Pulau Boracay, Filipina Dibuka Semula 26 Oktober

Foto Sumber: Industry.co.id

INFO TRAVEL: Filipina mengumumkan membuka semula pusat peranginan terkenal, pulau Boracay kepada pelancong bermula 26 Oktober 2018 ini.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan keputusan itu dibuat selepas ditutup selama enam bulan bagi membaiki kerosakan akibat kehadiran pelancong yang tidak terkawal.

Pada April 2018 lalu, Presiden Rodrigo Duterte mengarahkan pulau berkenaan ditutup sebagai usaha besar-besaran bagi memulihkan kemudahannya, selain mengekang pembangunan melampau sehingga ia digelar ‘loji kumbahan’.

Apabila dibuka semula, kemungkinan hanya segelintir hotel dan restoran dibenarkan beroperasi, selain langkah menguat kuasaan undang-undang lebih ketat di pantai, termasuk mengehadkan kedatangan pelancong dalam usaha memulihkan semula reputasi pulau itu.

Kesemua langkah ini bertujuan melindungi keindahan laut dan kualiti pasir pantai yang dikatakan antara faktor yang menggamit jutaan pelancong setiap tahun.

Foto Sumber: Tribunnews.com

Setiausaha Pelancongan, Bernadette Romulo-Puyat, berkata beliau berharap imej pulau Boracay yang baharu itu akan membuka ‘budaya pelancongan lestari’ di Filipina.

“Ini bermakna kita mengambil kira kesan tindakan keadaan semasa dan pada masa depan ke atas alam sekitar,” katanya kepada wartawan Jumaat lalu.

Pulau Boracay pernah dikategorikan majalah pelancongan sebagai antara pantai terbaik di dunia.

SUMBER: AFP

GPCI 2018: Kuala Lumpur Atasi Moscow, Istanbul & Taipei, Setaraf Milan

Foto Sumber: www.kuala-lumpur.ws

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

London, New York, Tokyo, Paris Kekal Bandaraya Paling Menarik Dunia 2018

INFO TRAVEL: Dapat menjejaki dan menelusuri bandar raya menarik merupakan impian dan harapan setiap individu. Ciri-ciri bentuk bandar raya yang unik adalah citarasa tersendiri.

Dalam Laporan Indeks Bandar Raya Kuasa Global (GPCI) 2018 melaporkan bandar raya London, New York, Tokyo dan Paris sekali lagi dinamakan sebagai bandaraya paling menarik di dunia.

Laporan berkenaan menyenaraikan 44 bandar raya utama dari segi daya tarikan atau kuasa keseluruhan untuk menarik orang perseorangan dan perusahaan yang kreatif dari seluruh dunia, sejak 2008.

Tetapi dalam kita teruja dengan 'dunia luar', kadang-kadang kita sedikit alpa dengan keunikan dan keindahan yang ada dalam negara kita sendiri Malaysia.

Foto Sumber; GPCI

KUALA LUMPUR Atasi Moscow, Istanbul & Taipei

Dalam laporan GPCI itu, meletakkan bandar raya Kuala Lumpur pada kedudukan ke-32 dengan bandar raya Milan di kedudukan ke-31.

Lebih mengujakan daripada laporan itu adalah Kuala Lumpur mengatasi bandar raya seperti Moscow (33), Istanbul (34), Taipei (35), Bangkok (36), Fukouka (37) dan Jakarta (41).

Dalam indeks 'Livability', bandar raya Kuala Lumpur diletakkan pada kedudukan 18 mengatasi kedudukan bandar raya Milan (19) , Geneva (20) dan Brussel (21), Singapura (22), Dubai (23) dan Seoul (25).

Foto Sumber; GCPI

INDEKS Global Power City Index 

Memandangkan persaingan global antara bandaraya, Global Power City Index (GPCI) menilai dan menguasai bandar-bandar utama dunia mengikut "kemagnetan" mereka atau kuasa komprehensif mereka untuk menarik orang, modal, dan perusahaan dari seluruh dunia. 

Ia berbuat demikian melalui mengukur 6 fungsi-Ekonomi, Penyelidikan dan Pembangunan, Interaksi Kebudayaan, Ketahanan, Alam Sekitar, dan Kebolehaksesan-menyediakan kedudukan multidimensi. 

