CIMB Tawar Peminjam Moratorium, Kurangkan Ansuran

    Foto: Logo CIMB Bank


Pilihan moratorium tiga bulan dan pengurangan ansuran bulanan 50 peratus selama enam bulan ditawarkam kepada peminjam CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd (CIMB) terkesan dengan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh.

Dalam kenyataan media pada 4 Jun, CIMB berkata, program bantuan kewangan komprehensif yang disemak semula itu adalah sejajar dengan pengumuman kerajaan dalam Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) .

Katanya, pelanggan yang layak memohon ialah mereka yang kehilangan pekerjaan, pelanggan B40 yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), perusahaan mikro dengan pinjaman sehingga RM150,000 dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh.

"Peminjam yang terkesan hanya perlu memilih opsyen yang dimahukan dan kelulusan secara automatik tertakluk kepada memenuhi kriteria yang diketengahkan.

"Di samping itu, setiap pelanggan yang mengalami pengurangan pendapatan juga dapat memperoleh manfaat pengurangan pembayaran ansuran bulanan, dan semua peminjam lain yang terjejas juga dapat menghubungi bank untuk pertimbangan menstruktur semula dan menjadualkan semula penyelesaian pembiayaan," katanya.

Program bantuan pembayaran balik terbaru itu bertujuan memberi bantuan berterusan kepada peminjam individu dan B40, perusahaan mikro dan peminjam lain yang terjejas serta memperluaskan bantuan untuk mengurangkan beban aliran tunai PKS yang tidak dapat beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Group, Datuk Abdul Rahman Ahmad, berkata bantuan kewangan yang diperluaskan itu ditawarkan kepada pelanggan terjejas adalah untuk menolong mereka kekal berdaya tahan memandangkan jangka masa cabaran yang berpanjangan.

Beliau berkata, pihaknya tmemastikan proses mudah bagi pelanggan untuk memilih program bantuan pembayaran yang sesuai dengan situasi mereka.

"CIMB ingin meyakinkan pelanggan bahawa kami tetap komited untuk memberikan sokongan dalam tempoh yang mencabar ini," katanya.

CIMB juga menggesa setiap pelanggan yang terkesan oleh pandemik itu dengan cara apa pun untuk menghubungi bank.

Pelanggan yang terjejas dapat memilih program bantuan yang disukai dengan dokumentasi minimum yang diperlukan dengan jaminan status Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) pelanggan tidak akan terjejas.

Setakat akhir Mei, CIMB telah memproses sekitar 165,000 permohonan bantuan kewangan untuk peminjam individu dan perniagaan di Malaysia berjumlah lebih RM22 bilion, dengan kadar kelulusan hampir 100 peratus.

Bagi maklumat lebih lanjut, pelanggan boleh menghubungi Pusat Hubungan CIMB di talian +603-6204 7788 atau emel kepada covidcare@cimb.com.

PKS boleh menghubungi Pusat Panggilan Perniagaan CIMB di talian 1300- 888-828 (Tempatan) dan +603-2297 3000 (Luar Negara) dari Isnin hingga Jumaat dari jam 7 pagi hingga 7 malam dan Sabtu dari 8 pagi hingga 5 petang (tidak termasuk cuti umum) atau lawati http://www.cimb.com.my/frap.

Pelanggan bukan PKS dan korporat juga boleh hubungi Pengurus Perhubungan CIMB mereka untuk membincangkan pilihan pembiayaan.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati https://www.cimb.com.my/covid19support

'Lockdown' Bil Elektrik Melambung? TNB Sarankan 9 Teknik Jimat


   Foto Sumber: Property Guru

Pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh  mencetuskan kebimbangan dan tekanan dalam kalangan rakyat pada waktu mencabar ini dengan pelbagai dugaan dan cabaran semasa di rumah.

Dalam tempoh 'lockdown' ini berada di rumah menjadi penyebab peningkatan penggunaan elektrik untuk kerja seharian serta 'work from home' apabila pelbagai peralatan elektrik dan gajet digunakan.

