MetMalaysia Ramal Banjir Besar November, Ini Langkah Persediaan

Tangkap layar laporan BN Online berkenaan ramalan Met Malaysia menyatakan Malaysia bakal hadapi banjir pada November 2022.



CUACA | SEDIA | Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan, negara bakal mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November 2022, yang membawa kepada banjir besar pada penghujung bulan berkenaan.


Cuaca yang dialami dijangka memberi impak lebih signifikan kerana Monsun Timur Laut yang aktif pada tempoh itu, di mana risiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar adalah tinggi.


BH Online pada 2 September 2022 melaporkan Ketua Pengarah MetMalaysia berkata fenomena La Nina yang masih berterusan dan dijangka sehingga awal tahun depan, menyebabkan peningkatan taburan hujan.


Muhammad Helmi Abdulla, berkata, METMalaysia meramalkan, sepanjang Oktober risiko bencana cuaca hanya membabitkan fenomena hujan ribut petir yang berpotensi menghasilkan angin kencang, hujan lebat dan banjir kilat dalam tempoh yang singkat dan berskala kecil.


Katanya, kebanyakan tempat dijangka menerima taburan hujan yang normal sahaja dalam tempoh itu.


"Sekiranya Pilihan Raya Umum (PRU) dilaksanakan pada awal November, kemungkinan banjir besar berlaku adalah kurang. Bagaimanapun, mulai pertengahan November ada kemungkinan banjir besar berlaku terutamanya penghujung November.


"Namun begitu, jika pilihan raya dilaksanakan pada Disember, cuaca yang berlaku dijangka memberi impak yang lebih signifikan kerana angin Monsun Timur Laut adalah aktif pada tempoh itu, di mana risiko untuk berlaku hujan lebat berterusan dan banjir besar berskala besar adalah tinggi," katanya kepada BH.


Beliau berkata, kebiasaannya bermula akhir September hingga awal November negara akan mengalami fasa peralihan monsun.


"Dalam tempoh ini lazimnya cuaca di seluruh negara adalah baik pada waktu pagi. Manakala pada sebelah petang hingga awal malam, ribut petir akan lebih kerap berlaku terutama di negeri-negeri pantai barat serta pedalaman Semenanjung, Sarawak (barat dan tengah) dan barat Sabah.


"Risiko untuk berlaku banjir kilat adalah tinggi dalam tempoh ini terutama di kawasan rendah di pantai barat Semenanjung," katanya.


Muhammad Helmi berkata, Monsun Timur Laut pula kebiasaannya akan bermula pada pertengahan November


"Jadi dalam tempoh November hingga Disember, cuaca adalah lebih lembap terutama di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah.


"Lazimnya cuaca adalah hujan pada sebelah pagi di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah.


"Pada sebelah petang, ribut petir atau hujan akan berlaku di negeri-negeri pantai barat Semenanjung, pedalaman Sarawak dan barat Sabah," katanya.


Beliau berkata, namun begitu perkara yang perlu dibimbangkan ialah jika berlaku luruan monsun atau kemunculan sistem tekanan rendah, menyebabkan hujan berterusan akan berlaku di negeri-negeri berkenaan yang berpotensi menyebabkan banjir.


"Jika berlaku luruan monsun yang kuat dan serentak dengan kemunculan sistem tekanan rendah, maka risiko untuk berlaku banjir besar adalah tinggi. Luruan monsun yang signifikan biasanya akan bermula pada Disember," katanya.


Ditanya mengenai perubahan cuaca yang kerap hujan dan ribut petir ketika ini, Muhammad Helmi berkata, keadaan cuaca yang lebih lembap ketika ini adalah disebabkan Monsun Barat Daya yang lemah.



======================================================


Berikut adalah antara langkah yang disediakan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sebagai persiapan menghadapi banjir, apa yang perlu dilakukan ketika banjir dan apakah tindakan yang perlu diambil selepas banjir berlaku di sekitar kawasan anda:


PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR


Di rumah

-Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.


-Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio,televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.


-Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.


-Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.

-Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.


-Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.


Jika ingin melancong ke kawasan berpotensi banjir


-Bagi yang mempunyai bayi, bawa kelengkapan bayi supaya mudah diuruskan ketika banjir berlaku.


-Simpan nombor telefon klinik, hospital dan orang yang boleh dihubungi ketika kecemasan.


