Posts

Showing posts from May, 2016

KEMASKINI: Helikopter Hilang di Sarawak (RPC6828)

Image
MAYAT WANITA DITEMUI DEKAT LOKASI SERPIHAN HELIKOPTER -

Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak mengesahkan penemuan mayat wanita berdekatan lokasi serpihan helikopter ditemui, sebentar tadi.

Namun, Pengarahnya, Nor Hisham Mohamad menafikan maklumat dua mayat ditemui setakat ini seperti yang tersebar di media sosial.


“Setiap minit kami berhubung dengan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dan setakat ini hanya satu mayat wanita yang ditemui.

“Ada maklumat jadi viral yang mengatakan ada dua mayat ditemui. Itu tidak benar,” katanya dipetik melalui Buletin Awani, sebentar tadi.

Menurutnya, mayat wanita itu ditemui di tebing hulu 15 kilometer Sungai Batang Lupar kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Pencarian mangsa lain pula tertumpu pada radius empat kilometer daripada mayat mangsa pertama ditemui.


“Kita dalam proses untuk membawa balik mayat ke jeti untuk pengesahan polis dan hospital. Kita jumpa mayat wanita itu tersangkut di tebing sungai,” katanya.

Sementara itu hubungan terakhir yang dibuat juru…