Halo Matahari: Penduduk Sarawak, Kalimantan Gempar Saksi Fenomena Unik

Fenomena Halo yang kelihatan di Sarawak: Foto sumber: BERNAMA
DIOLAH OLEH: MOHD EZLI MASHUT

CUACA: Penduduk di sekitar Sarawak dan Kalimantan berpeluang menyaksikan fenomena Halo Matahari yang disifatkan kejadian unik dan jarang-jarang berlaku.

Agensi Berita Indonesia REPUBLICA ONLINE melaporkan penduduk Kota Muara Teweh, Kabupaten Barito Putra, Kalimantan Tengah, melihat fenomena halo matahari itu, Sabtu (17/2). Fenomena itu terlihat jelas sekitar pukul 10.30 WIB.

Peristiwa halo matahari ini juga sebelumnya terjadi dan dilihat warga Muara Teweh sekitar sepuluh tahun tahun lalu iaitu pada tanggal 19 Oktober dan 28 Oktober 2008 serta tahun lalu pada 14 Mac 2017.

Sementara itu Agensi Berita Malaysia BERNAMA memuatnaik foto kejadian fenomena Halo Matahari itu di laman media sosial TWITTER.

Pemandangan halo matahari (optikal berupa lingkaran cahaya seperti pelangi yang mengelilingi matahari) dapat dilihat di kawasan perumahan Bandar Baru Samariang, Sarawak.

Kejadian tersebut amat jarang berlaku di kawasan tropika kerana kebiasaannya ia berlaku dikawasan iklim sejuk.

Kesempatan itu turut diambil penduduk untuk mengambil gambar untuk diabadikan sebagai kenangan selain tersebar di media sosial.


Foto Sumber: Twitter BERNAMA

Foto Sumber: Twitter BERNAMA

Foto: Sumber Twitter BERNAMA

Dalam pada itu, Berita Online BATAMPOS melaporkan fenomena halo matahari menghebohkan sebahagian warga di Ranai Natuna. 

Fenomena berbentuk cincin warna pelangi mengelilingi matahari ini terlihat beberapa jam mulai sekitar pukul 10.00 WIB, Kamis (15/2).

Sejumlah warga Ranai mengaku jarang melihat penampakan fenomena halo matahari di Natuna. Dan menganggap sebagai petanda alam.

“Mudah-mudahan bukan pertanda buruk. Fenomena itu jarang terlihat di Natuna cukup lama. Cuaca pun cukup pasas, tidak biasa secara langsung dilihat mata telanjang,” ujar Ari Warga Ranai.

Fenomena ini yang dapat dilihat dengan mata kasar merupakan lingkaran cahaya yang mengelilingi bulan atau matahari merupakan salah satu fenomena optik seperti pelangi yang disebabkan pembelokan cahaya oleh unsur atmosfera. 

Dalam amalan pemerhatian cuaca, fenomena halo antara petunjuk yang boleh diguna untuk meramal hujan atau ribut petir dalam tempoh 12 hingga 24 jam.

Lapisan awan cirrostratus sangat nipis sehinggakan matahari atau bulan boleh dilihat dengan jelas melaluinya tetapi kadang-kadang matahari atau bulan juga boleh kelihatan sebagai bayangan malap melalui lapisan awan yang tebal.

Apabila cahaya matahari atau cahaya bulan melalui kristal ais awan cirrostratus, cahaya tersebar atau dibiaskan yang menyebabkan fenomena halo.


SUMBER:
1. REPUBLICA ONLINE
2. BERNAMA
3. BATAMPOS.COM

Musim Ala 'Winter Sonata Mungkin Berulang di Pantai Timur?

Photo by: TechNotes 


CUACA: Semua orang inginkan suasana sejuk dan nyaman. Kenapa? Ia disebabkan cuaca di Malaysia secara puratanya adalah panas sepanjang tahun dan kadang-kadang mengalami suasana musim kering dan tanpa hujan.

