AirAsia Tawar Penerbangan 14 Kali Laluan KK-Sibu & KK-Bintulu


Foto Sumber: The Edge Markets

INFO PENERBANGAN: Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia menawarkan kekerapan penerbangan 14 kali seminggu dengan 2,520 tempat duduk menerusi dua laluan baharu Kota Kinabalu-Sibu dan Kota Kinabalu-Bintulu bermula 1 Januari lalu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Sieww Fook berkata, perkembangan itu merupakan hasil perjanjian antara Kerajaan Malaysia dan Airsia yang ditandatangani hari ini.

“Bagi tujuan ini, AirAsia telah mengikat komitmen perjanjian yang merangkumi syarat dan terma bagi tempoh enam tahun.

“Dua laluan itu sebelum ini termaktub di bawah perjanjian Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) bersama MASwings Sdn. Bhd. (MASwings), tetapi kerajaan memutuskan statusnya ditukar kepada komersial dan operasi dikendalikan AirAsia,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Menandantangani antara Kerajaan Malaysia bersama MASwings dan Airasia di sini hari ini.

Sementara itu, Anthony memaklumkan, kerajaan juga memeterai perjanjian bersama MASwings berhubung penerusan RAS di Sabah dan Sarawak bermula tahun ini sehingga 2024.

Katanya, berdasarkan perjanjian itu, syarikat berkenaan perlu menyediakan perkhidmatan bagi 39 laluan berbanding sebelum ini iaitu 49 laluan di Sabah dan Sarawak.

Beliau menambah, menerusi perjanjian baharu tersebut, mekanisme pemberian subsidi diubah daripada mekanisme berdasarkan kerugian operasi RAS dan insentif kewangan kepada terikat dengan prestasi operasi dan kewangan.

“Pada masa yang sama, MASwings juga akan menambah laluan bagi destinasi RAS sedia ada iaitu antara Limbang dan Kuching, Long Lellang ke Bario dan Long Seridan ke Bario.

“Selain itu, mereka juga menyediakan perkhidmatan kargo khas antara Miri dan Bario, Ba’kelalan, Long Seridan, Long Lellang, Long Akah dan Long Banga dengan penerbangan sekali seminggu bagi setiap laluan,” katanya.

Anthony berkata, penalti akan dikenakan kepada MASwings sekiranya perkhidmatan ditawarkan tidak memuaskan dan gagal mencapai tahap Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan.

Dalam masa yang sama katanya, kerajaan juga akan meneliti penambahan empat destinasi baharu RAS iaitu Long Pasia di Sabah, Kapit/Bukit Mabong, Belaga dan Long Silat di Sarawak dalam masa terdekat. 

SUMBER: UTUSAN ONLINE



The World's Safest Airlines For 2019

Foto Sumber: News.com.au


AirlineRatings.com (www.AirlineRatings.com) the world's only safety and product rating website has announced Qantas as its safest airline for 2019.

AirlineRatings.com has also announced its Top Twenty safest airlines and ten safest low-cost airlines from the 405 it monitors.

The top twenty are the who's who of airlines and in alphabetical order are: Air New Zealand, Alaska Airlines, All Nippon Airways, American Airlines, Austrian Airlines, British Airways, Cathay Pacific Airways, Emirates, EVA Air, Finnair, Hawaiian Airlines, KLM, Lufthansa, Qantas, Qatar Airways, Scandinavian Airline System, Singapore Airlines, Swiss, and United Airlines and Virgin group of airlines (Atlantic and Australia).

These airlines are standouts in the industry and are at the forefront of safety, innovation and the design and launching of new aircraft said AirlineRatings.com Editor-in-Chief Geoffrey Thomas.

"For instance, Australia's Qantas has been recognized by the British Advertising Standards Association in a test case in 2008 as the world's most experienced airline."

"It is extraordinary that Qantas has been the lead airline in virtually every major operational safety advancement over the past 60 years and has not had a fatality in the jet era," said Mr Thomas.

"But Qantas is not alone. Long established airlines such as Hawaiian and Finnair have perfect records in the jet era."

Responding to public interest, the AirlineRatings.com editors also identified their top ten safest low-cost airlines.

