Bali Kenakan Cukai Pelancong RM46 Mulai Tahun 2024



PELANCONGAN | Lokasi peranginan Indonesia di Bali akan mengenakan cukai 150,000 rupiah (RM46) ke atas pelancong yang memasuki 'Pulau Dewa' itu mulai tahun 2024 bagi mengekalkan budayanya, menurut pegawai pada 13 Julai 2023.


Bali yang bergantung kepada ekonomi pelancongan menarik jutaan pelawat asing setiap tahun dan cuba memanfaatkan popularitinya dengan mengenakan cukai dalam usaha melindungi tarikan tropikanya, lapor AFP pada 13 Julai 2023.


Gabenor I, Wayan Koster, berkata bayaran yuran untuk pelancong asing hanya dikenakan sekali ketika lawatan mereka ke Bali.


"Yuran itu perlu dibayar secara elektronik dan akan dikenakan kepada pelancong asing yang memasuki Bali dari luar negara atau dari bahagian lain di Indonesia.


"Levi tidak akan dikenakan kepada pelancong domestik Indonesia," katanya kepada penggubal undang-undang tempatan.


Dilaporkan, lebih dua juta pelancong melawat pulau itu tahun 2022 ketika Bali pulih daripada sekatan pandemik COVID-19 selepas mengenakan dasar toleransi sifar terhadap pelanggaran peraturan.


Ketika ditanya sama ada cukai baharu itu akan menghalang pelancong, Koster berkata, pihak berkuasa yakin angka ketibaan pelancong tidak akan menurun.


"Ia bukan masalah kerana kami akan menggunakannya untuk alam sekitar, budaya dan membina infrastruktur lebih berkualiti supaya perjalanan ke Bali akan lebih selesa dan selamat," katanya.


Bali sebelum ini berikrar mengenakan tindakan keras terhadap pelancong yang berkelakuan tidak senonoh selepas beberapa insiden, termasuk perbuatan tidak menghormati budaya pulau yang kebanyakannya penganut Hindu itu.


Pada Jun lalu, kerajaan tempatan menerbitkan panduan untuk pelancong yang ingin melawat Bali selepas didesak untuk berbuat demikian oleh pejabat Imigresen pulau itu. 


TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...