-Pesakit kronik perlu bawa bekalan ubatan mencukupi selain pemantauan jadual rawatan kerana dikhuatiri berdepan masalah ketika berada dalam keadaan banjir.


-Selalu dapatkan maklumat mengenai taburan hujan seperti akses kepada laman web Jabatan Meteorologi, -Portal Bencana atau Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.


SEMASA BANJIR


-Ketika mendapat tanda-tanda awal banjir


-Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.


-Pindahkan perabut atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.


-Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air.


-Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.


-Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.


Semasa pemindahan


- Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat.


- Ikut laluan yang ditentukan, laluan dekat mungkin terhalang.


Di dalam kenderaan


-Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.


-Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah ke tempat yang selamat


Di dalam rumah


-Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu.


-Bersedia dengan peralatan kecemasan.


-Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.


Di luar rumah


-Pergi ke tempat tinggi dan selamat.


-Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.


-Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.


-Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.


-Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.


-Jangan minum air banjir.


SELEPAS BANJIR


-Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.


-Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).

-Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.


-Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tidak terduga dan tersembunyi.


Semasa memasuki bangunan


-Pakai kasut.


-Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap.


-Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.


-Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.


-Periksa ancaman bahaya


-Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.


-Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air.


-Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.


-Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).


-Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin.


-Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.


-Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.

OPR Naik Lagi, Peminjam Kena Tambah Ansuran Bulanan

  Foto : Bank Negara Malaysia


PERBANKAN | Peminjam yang membabitkan pembiayaan kadar apungan seperti pinjaman rumah perlu membayar kadar faedah lebih tinggi, selepas Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak tiga kali kepada 2.50 peratus, tahun 2022.


Setiap kali OPR dinaikkan, pinjaman atau pembiayaan yang berasaskan kadar apungan akan meningkat dan menyebabkan jumlah pembayaran bulanan turut bertambah.


BH Online pada 10 September 2022/Sabtu melaporkan penganalisis hartanah berkata sebagai contoh, untuk pembiayaan perumahan sebanyak RM500,000 (90 peratus) dengan tempoh 30 tahun pada kadar keuntungan 3.75 peratus, jumlah bayaran setiap bulan ketika ini ialah sebanyak RM2,084.02.\


Ahyat Ishak menjelaskan berdasarkan kadar semasa selepas kenaikan OPR, peminjam perlu membayar sekitar RM186.80 tambahan untuk kediaman berharga RM500,000 berbanding RM1,897.22 ketika OPR berada pada paras terendah 1.75 peratus.


Ditanya sama ada kenaikan terbaharu OPR akan mengekang rakyat membeli rumah, Ahyat berkata, perkara itu benar kerana kemampuan pemilikan kediaman terletak kepada penentuan kadar faedah yang ditetapkan bank.


Jelasnya apabila kadar faedah rendah, kemampuan rakyat memiliki rumah sangat tinggi kerana mampu membayar lebih untuk kediaman sama. Ketika ini, kenaikan hampir RM200 ini boleh disifatkan tinggi.


"Kadar faedah yang ditetapkan bank ini menentukan kemampuan rakyat untuk membeli kediaman. Jika sebelum ini, mereka mampu membeli kediaman berharga RM500,000, namun dengan kadar baharu sudah pasti kemampuan mereka terjejas.


"Pengiraan ini sekadar asas kerana bank memiliki pengiraan sendiri untuk menentukan jumlah kenaikan bayaran bulanan," katanya.


Sementara itu, Pensyarah Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin berkata, kenaikan OPR bertujuan mengurus penawaran wang dalam ekonomi serta mengawal permintaan agregat dalam ekonomi.


Katanya, kenaikan sedikit sebanyak, walaupun secara tidak langsung, akan turut mempengaruhi tingkat harga barang dan perkhidmatan supaya tekanan peningkatan dapat diurus dengan baik.


"Saya melihat kenakan OPR tepat pada masanya dengan melihat kepada situasi terkini ekonomi Malaysia, terutamanya dalam indikator ekonomi utama, seperti nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kadar inflasi dan tahap pengangguran.


"Begitu juga dengan perkembangan terkini situasi ekonomi global dan dasar monetari yang dilaksanakan oleh kebanyakan negara, terutamanya negara maju," katanya.


