Pengembara Sudah Terima Vaksin Dikecualikan Kuarantin

Vaksin Oxford-AstraZeneca 

Pengembara sudah divaksin sepenuhnya bagi COVID-19 tidak perlu dikuarantin setiba di Arab Saudi, kata Pihak Berkuasa Umum Penerbangan Awam (GACA).

Bagaimanapun, mereka perlu mengemukakan sijil vaksinasi yang disahkan pihak berkuasa kesihatan negara masing-masing, lapor AGENSI pada 1 Jun.

Dalam pada itu, Arab Saudi hanya mengiktiraf vaksin Pfizer-BioNTech, Moderna, Oxford-AstraZeneca dan Johnson & Johnson sahaja bagi pengecualian kuarantin itu.

Pihak berkuasa Arab Saudi juga kini berusaha meyakinkan keselamatan dan keberkesanan vaksin berkenaan, ketika mempergiatkan program inokulasi di negara tu.

Penolong Timbalan Menteri Pencegahan Penyakit, Dr Abdullah bin Mefarreh Asiri, berkata kesan sampingan myocarditis (otot jantung membengkak) diakibatkan oleh coronavirus, bukannya vaksin.

Dalam ciapan Twitter, beliau menjelaskan penilaian resonans magnetik jantung menunjukkan bahawa 60 peratus mereka yang mengalami jangkitan serius COVID-19 menunjukkan tand-tanda myocarditis.

Semalam Arab Saudi melaporkan 15 lagi kematian akibat COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan 7,362 kematian manakala mereka yang sudah divaksin ialah seramai 14,146,363 orang. 

SUMBER: AGENSI / 1 JUN 2021

Jangkitan COVID-19 Global Lebih 171 juta, Korban 3.56 juta

    Creator: DKosig Credit: Getty Images

Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 171 juta kes termasuk lebih 3.56 juta kematian, dengan hampir 500,000 jangkitan baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 34 juta kes jangkitan termasuk hampir 610,000 kematian, lapor AGENSI pada 1 Jun.

Ini diikuti India dengan lebih 28 juta kes dan Brazil dengan lebih 16.5 juta kes selain Perancis, Turki serta Russia melebihi lima juta kes manakala United Kingdom (UK) dan Itali pula mencatat lebih empat juta kes.

Argentina, Jerman, Sepanyol dan Colombia pula melebihi tiga juta kes. Poland, Iran, Mexico dan Ukraine mencatat lebih dua juta kes.

Peru, Indonesia, Belanda, Afrika Selatan dan Kanada antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 600,000 kes termasuk Malaysia, Slovakia dan Panama.

Negara lain merekodkan angka positif di antara 100,000 dan 300,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 3.56 juta kes.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 594,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 461,000 kes; India lebih 329,000 kes; Mexico lebih 223,000 kes.

Sementara United Kingdom, Itali, Rusia dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Jerman dan Sepanyol.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan melebihi 50,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 20,000 kes diikuti Malaysia dengan 6,824 kematian manakala Singapura mencatat 33 kematian setakat ini. 

SUMBER: AGENSI/ 1 JUN 2021

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...