Petunjuk dan kaedah pengumpulan data GPCI dikaji secara rutin dan diperbaiki untuk mencerminkan keadaan yang berubah-ubah di sekitar bandar-bandar global.

GPCI diterbitkan pada 18 Oktober 2018 oleh Institut Yayasan Peringatan Mori Bagi Strategi Bandar, badan penyelidikan yang diwujudkan oleh Mori Building, pemaju bandar terkemuka di Tokyo.

Menurut Yayasan Peringatan Mori dalam satu kenyataan di sini, empat bandaraya teratas itu kekal tidak berubah dari tahun lepas, dengan London, New York, Tokyo dan Paris mengekalkan kedudukan satu hingga empat mereka masing-masing.

Bandaraya tersebut dinilai dari segi 70 petunjuk dalam enam kategori iaitu ekonomi, R and D, interaksi Budaya, sesuai untuk didiami, persekitaran dan mudah untuk diakses.

Bandar raya London: Foto Sumber; Wikipedia

London terus melonjak dan turut meningkatkan markah dengan terus memanfaatkan momentum Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik 2012.

Bandaraya itu menaiktaraf kategori paling lemahnya yang terdahulu, sesuai untuk didiami, dan terus menunjukkan kekuatan yang luar biasa di dalam interaksi budaya.

Walaupun ketidakpastian wujud berhubung keputusan United Kingdom untuk keluar dari Kesatuan Eropah, kekuatan yang seimbang merentasi beberapa kategori telah memberikan London potensi untuk mengubah cabaran kepada peluang, sekali gus memperluaskan kedudukannya di hadapan dan meneruskan ke hadapan sebagai bandaraya pada kedudukan paling atas.

Setelah krisis kewangan global reda, New York mencatatkan kenaikan markah satu tahun yang paling tinggi sejak ranking GPCI dimulakan, apabila meraih manfaat daripada penilaian yang kukuh dalam persekitaran permulaan dan kepelbagaian dalam pilihan tempat kerja.

Sementara itu, Tokyo, yang berada dalam 10 tempat teratas dalam semua kategori kecuali persekitaran, telah berjaya memasuki kedudukan 10 teratas dalam kategori sesuai untuk didiami dengan jumlah jam bekerja yang lebih baik.

"Seperti London pada 2012, Tokyo berharap dapat meningkatkan markah sebelum dan selepas menganjurkan Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik pada 2020," katanya.


Paris, selepas turun ke tempat keempat berikutan beberapa serangan pengganas pada 2015, telah pulih untuk meningkatkan markah keseluruhan, termasuk dalam jumlah pelawat asing.

Menurut kenyataan itu, berikutan pengumuman rasmi Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik 2024 di Paris, bandar raya itu berkemungkinan akan bersaing dengan Tokyo bagi pertumbuhan yang berkaitan dengan sukan.

Bagi bandaraya lain, kenyataan itu menyenaraikan Singapura, secara tradisinya mantap dalam kebebasan ekonomi, kadar cukai korporat, dan Persidangan Antarabangsa, kini menduduki di tempat pertama di seluruh dunia dalam kepuasan kehidupan pekerja dan pertama di Asia untuk persekitaran permulaan niaga.

Amsterdam pula disenaraikan secara positif sebagai bandar raya yang menyokong, bersedia dari segi teknologi untuk perniagaan.

SUMBER: BERNAMA/ GPCI

Perjalanan Makkah-Madinah 6 Jam, Kini Hanya 2 Jam Sahaja

Foto: SAUDI GAZETTE


Bermula 11 Oktober 2018 lalu, orang ramai boleh merasai kepantasan perjalanan melibatkan Makkah dan Madinah yang selama ini selama enam jam kepada kira-kira dua jam sahaja.

Kerajaan Arab Saudi mencatatkan lagi sejarah tersendiri dengan perasmian projek Kereta Api Laju Haramain yang menghubungkan dua kota suci umat Islam itu.

Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz menyempurnakan majlis perasmian mengikut upacara tradisi yang bersamaan dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-88 kerajaan pada 23 September 2018 lalu.