Dari aspek pengguna pula, Irwan Shah berkata, bergantung kepada tahap pendapatan seseorang kerana secara umumnya, ada peningkatan dari segi kos pembayaran balik hutang.


Mengulas mengenai kesan kenaikan ansuran bulanan bagi pembiayaan atau pinjaman, beliau menjelaskan, kadar OPR baharu sememangnya akan meningkatkan bayaran bulanan, tetapi masih lagi rendah berbanding dengan kos sebelum era pandemik.


"Ini bukanlah satu tindakan mengetatkan dasar daripada BNM, tetapi hanyalah proses normalisasi.


"Saya berpendapat tidak semestinya kenaikan OPR akan mengekang pemilikan kediaman. Jika ada sekalipun, hanyalah satu keadaan jangka pendek," katanya.


OPR Mungkin Dinaikkan Sekali Lagi Pada November 2022


Kadar Dasar Semalaman (OPR) dijangka terus dalam aliran meningkat bagi mengawal peningkatan harga mendadak dalam negara dengan satu lagi kenaikan 25 mata asas November ini, demikian kata penganalisis.


Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan/ Ketua Penyelidik AmBank Research, Dr Anthony Dass, berkata peningkatan OPR untuk kali ketiga dengan sebanyak 75 mata asas setakat ini kepada 2.50 peratus adalah sejajar dengan jangkaan pihaknya dan konsensus.


Beliau berkata, sebab utama OPR terus meningkat adalah berikutan pertumbuhan kukuh ekonomi dan kebimbangan inflasi yang didorong oleh faktor bekalan dan permintaan.


"Terdapat kemungkinan lagi kenaikan 25 mata asas yang akan dibuat pada mesyuarat (MPC) November ini, bergantung kepada data akan datang," katanya dalam satu nota penyelidikan/ pada 9 September 2022.



Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) 7 September 2022 memutuskan menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus, selepas peningkatan pada Mei dan Julai lalu dengan masing-masing sebanyak 25 mata asas.


Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Maybank Investment Bank, Suhaimi Ilias, berkata pihaknya juga menjangkakan lagi kenaikan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus pada mesyuarat MPC akan datang, yang dijadualkan diadakan pada 2 hingga 3 November 2022.


Beliau berkata, tinjauan OPR oleh pihaknya secara keseluruhan adalah kenaikan sebanyak 100 mata asas kepada 2.75 peratus bagi 2022, yang mana kini kenaikan 75 mata asas sudah dibuat kepada 2.50 peratus.


Pihaknya turut menjangkakan satu lagi kenaikan 25 mata asas kepada 3.00 peratus pada awal 2023 yang mana kemungkinan pada mesyuarat MPC pertama untuk tahun depan.


Ahli Ekonomi Kanan Oxford Economics, Alex Holmes, berkata pihaknya melihat BNM akan kekal dengan pendekatan beransur-ansur dan menaikkan lagi 25 mata asas pada mesyuarat MPC terakhir bagi tahun ini pada November.


Beliau berkata, keputusan BNM untuk menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus adalah berdasarkan penilaian bahawa prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal utuh.


Katanya, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat kepada 8.9 peratus pada suku kedua berbanding lima peratus pada suku pertama 2022, dan prospek jangka pendek kekal cerah, disokong oleh permintaan domestik yang teguh, pemulihan pelancongan dan mengurangkan kekurangan pekerja.


"Kami baru-baru ini menaikkan unjuran untuk 2022 kepada 8.8 peratus berbanding 6.4 peratus sebelumnya.


"Kami jangka satu lagi kenaikan 25 mata asas tahun ini pada November, sebelum BNM mengekalkan kadar sepanjang 2023 pada 2.75 peratus, di bawah paras prapandemik. Keputusan adalah mengutamakan sokongan terhadap pertumbuhan akan membantu mengurangkan inflasi," katanya.


Namun, CGS-CIMB Research mempunyai pandangan berbeza dengan mengekalkan pandangannya bahawa kemungkinan BNM tidak menaikkan OPR pada mesyuarat terakhir MPC tahun ini, sekali gus menyaksikan kadar faedah kekal pada 2.50 peratus.


Bagaimanapun, ia berkata, bagi 2023, pihaknya mengunjurkan dua kenaikan 25 mata asas yang menjadikan OPR pada 3.00 peratus.


