Untung jadi rakyat Selangor



Selangor baru beberapa hari tak ada air, TV3 dah kecoh. Macam nak pecah skrin buat siaran 24/7.Belum dicampur dengan media cetak lagi.

Sabah dan Sarawak sudah 53 tahun ada lagi kawasan tak ada bekalan air bersih, senyap pula. Kenapa RTM1, RTM2 dan TV3 tak buat liputan?
Kadang-kadang bekalan air di Asajaya, Simunjan, dan Sebuyau dicatu tetapi kenapa media massa kawalan BN tak bising? Sebab kawasan ini dipegang oleh BN.

Malah kawasan di Semenanjung juga banyak kawasan berhadapan masalah air. Tetapi ajaibnya media tak nampak.Tengok sahaja kawasan Felda semasa musim perayaan.Air kena catu.Kejap ada kejap tiada.

Sebab itu untung jadi rakyat Selangor.Baru beberapa berlaku gangguan bekalan air , media tak putus putus tumpu isu ini.

Setakat 29 SEPTEMBER 2016.Status pemulihan terkini kawasan yang terjejas dengan gangguan bekalan air ekoran penutupan Loji Rawatan Air Sg Semenyih akibat pencemaran bau air mentah kini berada di tahap 97.6%. Bekalan air di Daerah Kuala Langat telah pulih sepenuhnya.


Namun begitu, beberapa kawasan yang berada di penghujung sistem agihan air dan kawasan tinggi masih mengalami gangguan bekalan air berikutan paras kolam air takungan utama masih belum mencapai paras optimum.

Berita terkini Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd menggantung seorang pekerjanya kerana disyaki terlibat dalam perbuatan khianat yang menyebabkan gangguan bekalan air hingga menjejaskan 340,000 pengguna di Klang dan Petaling 1 September lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman berkata pekerja tersebut digantung pada 6 September lepas manakala laporan polis berhubung kejadian itu dibuat pada 9 September lalu.

Katanya laporan siasatan juga dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Tapi ada pemimpin BN tak habis habis nak tunjuk jadi hero dan jaguh rakyat.Konon mereka pejuang rakyat. Kami rakyat Selangor tahulah tembelang mereka.Mereka akan main kan isu ini berminggu lagi nampaknya walaupun bekalan air dah pulih sepenuhnya.

Kalau mereka betul betul nak jadi hero perjuangkan isu air ini di kawasan atau negeri BN yang perlukan lebih pembelaan.

Apapun beruntung jadi rakyat Selangor.Oh ye ramai tau rakyat Selangor tak bayar bil air selama 8 tahun.Sebabnya menikmati skim air percuma pemberian Kerajaan Negeri sejak Pakatan mentadbir.

Oleh: Mohd Ezli Mashut 
Rakyat Negeri Selangor

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...