Laluan sepanjang 450 km itu menghubungkan bandar suci Mekah dan Madinah melalui Jeddah dan bandar Ekonomi Rabigh Raja Abdullah dijangka akan mengendalikan 60 juta penumpang setahun apabila mencapai kapasiti penuhnya.

Kereta api itu bergerak pada kelajuan 300 km sejam dan ianya memendekkan masa perjalanan antara Mekah ke Madinah, kira-kira 2 jam.

Terdapat 5 stesen di sepanjang laluan di mana 2 adalah stesen terminal Mekah dan Madinah, 2 stesen pusat di Jeddah dan Rabigh dan ke-5nya stesen di Lapangan Terbang Antarbangsa King Abdulaziz yang dibina oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam.

Laluan ini akan dibuka kepada orang ramai mulai 11 Okt dan tambang adalah RM82.70 (75 SAR) hingga RM137.80 (125 SAR).


Foto: Saudi Gazette


Passengers can have online reservation and purchase of tickets through the website of (www.hhr.sa). They can contact the special customer service number (92000 4433) for queries about the timing of trips and ticket fares. 

There are ticket reservation and purchase facilities at the railway stations in Makkah, Madinah, Jeddah and Rabigh. 

This will also coincide with the launching of a special app for booking and purchasing of tickets. I

n the beginning, there will be scheduled weekly trips from Makkah, Madinah, Jeddah and King Abdullah Economic City of Rabigh on Thursday, Friday, Saturday and Sunday. 

There will be eight services daily on both sides (four trips each side) in the morning and evening. There will be a discount of 50 percent in ticket fares for an initial period of two months from Oct. 11. 

One-way tourist class train ticket fare from Sulaimaniyah station in Jeddah to Makkah will be SR20 while business class ticket will cost SR25. 

The ticket fare for tourist class between Makkah and Madinah is SR75 while the business class will cost SR125. 

The tourist class ticket will cost SR63 between Jeddah and Madinah while the business class fare is SR105. The fare from Rabigh to Madinah will be SR50 for tourist class and SR75 for business class.

SUMBER: SAUDI GAZETTE

MISTERI MH370: Kokpit, Ekor Pesawat Ditemui Satelit Google Maps Di Kemboja


Foto: THE SUN

MISTERI kehilangan Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 masih belum terungkai dengan pelbagai teori dan spekulasi.

Terbaharu Portal THE SUN melaporkan kokpit dan ekor pesawat MH370 yang tertera logo Malaysia Airlines (MAS) didakwa telah dijumpai di Kemboja.

Usaha mencari pesawat tersebut secara dalam talian dipergiat selepas penemuan bangkai pesawat itu di sebuah hutan di Phnom Penh menerusi aplikasi Google Maps oleh Brit Ian Wilson.

Lokasi kedua 'nahas' terletak kira-kira 16 kilometer dari tapak pertama telah ditemui seorang penyiasat yang juga pemburu pesawat amatur, Daniel Boyer.

Menurutnya, dia boleh menghasilkan imej kasar kokpit dan ekor pesawat tersebut yang menunjukkan beberapa objek putih di hutan barat laut Phnom Penh.

Foto: THE SUN / GOOGLE MAPS

Boyer memberitahu Daily Star, salah satu objek itu berukuran 5.4 meter (m) hampir sama dengan saiz kokpit Boeing 777 tersebut yang berukuran 5.8 m yang diyakini sebagai bahagian hadapan pesawat terbabit.

Jelasnya, dia juga boleh melihat garisan merah logo MAS pada sebuah lagi objek berukuran 9.6 m dipercayai ekor MH370.

"Saya seperti tidak percaya apabila membuat pemerhatian tersebut. Pertama, saya temui kokpit dan kemudian ini (ekor). Serpihan itu perlu disiasat," ujarnya lagi.


Lokasi 'tapak kemalangan' kedua dikesan melalui imej satelit oleh Boyer.

Imej pertama MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 ditemui Ian Wilson selepas dia menghabiskan masa selama beberapa jam melakukan carian secara dalam talian.

Gambar daripada Google Maps itu bagaimanapun mencetuskan tanda tanya tentang kesahihannya kerana mempunyai tarikh yang berbeza.

