Kenali Empat Suspek Penembakan MH17



Siapakah keempat-empat suspek tersebut?

1. IGOR GIRKIN

Suspek pertama dari Rusia, iaitu Igor Vsevolodovich Girkin, 48 tahun, dikenali sebagai Strelkov atau Perviy.

Girkin merupakan bekas kolonel FSB, iaitu Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia.

Pada 17 Julai 2014, Girkin merupakan ‘Menteri Pertahanan’ dan komander tentera di satu kawasan yang diisytiharkan sendiri sebagai Republik Rakyat Donetsk.

Walaupun Donetsk, satu bandar di Timur Ukraine bukan secara rasmi ditetapkan sebagai kawasan bebas, namun ia ditadbir oleh ‘Perdana Menteri’ serta kabinet menteri dan tenteranya sendiri.

Donetsk merupakan lokasi penembakan pesawat MH17.

Secara langsung, Girkin sebagai pegawai tentera tertinggi dilaporkan sering berkomunikasi bersama pegawai di Rusia.

2. SERGEY DUBINSKIY

Surgey Nikolayevish DubinskIy, atau lebih dikenali sebagai Khmuriy, merupakan bekas pegawai tentera GRU, iaitu perkhidmatan perisikan tentera Rusia.

Pada 2014, DubsinkIy, 56 tahun menjadi salah seorang timbalan bawah Girkin serta ketua perkhidmatan perisikan di Republik Rakyat Donetsk.

Seperti Girkin, DubinskIy turut dilaporkan mengekalkan komunikasi bersama pegawai di Rusia.

3. OLEG PULATOV

Suspek ketiga dari Rusia, Oleg Pulatov, atau nama samarannya Giurza merupakan bekas pegawai tentera Spetznaz-GRU, satu unit khas sebahagian daripada perkhidmatan perisikan tentera Rusia.

Pulatov, 52 tahun, pula memainkan peranan sebagai Timbalan Ketua perkhidmatan perisikan di Republik Rakyat Donetsk serta salah seorang timbalan bawah Dubinsky.

4. LEONID KHARCHENKO

 Suspek warga Ukraine, Leonid Kharchenko. 

Leonid Kharchenko atau turut dikenali sebagai Krot, merupakan satu-satunya suspek warga Ukraine serta tidak mempunyai latar belakang dalam tentera.

Kharchenko mendapat arahan secara langsung daripada Dubinsky.

Pada 2014, warga Ukraine berusia 47 tahun itu menjadi komander bagi satu unit pertempuran di Donetsk.

Tahun itu menyaksikan konflik bersenjata di Donetsk yang mengganas antara pejuang pro-Rusia dan pejuang bersenjata Ukraine.




LATAR BELAKANG

Keempat-empat suspek terlibat dalam usaha mendapatkan sistem BUK TELAR yang melancarkan peluru berpandu 9M38 - punca nahas pesawat MH17.

BUK TELAR diperolehi dari Persekutuan Rusia dan dibawa ke satu tapak pertanian berdekatan dengan bandar Pervomaiskyi di Timur Ukraine, iaitu lokasi pelancaran peluru berpandu tersebut.

Sejurus selepas peluru berpandu itu dilancarkan, sistem tersebut dihantar kembali ke Rusia dengan kekurangan satu peluru.

Pada 24 Mei 2018, JIT mengumumkan bahawa BUK TELAR yang digunakan untuk menembak pesawat MH17 datang daripada Briged Peluru Berpandu Anti-Pesawat Ke-53, sebahagian daripada pihak bersenjata Rusia dari Kursk.

Menurut Ketua Polis Belanda, Willbert Paulissen yang mengetuai sidang media khas pada Rabu, walaupun kesemua suspek tidak menekan butang melancarkan peluru tersebut, tindakan untuk mengaturkan penembakan itu boleh disabit kesalahan bawah undang-undang Belanda.

Tambahnya, JIT turut mengambil kira situasi konflik di Donetsk pada ketika itu.

Walaupun kesemua suspek mungkin berniat untuk menyerang pesawat tentera dan bukannya pesawat komersial, namun pendakwa raya menuntut agar mereka masih dipertanggungjawabkan.

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...