FAKTA SENSASI: Bagaikan mempunyai keupayaan kembali ke masa lepas 'Back To The Future'. Begitu yang terjadi kepada pesawat penerbangan Hawaiian Airlines HAL446.
Kelewatan 10 minit yang tidak dijangka menyebabkan penerbangan yang berlepas pada 2018 telah mendarat pada 2017. Bagaimana ia berlaku?
Hawaiian Airlines HAL446 yang sepatutnya berlepas dari Auckland, New Zealand pada jam 11.55 malam (waktu tempatan).
Bagaimanapun, kelewatan kira-kira 10 minit telah mengakibatkan ia berlepas pada jam 12.05 tengah malam pada 1 Januari 2018.
Pesawat itu dalam perjalanan ke Honolulu dengan perbezaan masanya 23 jam di belakang Auckland.
Disebabkan itu juga, ia hanya tiba ke destinasi pada jam 10.16 pagi, 31 Disember 2017.
Situasi yang dilalui pesawat ini dimaklumkan menerusi Twitter wartawan pengankutan ABC7, Sam Sweeney dan ia ternyata menarik perhatian ramai.-