Posts

Showing posts from June 1, 2011

Tiga fenomena luar biasa di langit : Gerhana Bulan dan Matahari pada Jun dan Julai ini.

Image
Rahayati Binti Ali | 30/05/2011 05:24 PMSebelum waktu tengah malam 1 Jun 2011 di Tromso, Norway, gerhana Matahari separa akan kelihatan seolah-olah tergantung di bahagian ufuk utara.Bulan hadapan, dunia akan mengalami tiga kejadian gerhana iaitu dua gerhana Matahari separa pada dua bulan yang berlainan dan satu gerhana Bulan penuh yang berlaku betul-betul diantaranya, dan semuanya bermula dengan gerhana Matahari yang dipanggil gerhana Matahari "tengah malam".Gerhana Matahari ini akan terjadi pada 1 dan 2 Jun 2011 yang dapat dilihat di kawasan paling utara iaitu di Amerika Utara, Eropah dan Asia.Peta kenampakan kedua-dua gerhana Matahari ini dapat dilihat dengan melayari laman web ini http://eclipse.gsfc.nasa.gov/OH/OH2011.html.