These are in alphabetical order: Flybe, Frontier, HK Express, Jetblue, Jetstar Australia / Asia, Thomas Cook, Volaris, Vueling, Westjet and Wizz.

In making its selections AirlineRatings.com takes into account numerous critical factors that include; audits from aviation's governing bodies and lead associations; government audits; airline's crash and serious incident record, fleet age and profitability.

AirlineRatings.com also announced its lowest ranked (one star and two star) airlines which are; Ariana Afghan Airlines, Bluewing Airlines, Kam Air, Tara Air and Trigana Air Service.

About AirlineRatings.com

AirlineRatings.com rates the safety and in-flight product of 405 airlines using its unique seven-star rating system. It is used by millions of passengers from 232 countries and has become the industry standard for safety and product rating. The editorial team is one of the world's most experienced with 50 awards and 28 industry books.

SOURCE: AirlineRatings.com

Ribut Tropika Pabuk Dijangka Landa Langkawi 5 Januari

Foto Sumber: MET MALAYSIA


INFO TRAVEL: Kawasan utara di negeri ini terutamanya di Pulau Langkawi dijangka menerima tempias daripada ribut tropika Pabuk, mulai 5 Januari.

BH ONLINE melaporkan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Left Kol (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacob, berkata berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), ribut itu dijangka melanda pulau itu bermula jam 2 petang.

Beliau berkata, sehubungan itu semua penduduk dan pelancong di Langkawi dinasihat menjauhi kawasan pantai bagi mengelak sebarang kemungkinan berlaku.

“Ombak dijangka tinggi esok ( 5 JAN) dan kita nasihatkan sebarang aktiviti membabitkan bot kecil, rekreasi dan menangkap ikan tidak digalak buat masa ini.


FOTO SUMBER:MET MALAYSIA

“Anggota APM akan melakukan tinjauan di empat menara pantai iaitu di Pantai Chenang, Pulau Payar dan Pantai Pantai selain satu di Daerah Kuala Muda bagi memastikan keselamatan awam,” katanya ketika ditemui hari ini.

Awang Askandar berkata, kesan ribut itu dijangka menyebabkan pokok tumbang dan angin kencang yang boleh mengancam keselamatan orang ramai.

“Oleh yang demikian, kita menasihatkan semua penduduk supaya sentiasa berhati-hati terutama mereka yang tinggal di tepi laut kerana ribut ini dijangka kuat.

“Orang ramai boleh menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) di talian 04-9663309 (Langkawi) dan 04-4235682 (Kuala Muda),” katanya.

Langkawi hanya terima kesan sampingan ribut Pabuk - Meteorologi Pulau Pinang

ALOR SETAR: Ribut tropika Pabuk yang melanda perairan Pantai Timur Semenanjung tidak akan membadai Pulau Langkawi secara terus, sebaliknya pulau peranginan itu hanya akan menerima kesan sampingan.

Pengarah Pejabat Meteorologi Pulau Pinang, Ling Leong Kwok, berkata ini kerana kedudukan angin ribut berada pada jarak 200 kilometer (km) ke utara, sekali gus mustahil bagi ia membadai Langkawi secara terus.

Sehubungan itu, beliau berkata, penduduk dan pelancong di Langkawi tidak perlu panik dengan keadaan itu, namun mereka perlu berhati-hati dengan angin kuat dan hujan, kesan daripada pinggiran ribut itu.

“Ribut Pabuk ini sekarang berada di Laut China Selatan menyebabkan cuaca agak buruk di Pantai Timur dan ia sedang bergerak ke barat laut ke Teluk Siam dan dijangka akan melintasi Segenting Kra dan masuk ke Laut Andaman.

“Jadi ia tidak akan membadai Langkawi kerana pulau itu hanya berada di kawasan pinggiran ribut Pabuk kerana kedudukan angin ini berada 200 km ke sebelah utara...jauh untuk ia membadai Langkawi.

“Jadi penduduk dan pelancong di Langkawi perlu bertenang,” katanya ketika dihubungi NSTP, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengingatkan orang ramai dan komuniti maritim untuk menghindari kawasan pantai di perairan pantai Timur semenanjung yang dijangka berterusan sehingga Ahad ini.