SUMBER: THE SUN

AirAsia Tawar Diskaun Sehingga 70% Perjalanan Segera Sehingga 30 Jun 2019

Foto: AIR ASIA


INFO TRAVEL & PENERBANGAN: Syarikat penerbangan kos rendah AirAsia menawarkan diskaun sehingga 70 peratus bagi semua destinasi mulai 15 hingga 28 Oktober.

Dalam satu kenyataan pada 15 Oktober 2018 syarikat penerbangan itu berkata, tempahan boleh dibuat di airasia.com dan aplikasi mudah alih untuk perjalanan segera sehingga 30 Jun 2019.

Ketua Pemasaran Kumpulan AirAsia, Amanda Woo berkata, terdapat lebih 130 destinasi di seluruh rangkaian AirAsia dan AirAsia X untuk semua orang menikmatinya.

"Seperti biasa, ahli AirAsia BIG akan menikmati lebih banyak tawaran yang termasuk diskaun segera apabila mereka menempah terus di laman web dan di aplikasi mudah alih kami," katanya.

Pelanggan boleh menikmati tambang yang sangat rendah dari Kuala Lumpur ke Changsha, Tokyo, Kolkata, Bali, Phuket, Siem Reap, Yangon, Manila, Singapura, Kota Kinabalu dan banyak lagi destinasi. 

SUMBER: AIR ASIA/BERNAMA

Jepun Pasport Paling Berkuasa Di Dunia, Malaysia Ke-10

Foto Sumber: mysumber.com


INFO TRAVEL: Indeks Pasport Henley 2018 menobatka Jepun sebagai negara dengan pasport paling berkuasa di dunia seterusnya mengenetepikan Singapura.

Menurut indeks oleh firma Henley & Partners, Jepun menerima perjalanan Visa Bebas dan Visa Ketibaan di 190 buah negara.

Singapura yang kini jatuh di tempat kedua mempunyai perjalanan Visa Bebas dan Visa Ketibaan di 189 buah negara, kata firma itu di laman webnya. 

Jepun menambah satu lagi negara dalam senarai perjalanan Visa Bebas dan Visa Ketibaan selepas Vietnam memberikan kelebihan tersebut kepada Jepun.

Sementara itu, Malaysia menduduki tempat ke-10 dengan 180 negara memberikan perjalanan Visa Bebas dan Visa Ketibaan.

Iraq dan Afghanistan berada di kedudukan terendah dengan hanya 30 buah negara yang boleh dikunjungi oleh rakyatnya.

Indeks Pasport Henley merupakan indeks kedudukan pasport serata dunia mengikut bilangan negara yang boleh dikunjungi oleh pemegangnya secara Visa Bebas dan Visa Ketibaan.

Kedudukan ini berdasarkan data daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan kajian dalaman.

Malaysia Airlines Tawar Program MHexplorer Kepada Penuntut

Foto: MAS

INFO TRAVEL & PENERBANGAN: Malaysia Airlines menjadi syarikat penerbangan pertama dunia yang menawarkan program perjalanan digital sepenuhnya untuk penuntut MHexplorer yang memudahkan golongan berkenaan mengurus serta merancang perjalanan sendiri.

Menerusi program itu, mereka dapat menikmati diskaun tambang perjalanan sehingga 20 peratus bagi tempoh sepanjang tahun dengan tambahan elaun bagasi 10 kilogram untuk semua kelas penerbangan, satu perubahan tarikh perjalanan secara percuma, promosi kawan istimewa serta keluarga selain faedah 'Enrich miles.'

Ketua Pegawai Hasil Kumpulannya, Ignatius Ong berkata setakat ini, seramai 1.2 juta belia dan penuntut menggunakan khidmat Malaysia Airlines.

"Angka ini terus meningkat dan atas dasar ini, dirasakan sesuai untuk kami menawarkan program khusus untuk golongan ini bagi memenuhi keperluan perjalanan mereka. Mereka boleh menikmati manfaat yang kami tawarkan menerusi MHexplorer ini tidak kiralah sama ada perjalanan itu bagi tujuan santai atau untuk pendidikan mereka," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pada masa ini, MHexplorer disediakan untuk perjalanan dalam Malaysia, Australia dan United Kingdom sebelum diperluaskan ke pasaran lain.