Ketua Pegawai Runcit Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata, tempoh itu juga memperlihatkan penggunaan elektrik mungkin meningkat rentetan ramai di antara kita yang lebih banyak menghabiskan masa di kediaman.

Pun begitu kata Megat Jalaluddin, pelanggan mempunyai pilihan untuk memantau dan menguruskan penggunaan peralatan elektrik di kediaman mereka bagi mengelakkan pembaziran tenaga.

"Ini termasuklah menutup suis peralatan apabila ia tidak digunakan dan mengamalkan tip kecekapan tenaga apabila menggunakan peralatan yang menggunakan tenaga tinggi seperti pemanas air, penghawa dingin, mesin basuh dan lampu," katanya.

Megat Jalaluddin turut berkongsi tip kepada 1.2 juta pengguna TNB yang mempunyai meter pintar yang mana mereka boleh memanfaatkan maklumat harian mengenai penggunaan elektrik yang tersedia di aplikasi myTNB bagi memantau penggunaan elektrik.

Bagi mengurangkan peningkatan, pelanggan TNB menyarankan untuk mengamalkan langkah-langkah kecekapan tenaga berikut:

1. Mematikan komputer selepas digunakan dan berhenti mengecas komputer riba selepas bateri dicas sepenuhnya. Pastikan suis dimatikan selepas penggunaan aksesori seperti pembesar suara, mesin pencetak dan pengimbas;

2. Memastikan semua pintu, tingkap dan laluan udara ditutup sepenuhnya semasa menggunakan alat pendingin hawa supaya udara sejuk tidak keluar dari bilik. Gunakan kipas untuk membantu menyejukkan bilik supaya termostat alat pendingin hawa boleh dilaraskan lebih tinggi (antara 24 hingga 26 darjah Celsius) bagi penggunaan elektrik yang cekap;


Tutup lampu yang tidak digunakan.

3. Tetapkan pemasa untuk mematikan alat pendingin hawa bagi mengurus dan menjimatkan tenaga. Sebelum tidur, cuba tetapkan ia untuk ditutup beberapa jam selepas digunakan untuk penggunaan elektrik yang lebih cekap;

4. Bersihkan penapis alat pendingin hawa untuk mengoptimumkan proses penyejukan. Habuk pada penapis mengurangkan peredaran udara dan menjejaskan kecekapan alat pendingin hawa;

5. Manfaatkan cahaya semula jadi bagi mengurangkan kos penggunaan lampu;

6. Penggunaan air panas semasa mencuci pakaian (dengan muatan penuh) menggunakan lebih banyak tenaga kerana ia mengambil masa untuk air dipanaskan;

7. Apabila menggunakan ketuhar elektrik, membuka dan menutup pintu ketuhar dengan kerap tidak akan mempercepatkan masa hidangan dimasak bahkan ia akan menyebabkan penggunaan elektrik yang lebih banyak untuk mengekalkan suhu ketuhar;

      Foto Sumber: Impiana

Tetapkan pemasa untuk mematikan alat pendingin hawa.

8. Mematikan suis dan menanggalkan plag peralatan elektrik apabila tidak digunakan. Televisyen, kotak dekoder (set-top boxes) seperti Astro dan modem yang tidak dimatikan boleh meningkatkan penggunaan elektrik dalam jangka masa yang panjang; dan

9. Masa mandian yang panjang dengan alat pemanas air menggunakan lebih banyak tenaga untuk memanaskan air secara berterusan.

Maklumat lanjut berkaitan cara-cara penggunaan elektrik yang berhemat boleh didapati pada portal myTNB. Pengguna juga boleh memantau penggunaan alat elektrik di kediaman menerusi MAEVi.

Bagi pertanyaan bil, pelanggan boleh menghubungi TNB CareLine pada talian 1300-88-5454 dan menerusi Facebook TNB CareLine dan Twitter Tenaga_Nasional.

Sumber: TNB

TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...