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin melainkan semasa musim cuti umum dan cuti persekolahan. Dikenakan caj bayaran sebanyak RM3 untuk dewasa dan RM1.50 bagi kanak-kanak. Kepada yang suka makan buah strawberry dan anggur, di sini anda boleh mendapatkan buah yang segar.

10. Rose Centre
Pelbagai jenis bunga dan sayur-sayuran terdapat disini. Anda dapat melihat sendiri bunga yang mekar dan sayur-sayuran yang ditanam. 

Tapi awas jika anda terpetik bunga di kawasan ini anda akan dikenakan denda sebanyak RM50. Waktu operasi setiap hari dari jam 8 pagi sehingga 6 petang dan dikenakan cas bayaran masuk sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.

11. Muzium Time Tunnel

Di Muzium Time Tunnel anda dapat mempelajari sejarah dan cara hidup orang pada zaman dahulu-kala. Pelbagai koleksi barangan antik yang tedapat di sini. 

Muzium Time Tunnel terletak dikawasan Brinchang. Dibuka setiap hari dari 9 pagi sehingga 6 petang dan kadar bayaran sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.

Di sini juga saya sertakan hotel budget yang korang boleh pilih jika yang dia tas ni penuh :

1. BB Inn - 79A Persiaran Camelia
2. Brinchang Hotel
3. Camelia Budget Hotel
4. Camellia Budget Inn
5. Downtown Hotel
6. Fathers Guest House
7. Gerard’s Place
8. Hotel Green Garden
9. Hotel Remix
10. Iris House Hotel
11. Jasmine Hotel
12. Kowloon Hotel
13. Rainbow Hotel
14. Sunbirds Hotel
15. The Highlanders

Share dan tag kawan2

kredit: Tempat Menarik

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...