Penuntut berusia 18 hingga 26 tahun boleh mendaftar bagi program MHexplorer di www.malaysiaairlines.com/MHexplorer.

MENGGERUNKAN: Apabila Tanah 'Mencair', Rumah Ditelan Bumi

Foto Sumber: Globe News


OLEH MOHD EZLI MASHUT

Bagaikan dalam filem 2012!...tanah mencair dan menggelincir memasuki laut. Mungkin kita sebelum ini merasakan ia hanya sekadar 'fiksyen filem' namun sebenarnya tanah 'mencair' boleh berlaku.

Apabila berita melaporkan berlaku tanah mencair ia bagaikan kejadian yang sukar dipercayai, serasanya sepanjang umur hidup kita mungkin ia kali pertama agaknya kejadian tanah mencair ekoran gempa bumi.


Filem 2012

Tetapi itulah kejadian yang berlaku apabila membaca tajuk berita 'Tragedi gempa Sulawesi: Tanah mencair menghanyutkan rumah'.

Kejadian gempa dan tsunami yang melanda Sulawesi pada 28 September lalu turut mengundang satu kejadian 'aneh' dan jarang berlaku seperti kejadian sebelum ini yang pernah dilaporkan.


Foto Sumber: Daily Express

Media tempatan Indonesia melaporkan setakat 1 Oktober lalu data diperolehi adalah lebih 2,400 buah rumah musnahkan oleh penenggelaman tanah dan pencairan tanah disebabkan gempa bumi magnitud 7.7.

Pencairan tanah atau 'Soil Liquefaction'  juga menjejaskan kawasan lain, termasuk kawasan di Biromaru dan desa Sidera, kedua-duanya di Sigi, Sulawesi Tengah.

Tidak ada tsunami - Petobo jauh ke darat - tetapi bumi itu sendiri mencair di bawah kesan gegaran yang kuat.

Fenomena ini dipanggil pencairan yang sering dipantau oleh pakar-pakar gempa bumi.

Gempa kadang-kadang melanda dengan kesan yang cukup kuat hingga partikel-partikel tanah menjadi longgar dan larut bersama air dan tanah itu sendiri mula menjadi cecair.

Di beberapa tempat tanah telah menaik beberapa meter menelan rumah dan mengangkat kereta hingga ke bumbung.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan seorang mangsa yang selamat, Muzair. 34, hanya mampu menyelamatkan sisa-sisa yang tinggal dari rumahnya yang dihanyutkan tanah.

Dia kemudiannya berpaut pada sebatang balak yang turut hanyut bersama pergerakan tanah itu.

“Rumah saya dihanyutkan beberapa meter dari atas ke bawah sana. Rumah jiran saya pula bertindih antara satu sama lain,” katanya kepada AFP.

Katanya, apabila gempa pertama melanda ia memecahkan tanah, kemudian gempa kedua melanda menyebabkan tanah berpusing diikuti dengan lebih 170 gempa susulan selepas itu.

“Tanah mula berubah dan tiba-tiba melonjak ke atas. Tanah itu naik lalu menimbus rumah. Sebuah rumah naik ke atas dan sebuah lagi tenggelam ke bawah,” katanya.

Lima daripada ahli keluarga Muzair masih lagi hilang.

"The soil was churning and then suddenly rose up," he said. "The soil somehow just rose and buried the houses."

"One house rose up, while the other houses sunk and became much lower."

Five of his family members are still missing.

Di beberapa tempat lain pula dibanjiri oleh air yang keluar daripada rekahan besar di bumi.

“Saya belum menemui kawan saya sejak gempau bumi empat hari lalu,” kata seorang lelaki yang mundar-mandir di kawasan runtuhan itu mencari tanda-tanda mangsa yang masih hidup.


Foto Sumber: Twitter CGTN
 
Foto Sumber: Twitter



Apa itu Soil Liquefaction?

Soil Liquefaction adalah fenomena di mana tanah tepu atau tepu sebahagian besarnya kehilangan kekuatan dan ketegangan sebagai tindak balas kepada tekanan yang dikenakan, biasanya gempa bumi yang kuat menggoncang atau perubahan tiba-tiba dalam keadaan tekanan, menyebabkan ia bertindak seperti cecair.