Agensi Berita BERNAMA pada 17 Februari 2018 melaporkan suaca sejuk yang dialami di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia merupakan fenomena sementara tetapi keadaan itu boleh berulang sekiranya angin sejuk monsun timur laut dari Siberia, China melalui Semenanjung Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) Alui Bahari berkata cuaca sejuk dan kabus tebal di negeri-negeri pantai timur, pedalaman Kedah dan utara Perak telah kembali normal sejak 12 Februari dengan bacaan suhu minimum harian di stesen-stesen Meteorologi mencatatkan suhu 20 darjah celsius ke atas.

Katanya cuaca sejuk ini mungkin boleh berulang pada bulan Februari tahun depan sekiranya berlaku pergerakan tiupan angin sejuk monsun timur laut dari China dan langit tidak berawan pada waktu malam.

"Secara klimatologi, bulan Februari merupakan tempoh suhu minimum harian yang terendah berbanding bulan-bulan lain di negeri-negeri pantai timur, pedalaman Kedah dan utara Perak,” katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media baru-baru ini bahawa Kuala Krai pada 11 Februari lepas telah mengalami cuaca luar biasa dengan mencatatkan suhu suhu terendah iaitu 18.4 darjah Celsius.

Alui berkata cuaca sejuk yang berlaku dari 9 hingga hingga 11 Februari di Kelantan itu, turut dirasai di Terengganu dan Pahang selain kawasan pedalaman Kedah dan utara Perak.

Sementara itu, Alui berkata MET Malaysia dari semasa ke semasa mengeluarkan amaran sekiranya berlakunya kabus tebal akibat cuaca sejuk dan laut bergelora yang menyebabkan tidak selamat untuk aktiviti pergerakan pengangkutan di laut dan udara.

"Maklumat mengenainya akan disalurkan kepada orang ramai dan pihak yang berkaitan antaranya Jabatan Penerbangan Awam, Jabatan Perikanan Malaysia, Jabatan Laut Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia,” katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan berulangnya Taufan Tembin yang melanda Filipina pada Disember tahun lepas dan kesannya kepada Sabah, Alui berkata pada ketika ini terdapat satu siklon tropika iaitu Ribut Tropika Sanba di tenggara Filipina.

Justeru itu, MET Malaysia akan mengeluarkan amaran cuaca dari semasa ke semasa untuk negeri Sabah sekiranya hujan lebat dan angin kencang diramalkan berlaku di negeri tersebut, katanya. 

SUMBER: BERNAMA

Kentut Kuat Paksa Pesawat Mendarat Cemas!

Photo by: TRANSVIA


DIOLAH OLEH: MOHD EZLI MASHUT

CERITA TRAVEL - PELIK & LUCU: Kita selalu fikir, insiden keganasan dan rampasan pesawat adalah kejadian diluar jangka yang boleh memaksa sesebuah penerbangan membuat pendaratan cemas dan menukar haluan demi keselamatan penerbangan dan pesawat.

Namun lain hal pulanya yang berlaku kepada penerbangan Transavia Airlines HV6902 apabila terpaksa membuat pendaratan cemas akibat insiden tumbuk-menumbuk berlaku dalam penerbangan itu, APA PUNCANYA?

Portal MAIL ONLINE melaporkan pesawat itu mendarat di Vienna selepas dua lelaki bergaduh dengan salah seorang penumpang yang kentut dengan kuat dan enggan menghentikannya walaupun sudah ditegur.

Photo by; MAIL ONLINE

Juruterbang kemudian membuat keputusan untuk mengalihkan pesawat ke lapangan terbang Austria.

Polis menaiki pesawat itu setelah mendarat di Vienna, dan empat orang dilaporkan dibawa keluar dari penerbangan.

Seorang jurucakap polis mengesahkan kejadian itu yang berpunca daripada seorang penumpang yang mempunyai angin dalam badan dan kentut dengan kuat kerana 'tidak cuba menahan dirinya' telah diserang dua lelaki Belanda yang sedang dalam penerbangan.

Polis mengiringi dua lelaki Belanda itu dari pesawat bersama dua wanita, dari Rotterdam.

