19 NOVEMBER, MASA TERBAIK NOBAT ANWAR IBRAHIM & HARAPAN TERAJUI MALAYSIA



NEGARA dalam bahaya. Ramai pakar menjangka ekonomi dunia pada 2023 suram dan tempiasnya bakal dirasai Malaysia. Kita tidak ada pilihan. Peneraju Malaysia selepas 19 November perlu pasukan berkaliber, berkemampuan dan sudah teruji panjang.


Kredibiliti dan kemampuan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah teruji puluhan tahun. Perjuangannya mengangkat martabat rakyat tanpa mengira agama dan bangsa sudah terbukti. Dunia antarabangsa menanti Malaysia membuat pilihan pada kali ini. 


Satu undi rakyat Malaysia AMAT PENTING kali ini. Ia lebih penting semasa gelombang rakyat pada 2018. PAKATAN HARAPAN perlu menang sekurang-kurangnya 160 - 175 kerusi.


Kajian lapangan dan kaji selidik badan penyelidikan menunjukkan puratanya PAKATAN HARAPAN mampu menang sekitar 90 - 105 kerusi parlimen. Ia masih tidak cukup untuk HARAPAN membawa sinar baharu Malaysia.


Kita perlu bersama-sama menjadikan kajian ini lebih positif untuk PAKATAN HARAPAN. Caranya keluar beramai-ramai mengundi PAKATAN HARAPAN. Gerakkan segala strategi, taktik dan 'senjata terakhir' untuk memastikan kemenangan mutlak HARAPAN.



"Dengan izin Allah SWT, saya akan gunakan baki sisa kehidupan saya ini untuk benar-benar fokus kepada usaha memartabatkan rakyat, ekonomi negara dan kembali memulihkan sistem pentadbiran yang rosak akibat kerakusan penguasa terdahulu" - Anwar Ibrahim: 14 NOV 2022





Kini tugas kita semakin penting, hanya satu undi dan gerakkan pengundi ke pusat pengundian dengan turun dalam gelombang baharu PAKATAN HARAPAN perlu disemarakkan. Merahkan dan warnakan laman sosial media anda dengan MERAH dan undi HARAPAN.


Kali ini juga kita tidak mahu rakyat Malaysia jadi mangsa bencana politik seperti wabak Covid-19 berulang kembali. Pasti kita masih ingat lebih 30,000 terkoban dengan wabak ini. Lebih malang bukan wabak menjadi punca tetapi kegelojohan segilintir individu politik menyebabkan kesan pandemik ini menjadi lebih buruk.


Pada 2023, dunia dijangka alami kemelesetan ekonomi. Kesannya bukan sedikit jika menimpa Malaysia. Ramai bakal terjejas ekoran kehilangan kerja, kenaikan harga barang makanan dan perkhidmatan. Kita tidak mahu lebih ramai rakyat menjadi mangsa ekoran kesilapan kita memilih pasukan terbaik untuk membawa Malaysia berhadapan krisis besar dunia ini.


"Malaysia perlukan orang Melayu yang terbaik, orang Cina yang terbaik, orang India yang terbaik, orang Asli yang terbaik, orang Sabah serta orang Sarawak yang terbaik untuk memacu negara ini" - Anwar Ibrahim: 14 NOV 2022




Kita perlu pilih dan pastikan pasukan Anwar dan HARAPAN menang untuk terajui Malaysia penggal 2022 - 2027. Terus beri sumbangan dengan cara apa sekalipun untuk menang. Ini tugas kita semua.


Wahai anak muda generasi berani. Buat pilihan terbaik buat Malaysia demi negara ini makmur, adil dan idaman semua generasi. Jika bukan kita siapa lagi. Jika bukan sekarang bila lagi.


SHARE tulisan ini seluas-luasnya. Mungkin hanya SHARE ini sejarah gemilang Malaysia bermula dan anda sebahagian daripada sejarah amat penting Malaysia.


OLEH: Mohd Ezli Mashut


#Anwar #KitaBoleh #Harapan

TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...