Foto Sumber: Britannica.com


Bagaimana  Soil Liquefaction berlaku?

Pencairan berlaku di tanah tepu, iaitu tanah di mana ruang antara zarah-zarah individu sepenuhnya diisi dengan air. Air ini menimbulkan tekanan pada zarah-zarah tanah yang mempengaruhi bagaimana zarah-zarah itu sendiri ditekan bersama. 

Sebelum gempa bumi, tekanan air agak rendah. Walau bagaimanapun, goncangan gempa dapat menyebabkan tekanan air meningkat ke titik di mana zarah-zarah tanah dapat bergerak dengan mudah antara satu sama lain.

Kejadian Pernah Terjadi Sebelum Ini

Pada 1906 gempa bumi San Francisco, misalnya, banyak kerosakan yang berlaku di tanah tebus yang penuh dengan sedimen dari San Francisco Bay. Cecair mengisi menyebabkan bangunan runtuh.

Tanah yang tidak stabil dan berair juga boleh mengalir seperti lumpur. Malah tanah yang lembap boleh runtuh dan slaid. Video yang diambil selepas kejadian gempa bumi pada hari Jumaat menunjukkan tanah runtuh yang cetek, dan dalam beberapa rakaman keseluruhan landskap kelihatan perlahan bergerak kerana tanah cair.

Dalam gempa kuat, air bertekanan boleh dipaksa keluar daripada sedimen. Dalam gempa bumi 9.2 magnitud 1964 di Alaska, sebagai contoh, penduduk di Valdez - sebuah bandar yang dibina di atas sedimen glasial yang longgar - melaporkan melihat lembaran air yang menjalar 20 kaki ke udara ketika tanah mengguncang. 

Kadang kala pasir berair dapat dikeluarkan juga, sebuah fenomena yang dipanggil pasir mendidih.

1,700 Rumah, Bangunan ‘Ditelan’ Pasir Jerlus

Agensi Berita Channel News Asia melaporkan sejumlah kira-kira 1,700 buah kediaman tenggelam akibat pasir jerlus selepas berlaku gempa bumi sekuat 7.5 skala Richter di Palu pada Jumaat yang mengorbankan lebih 1,200 orang
Pasir jerlus itu juga menyebabkan banyak bangunan runtuh.

Berdasarkan Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), pasir jerlus atau liquefaction merupakan satu fenomena yang menyaksikan tanah mempunyai ciri seperti air akibat gegaran kuat berlaku ketika gempa bumi.


Pasir jerlus berlaku apabila gempa meningkatkan tekanan air dalam tanah yang tepu menyebabkan ikatan partikel tanah atau pasir menjadi longgar menjadikan tanah berpasir lembut seperti berair.

Di kawasan kejiranan Palu iaitu Balaroa, kira-kira 1,700 rumah ditelan bumi kerana pasir jerlus, kata agensi penyelamat kebangsaan.

Beberapa imej satelit di daerah Petobo iaitu sebelah selatan Lapangan Terbang Palu menunjukkan satu lagi kawasan perbandaran menyaksikan bangunan ranap.

Jurucakap Badan Pengurusan Nasional Bencana (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho berkata, apabila gempa berlaku, lapisan bawah permukaan bumi menjadi berlumpur dan mudah jerlus.

“Kompleks perumahan di Petobo kebanyakannya seperti tenggelam di dalam tanah. Kami anggarkan 744 buah rumah di sana,” kata beliau.

Sementara itu, fenomena pasir jerlus sering berlaku di kawasan tambakan terletak hampir dengan laut atau sungai.

Di timur bandar Urayasu di Jepun yang dibentuk daripada kerja-kerja tambakan, kira-kira 86 peratus kawasannya dengan pasir jerlus selepas berlaku gempa bumi kuat pada 2011.

Pihak berkuasa Jepun mengambil masa selama enam tahun untuk memperbaiki banyak kerosakan termasuk sistem pembentungan bawah tanah, kemudahan gas dan air di bandar tersebut.


Sementara itu, pakar tanah menyatakan bahawa pasir jerlus merupakan satu keadaan biasa berlaku terutamanya selepas gempa bumi kuat seperti di Christchurch, New Zealand pada 2010 dan 2011.


TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...