Salah seorang penumpang wanita, Nora Lachhab, 25 memberitahu De Telegraaf bahawa penyingkiran mereka adalah 'tidak adil'.

"Gila kami termasuk sekali, kami tak tahu siapa lelaki-lelaki ini, kami cuma bernasib malang duduk di barisan yang sama dan kami tak buat apa-apa.

"Kami terpaksa mencari penerbangan dengan syarikat penerbangan lain untuk pulang.

"Apa yang saya dapat katakan adalah krunya benar-benar provokatif dan menimbulkan kekecohan."

Jurucakap syarikat penerbangan itu memberitahu media tempatan bahawa empat penumpang itu diharamkan menggunakan penerbangan tersebut.

Mereka tidak ditangkap kerana tidak melanggar mana-mana undang-undang Austria.

Jurucakap itu menegaskan bahawa wanita itu juga bersalah atas salah laku dan penderaan lisan.

"Kru kami mesti memastikan penerbangan selamat.

"Apabila penumpang menimbulkan risiko, mereka segera campur tangan, petugas kita dilatih untuk itu.

"Mereka tahu batas-batasnya.

"Oleh itu, Transavia berada di belakang kru kabin dan juruterbang."


SUMBER:
1. MAIL ONLINE
2. MSTAR ONLINE

Bos AirAsia Rayu Pekerja Tak Baling Bagasi Penumpang Tapi 'Cium'. Contoh Di Jepun Patut Jadi Ikutan


Photo by: MAJALAH REVIEW


DIOLAH OLEH: MOHD EZLI MASHUT

TRAVEL: BAGI pengembara dan penumpang penerbangan, isu bagasi atau beg rosak akibat dibaling, dicampak sehingga merosakkan beg serta barangan menjadi kerisauan utama.

Apakan tidak kadang-kadang barangan berharga dalam beg itu rosak dan pecah apabila dibuka cukup menimbulkan rasa marah penumpang terhadap mana-mana penyedia khidmat penerbangan.

Baru-baru ini, perkara demikian mendapat perhatian cukup serius daripada  Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes yang mahu supaya ianya ditangani dengan segera.


PHOTO: YOUTUBE

https://youtu.be/mEfUn56aacM

Salah satu kaedah yang dilaksanakan syarikat penerbangan tambang murah itu ialah dengan melihat isu kebajikan pekerja khususnya yang melibatkan kumpulan pengendali bagasi.

Dalam video ditularkan, Mstar Online melaporkan supaya pekerja bagasi tidak mencampak beg dalam pengendalian sebaliknya 'mencium' sebagai simbolik kata-kata supaya pekerja bahagian bagasi mengendalikannya dengan cermat dan penuh hormat.

Pengendalian Bagasi Di Jepun Patut Jadi Ikutan



Seorang pekerja lelaki syarikat penerbangan Jepun, ANA dengan cermat mengatur setiap bagasi ke dalam trak sebelum di bawa ke terminal lapangan terbang. - Foto Facebook/Nihongo Wakaranai


Sementara itu Astro Awani melaporkan, anda mungkin pernah melihat banyak video yang menunjukkan bagasi anda dikendalikan secara kasar di lapangan terbang.

Mungkin juga anda pernah membaca beberapa kes kecurian atau terdapat barang yang rosak di dalam beg pakaian anda.

Namun, video ini mungkin akan menepis persepsi buruk anda mengenai pengendali bagasi di lapangan terbang.

Dalam satu video tular menunjukkan seorang pekerja lelaki syarikat penerbangan Jepun, ANA dengan cermat mengatur setiap bagasi ke dalam trak sebelum di bawa ke terminal lapangan terbang seperti yang dilaporkan dalam portal Business Insider Singapore.

Video yang dimuat naik oleh Nihongo Wakaranai di Facebook telah ditonton kira-kira 1.8 juta penonton di seluruh dunia.

https://www.facebook.com/nihongowakaranai/videos/590519447957742/

“Video ini menunjukkan bagaimana masyarakat Jepun telah mengendalikan bagasi anda lebih baik daripada yang anda lakukan," katanya menerusi kapsyen video tersebut.