Pada masa sama, ia juga tidak menjangkakan keadaan global yang lebih baik pada masa akan datang berikutan faktor termasuk AS yang berkemungkinan mencatat ekonomi lebih perlahan susulan pelaksanaan beberapa siri kenaikan kadar faedah.


Selain itu, katanya, krisis tenaga di Eropah dijangka menyebabkan Kesatuan Eropah (EU) mengalami kemelesetan manakala ketidaktentuan pasaran hartanah China pula hanya memaparkan sebahagian kecil daripada masalah sebenar.


"Ini menjadikan dorongan terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia akan bergantung sepenuhnya ke atas ekonomi domestik dengan pemangkin utama kekal terhad kepada pemulihan sektor pelancongan dan faktor yang boleh menaikkan permintaan," katanya dalam satu nota.


Sumber Berita : BH Online 



Amerika Syarikat Tawar RM180,000 Maklumat Kontraktor Pertahanan Malaysia Dalam Buruan



GLOBAL | AMERIKA SYARIKAT | Agensi penguat kuasa undang-undang Amerika Syarikat menawarkan ganjaran USD40,000/RM180,000 untuk maklumat yang membawa kepada penahanan kontraktor pertahanan Malaysia yang melarikan diri sebelum dijatuhkan hukuman dalam salah satu skandal rasuah terbesar dalam sejarah tentera AS.


Leonard Glenn Francis - lebih dikenali sebagai "Fat Leonard" - melarikan diri awal bulab September 2022 selepas memotong monitor GPS yang dipasang pada buku lalinya.


Dia dijadualkan dijatuhkan hukuman pada akhir September 2022 selepas mengaku bersalah pada 2015 atas peranannya dalam kes rasuah bernilai $35 juta yang melibatkan pegawai kanan Tentera Laut AS.


"Ganjaran sehingga $40,000 ($20,000 setiap satu) ditawarkan oleh Perkhidmatan Marshals AS dan NCIS [Perkhidmatan Penyiasatan Jenayah Tentera Laut] untuk maklumat yang secara langsung membantu dalam penahanan Francis," kata Perkhidmatan Marshals AS dalam notis dikehendaki di Twitter pada 10 September 2022/Sabtu.


"Francis berdepan hukuman penjara sehingga 25 tahun apabila dia memotong monitor buku lali GPSnya pada 4 September 2022 dan melarikan diri," kata notis itu.



Agensi Berita Antarabangsa Al-Jazeera pada 10 September 2022/Sabtu melaporkan Francis dibenarkan berada dalam kurungan rumah untuk menerima rawatan perubatan sementara dia bekerjasama dengan pendakwa raya yang, dengan bantuannya, telah memperoleh sabitan kesalahan terhadap 33 daripada 34 defendan, termasuk lebih daripada dua dozen pegawai Tentera Laut AS.


Jiran memberitahu polis bahawa mereka telah memerhati trak U-Haul datang dan pergi dari rumah Francis di San Diego beberapa hari sebelum dia hilang.


Francis mengaku bersalah pada 2015 kerana menawarkan perkhidmatan pelacuran, perjalanan mewah dan hotel, makanan mewah dan rasuah lebih daripada $500,000 kepada pegawai Tentera Laut AS dan lain-lain untuk membantu syarikat servis kapalnya yang berpangkalan di Singapura, Glenn Defense Marine Asia Ltd. atau GDMA, mendapatkan keuntungan yang lumayan. kontrak tentera laut AS.


Pendakwa raya berkata, syarikat itu kemudiannya mengenakan caj berlebihan kepada Tentera Laut sekurang-kurangnya $35 juta kerana memberi perkhidmatan kepada kapal AS, kebanyakannya telah dihantar ke pelabuhan yang dikawalnya di Pasifik dengan bantuan pegawai yang menerima rasuahnya.


Sepuluh agensi AS sedang mencari Francis.


Tetapi pegawai mengakui Francis mungkin sudah berada di Mexico, dan mungkin dalam perjalanan pulang ke Asia.


Pihak berkuasa AS mengeluarkan notis merah untuk Francis, yang meminta penguatkuasaan undang-undang di seluruh dunia untuk menangkap sementara seseorang yang mempunyai kemungkinan ekstradisi.


Malaysia dan Singapura mempunyai perjanjian ekstradisi dengan AS.



TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...