MATTA Fair 2018: Malaysia Airlines Tawar Diskaun 30%

Foto Sumber: Mas Airlines Promotion


INFO TRAVEL & PENERBANGAN: Malaysia Airlines, penerbangan rasmi bagi MATTA Fair 2018 mengumumkan tawaran diskaun sehingga 30 peratus bagi perjalanan domestik dan antarabangsa sempena acara itu yang bakal berlangsung 7 hingga 9 September ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Syarikat pengangkutan negara itu juga menawarkan pelbagai manfaat perjalanan termasuk diskaun 25 peratus bagi MH Insurance, elaun bagasi tambahan, pilihan tempat duduk dan untuk pembelian akses Golden Lounge di Kuala Lumpur.

Tambang semua termasuk bagi Kelas Ekonomi ke destinasi antarabangsa bermula daripada RM699 ke Hong Kong, RM1,059 (Nanjing), RM1,099 (Beijing), RM1,159 (Seoul), RM1,259 (Mumbai), RM1,299 (Kathmandu), RM1,479 (Sydney), RM1,659 (Brisbane) dan RM2,899 (London).

Ketua Pegawai Perolehan Malaysia Airlines, Ignatius Ong, berkata pembabitan syarikatnya dalam acara itu adalah bukti hubungan jangka panjang dengan Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) untuk bekerjasama mempromosikan industri pelancongan dan Hospitaliti Malaysia kepada pelanggan dan rakan perniagaan.

“Kami harap pelanggan dapat mengambil peluang untuk merancang percutian mereka pada masa depan dan membeli tiket penerbangan Malaysia Airlines dan Firefly sekarang sebelum promosi ini berakhir,” katanya dalam kenyataan, hari ini (6 September).

Malaysia Airlines turut menawarkan diskaun bermula daripada 30 peratus untuk perjalanan ASEAN dengan tambang semua termasuk bermula daripada serendah RM379 ke Singapura, RM559 (Bangkok) dan RM639 (Bali).

Tambang domestik dari Kuala Lumpur pula turut boleh didapati daripada harga serendah RM279 ke Pulau Pinang, RM459 (Kuching) dan RM559 (Kota Kinabalu).

Semua tambang sah untuk perjalanan yang bermula 9 September 2018 hingga 31 Ogos 2019 bagi perjalanan antarabangsa dan 7 September 2018 hingga 31 Ogos 2019 bagi destinasi domestik dan ASEAN.

Sempena acara itu, Malaysia Airlines akan mengadakan pelbagai aktiviti menyeronokkan dengan hadiah terbaik termasuk peluang memenangi satu tiket Kelas Perniagaan ke London dan Seoul serta empat tiket Kelas Ekonomi ke Nanjing, Madras, Phnom Penh dan Langkawi melalui Peraduan Pembeli.

Dalam masa sama, pengunjung bertuah turut berpeluang memenangi tiket Firefly ke Pulau Pinang, Langkawi, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan Johor Bahru.

Selain itu, hadiah lain adalah termasuk naik taraf percuma kepada Kelas Perniagaan Malaysia Airlines dengan pembelian tiket penerbangan Kelas Ekonomi apabila pelanggan membeli tiket secara atas talian bermula esok hingga Ahad ini atau di MATTA Fair 2018 bermula dari esok hingga Ahad ini.

Tawaran menarik ini didatangkan tanpa kos tersembunyi, elaun bagasi daftar masuk 20 dan 40 kilogram bagi Kelas Ekonomi serta Kelas Perniagaan ditambah hidangan percuma dan hiburan dalam pesawat.

Malaysia Airlines turut menawarkan diskaun terbaik bagi tambang penerbangannya melalui ejen pelancongan dilantik yang mengambil bahagian dalam MATTA Fair serta laman web, www.malaysiaairlines.com dan aplikasi Malaysia Airlines bermula esok hingga 12 September 2018.

SUMBER: MALAYSIA AIRLINES

Selepas Taufan Terkuat Badai Jepun, Kini Gempa Bumi Kuat Gegar Hokkaido


Foto Sumber: Twitter


INFO CUACA: Negara Jepun terus mengalami bencana alam yang teruk sehingga memusnahkan banyak infrastruktur akibat taufan dan gempa bumi.

Ekoran Taufan Jebi selaju kira-kira 216km/jam, sekurang-kurangnya 11 orang maut dan lebih 300 lagi cedera apabila Taufan Jebi membadai kawasan pengilangan utama di sekitar bandar kedua terbesar Jepun, Osaka.

Ribut itu membawa angin berkelajuan sehingga 216 kilometer sejam yang mengakibatkan bumbung kediaman terbang, treler terbalik dan mengakibatkan sebuah kapal tangki seberat 2,500 tan melanggar sebuah jambatan menghala ke lapangan terbang itu.

Kerosakan pada jambatan menyebabkan lapangan terbang di pulau buatan manusia itu terputus hubungan, manakala kira-kira 3,000 penumpang dan kakitangan terkandas.


Foto Sumber: JAPAN TODAY

Landasan-landasan turut ditenggelami air selepas ombak besar melanda lapangan terbang itu kelmarin.

Menjelang tengah hari 5 September, beberapa ratus orang berjaya dipindahkan ke Kobe dengan menggunakan bot, namun masih terdapat lebih dua ribu mangsa menunggu untuk diselamatkan.

Lapangan terbang antarabangsa Kansai akan dibuka secara berperingkat mulai 7 September, selepas ditutup selama beberapa hari akibat taufan Jebi yang menyebabkan beberapa bahagian dalam hab pengangkutan itu ditenggelami air.

Dalam kejadian terbaharu, 6 September sekurang-kurangnya lapan mangsa maut apabila gempa bumi berukuran  6.6 magnitud melanda pulau Hokkaido di utara Jepun awal pagi tadi.

Kejadian itu juga menyebabkan banyak rumah musnah, selain insiden tanah runtuh mengakibatkan puluhan penduduk hilang.


Foto Sumber: Media Jepun

Pemandangan dari udara yang berjaya dirakamkan menunjukkan puluhan kediaman yang terletak di kaki bukit musnah akibat tanah runtuh, ketika helikopter yang membawa anggota penyelamat, bertungkus lumus mengesan mangsa yang terselamat.


Foto Sumber: Twitter

Dalam pada itu, hampir tiga juta kediaman terputus bekalan elektrik, apabila insiden gempa bumi itu memusnahkan loji tenaga yang membekalkan elektrik ke wilayah terbabit.

Menurut jurucakap kerajaan, Yoshihide Suga, kira-kira 20,000 anggota penyelamat, termasuk polis dan kakitangan pasukan pertahanan awam terbabit dalam misi mencari serta penyelamat bencana itu. 

SUMBER: AFP/ JAPAN TODAY

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...