Ia susulan amaran cuaca buruk (jingga) yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) pagi tadi yang melaporkan ribut tropika pabuk kini berada di kedudukan 6.1 darjah Utara, 104.5 darjah Timur dan dijangka bergerak 15 km sejam ke arah barat laut menghampiri Segenting Kra.

Pada masa sama, Leong Kwok berkata, penduduk dan pelancong hanya perlu berjaga-jaga dan mengelak aktiviti sukan air di laut berikutan tempias ribut Pabuk yang boleh menyebabkan kelajuan angin dari 30 hingga 50 km sejam boleh menyebabkan laut bergelora.


“Namun ia tidak konsisten (pergerakan angin) namun penduduk khususnya nelayan boleh elakkan aktiviti di laut bagi tempoh hingga Ahad ini,” katanya.

SUMBER: BH ONLINE



Dikeluarkan pada pukul 10:00 pagi, 4 Januari 2019


AMARAN KATEGORI KETIGA 
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA


SEKSYEN A: UNTUK PERKAPALAN
(I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA)

Pada masa ini, Ribut Tropika Pabuk berada di Teluk Siam dan dijangka merentasi Segenting Kra. Angin kencang dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan barat Samui sehingga malam ini.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.


(II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)

Angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan timur Samui sehingga malam ini.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.


(III) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Phuket dan Selat Melaka Utara sehingga Sabtu, 5 Januari 2019.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

SEKSYEN B: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

(A) Angin kencang dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan sehingga malam ini.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

(B) Angin kencang dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang sehingga Sabtu, 5 Januari 2019.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Dikemaskini pada 4 Januari 2019, jam 10:00 pagi

THIRD CATEGORY WARNING 
WARNING ON STRONG WINDS AND ROUGH SEAS


SECTION A: FOR SHIPPING
(I) WARNING ON STRONG WINDS AND ROUGH SEAS (THIRD CATEGORY)

Currently, Tropical Storm Pabuk is located at Gulf of Siam and expected to cross Segenting Kra. Strong winds over 60 kmph with waves more than 4.5 metres are expected to occur over waters off west of Samui until tonight.

This condition of strong winds and rough seas is dangerous to all coastal and shipping activities including workers on oil platform.


(II) WARNING ON STRONG WINDS AND ROUGH SEAS (SECOND CATEGORY)

Strong winds of 50-60 kmph with waves up to 4.5 metres are expected to occur over the waters off east of Samui until tonight.

This condition of strong winds and rough seas is dangerous to all shipping and coastal activities including fishing and ferry services.


(III) WARNING ON STRONG WINDS AND ROUGH SEAS (FIRST CATEGORY)

Strong winds of 40-50 kmph with waves up to 3.5 metres are expected to occur over the waters off east of Phuket and Northern Straits of Malacca until Saturday, 5th January 2019.

This condition of strong winds and rough seas is dangerous to small crafts, recreational sea activities and water sports.

SECTION B: FOR MALAYSIAN WATERS

WARNING ON STRONG WINDS AND ROUGH SEAS (FIRST CATEGORY)

(A) Strong winds of 40-50 kmph with waves up to 3.5 metres are expected to occur over the waters off Kelantan until tonight.

This condition of strong winds and rough seas is dangerous to small crafts, recreational sea activities and water sports.

(B) Strong winds of 40-50 kmph with waves up to 3.5 metres are expected to occur over the waters off Eastern Perlis, Kedah and Penang until Saturday, 5th January 2019.

This condition of strong winds and rough seas is dangerous to small crafts, recreational sea activities and water sports.
Updated on 4 January 2019, at 10:00AM

Amaran
JMM.RML07/701/03 JLD163 (5)


Nasihat Ribut Tropika
Dikeluarkan pada 11:45 pagi 04 Januari 2019
Kategori:Nasihat Ribut Tropika (PABUK)
Masa Pencerapan:11:00, 04 Januari 2019
Kedudukan:Latitud 8.0 Utara dan Longitud 101.3 Timur
kira-kira 142 km ke Timur Laut Hat Yai, Thailand.
Pergerakan:Ke arah Barat Laut dengan kelajuan 20 km/j
Jarak dari Bandar terdekat:Kira-kira 209 km ke Timur Laut Arau, Perlis.
Kesan terhadap Malaysia:Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Kelantan dan Selat Melaka Utara.

TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...