AirAsia Tambah 437 Penerbangan Sempena Hari Raya


FOTO: AIR ASIA

AirAsia akan menambah 437 penerbangan sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri antara 30 Mei dan 16 Jun 2019


Penerbangan tambahan yang ditawarkan adalah dari Kuala Lumpur ke Singapura, Kuching, Sibu, Miri, Sandakan, Tawau, Alor Setar, Kota Bharu, Langkawi, Terengganu dan Johor Bahru, serta dari Johor Bahru ke Kuching, Miri, Sibu, Tawau dan Alor Setar.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata, “Sebagai sebuah syarikat penerbangan untuk semua, kami berbesar hati untuk menyatukan keluarga dan sahabat handai di musim perayaan ini. 

Untuk menampung permintaan yang dijangka akan meningkat sempena musim ini, kami berbesar hati untuk menambah penerbangan dengan menawarkan sebanyak 78,000 kerusi tambahan untuk membantu masyarakat pulang beraya. 





Kami akan berusaha menambah lebih banyak lagi penerbangan pada masa akan datang. 

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa atas sokongan mereka dalam meluluskan penerbangan tambahan ini.”

Penerbangan tambahan ini boleh ditempah sekarang di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia.

Untuk berita terkini AirAsia, aktiviti dan promosi, ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

SUMBER: AIR ASIA

7 Kesalahan Perlu Dielak Ketika Guna Microwave

PHOTO: MICROWAVE


MEMILIKI ketuhar gelombang mikro (microwave) di rumah memang mampu menjimatkan masa anda untuk menghangatkan kembali makanana atau minuman.

Lebih-lebih lagi jika anda seorang yang sibuk dan sentiasa mengejar masa untuk menyiapkan rutin harian.

Tapi, adakah anda menggunakan ketuhar gelombang mikro dengan betul selama ini?

Laman web Eat This ketika memetik editor kanan Cook’s Illustrated memberitahu terdapat beberapa kesalahan besar yang biasa dilakukan ketika menggunakan ketuhar gelombang mikro:


1. Memanaskan makanan tanpa penutup

Penutup bekas makanan bukan sahaja menghindarkan anda daripada bahaya, tetapi ia juga memastikan makanan anda dimasak secara sama rata.

"Gunakan penutup atau pengawal percikan yang selamat untuk ketuhar gelombang mikro.

"Ini boleh membuatkan pengewapan membantu makanan dimasak dan pada masa sama merendahkan percikan berlaku," kata penilai chef Suzanne Lasagna di Sekolah Kulinari Seni Auguste Escoffier di Los Angeles, Amerika Syarikat.

2. Menggunakan penutup yang salah

Jangan sesekali menggunakan styrofoam dalam ketuhar gelombang mikro!

"Elakkan letak balutan plastik dan beg kertas di dalam ketuhar kerana ia mengandungi bahan kimia tidak sihat dan boleh meresap masuk ke dalam makanan," kata Lasagna.

3. Guna bekas yang tidak selamat-haba

Walaupun memang lebih mudah untuk memanaskan makanan dalam bekas plastik ke dalam ketuhar gelombang mikro, luangkanlah masa beberapa minit untuk memindahkan makanan sejuk ke dalam bekas sesuai untuk kesihatan jangka panjang.

Anda boleh guna bekas yang dilabel selamat-haba seperti kaca tahan haba atau seramik.

4. Memanaskan makanan bersama peralatan besi

Elak masukkan sudu atau garfu besi di dalam ketuhar.

Pastikan anda tidak memasukkan sebarang peralatan besi ke dalam ketuhar gelombang mikro kerana ia boleh merosak dan mencetuskan api.

5. Tidak memantau makanan yang dipanaskan

Jangan tinggalkan makanan di dalam ketuhar tanpa pemantauan supaya makanan tidak memercik atau dipanaskan secara berlebihan.

6. Makan makanan sebaik dikeluarkan dari gelombang mikro

"Biarkan makanan rehat seketika selepas dipanaskan agar haba boleh merebak secara rata.

7. Memanaskan makanan mudah meletup

"Sesetengah makanan tidak sesuai untuk dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro seperti telur," kata Lasagna.

SUMBER: MSTAR ONLINE

TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...