Netizen memuji tindakan pekerja lelaki itu yang menunjukkan rasa hormat terhadap barang-barang milik penumpang sekali gus menunjukkan syarikat tersebut memiliki perkhidmatan baik.


SUMBER:
1. MSTAR ONLINE
2. ASTRO AWANI

Melbourne Avalon Airport To Get AirAsia Flights To Kuala Lumpur, AirAsia to Stop Flights From Mumbai

Screenshot: TIMES OF INDIA

TRAVEL: AirAsia has announced that it is officially moving its operations from Melbourne Tullamarine Airport to Avalon Airport. 

Avalon Airport is less than an hour from the Melbourne CBD region and is located near the town of Geelong. AirAsia will operate the first international flights to and from Avalon Airport.

The airline stated that it has chosen to move its operations for two main reasons. 

The first reason is operating costs. Avalon Airport provides the airline with lower costs, which allows them to maintain their low fares for people traveling to and from Australia.

The second reason that the airline has given for their choice of location is where the airport is located. The airport in Avalon is the closest airport to the Great Ocean Road. The Great Ocean Road is an Australian heritage site that stretches over 151 miles of the coastline. 

It is one of the most popular tourist destinations for travelers from Asia, and the airline reckons this would encourage more people to visit this area if they had easy access to the Great Ocean Road.

Since AirAsia X - AirAsia's long-haul arm - began operating 10 years ago, AirAsia has flown over 30 million people to destinations around the world. Of these 30 million, over six million were people visiting or returning to Australia.

AirAsia will operate a twice-daily flight between Kuala Lumpur and Avalon Airport later this year. It anticipates that these new flights and this new location will help the airline move over 500,000 people this year to and from this airport in its first year of operations.


AirAsia to stop flights from Mumbai from April 29

MUMBAI: AirAsia has again decided to pull its flights out of Mumbai airport—this time, barely a year after relaunch. 

From April 29, Indonesian AirAsia X will not operate its Mumbai-Kuala Lumpur flights, which were popular with city tourists bound for Bali. The decision has left hundreds of passengers who have already booked their summer jaunt to Bali in the lurch.

Confirming the flight suspension, an AirAsia India spokesperson said that passengers who had bought tickets on Mumbai-Kuala Lumpur-Bali flights scheduled post April 29 have been given four options. 

First, re-route their flights through other nearby AirAsia destinations in India (at no cost, but subject to ticket availability) or retain the value of the fare in a credit account to be redeemed in six months or change the travel date to one before April 29 (again subject to availability) or obtain a refund.


A Mumbaikar who had booked three Mumbai-Bali return tickets on January 10 for a family holiday in May said the options don’t compensate for the inconvenience and losses due to the sudden announcement. 

For Rs 56,233, she had booked three return tickets in January for travel in May. “I spent a lot of time trying to contact the airline customer care to re-route. 

The options they gave us involved 10-20 hour transit in Kuala Lumpur, which is highly inconvenient. Now, we’ve decided to opt for a refund. 

We had luckily not booked a hotel,” she said and demanded that the airline book them on another flight to Bali or pay compensation for the losses incurred because of their decision to suspend flights.

Another passenger was looking forward to an Australian holiday after almost a year-long wait. She had booked two Mumbai-Kuala Lumpur-Melbourne return tickets for Rs 54,000 in August 2017 for travel in August 2018. She is likewise distraught.

Since its launch in India, AirAsia has had an on-off relationship with Mumbai. Air Asia had first launched flights into Mumbai in 2010 with daily departures to Kuala Lumpur. 

But the airline stopped the flights after two years, citing steep costs. AirAsia brands— AirAsia India, AirAsia Berhad, AirAsia X Berhad and Thai AirAsia—currently operate flights into 31 destinations in India, including all metros and several non-metros. Mumbai continues to blink and disappear on the AirAsia radar though.



SOURCES:
1.  GET.com 
2.  Times Of India

TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...