MISTERI MH370: Kokpit, Ekor Pesawat Ditemui Satelit Google Maps Di Kemboja


Foto: THE SUN

MISTERI kehilangan Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 masih belum terungkai dengan pelbagai teori dan spekulasi.

Terbaharu Portal THE SUN melaporkan kokpit dan ekor pesawat MH370 yang tertera logo Malaysia Airlines (MAS) didakwa telah dijumpai di Kemboja.

Usaha mencari pesawat tersebut secara dalam talian dipergiat selepas penemuan bangkai pesawat itu di sebuah hutan di Phnom Penh menerusi aplikasi Google Maps oleh Brit Ian Wilson.

Lokasi kedua 'nahas' terletak kira-kira 16 kilometer dari tapak pertama telah ditemui seorang penyiasat yang juga pemburu pesawat amatur, Daniel Boyer.

Menurutnya, dia boleh menghasilkan imej kasar kokpit dan ekor pesawat tersebut yang menunjukkan beberapa objek putih di hutan barat laut Phnom Penh.

Foto: THE SUN / GOOGLE MAPS

Boyer memberitahu Daily Star, salah satu objek itu berukuran 5.4 meter (m) hampir sama dengan saiz kokpit Boeing 777 tersebut yang berukuran 5.8 m yang diyakini sebagai bahagian hadapan pesawat terbabit.

Jelasnya, dia juga boleh melihat garisan merah logo MAS pada sebuah lagi objek berukuran 9.6 m dipercayai ekor MH370.

"Saya seperti tidak percaya apabila membuat pemerhatian tersebut. Pertama, saya temui kokpit dan kemudian ini (ekor). Serpihan itu perlu disiasat," ujarnya lagi.


Lokasi 'tapak kemalangan' kedua dikesan melalui imej satelit oleh Boyer.

Imej pertama MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 ditemui Ian Wilson selepas dia menghabiskan masa selama beberapa jam melakukan carian secara dalam talian.

Gambar daripada Google Maps itu bagaimanapun mencetuskan tanda tanya tentang kesahihannya kerana mempunyai tarikh yang berbeza.

SUMBER: THE SUN

AirAsia Tawar Diskaun Sehingga 70% Perjalanan Segera Sehingga 30 Jun 2019

Foto: AIR ASIA


INFO TRAVEL & PENERBANGAN: Syarikat penerbangan kos rendah AirAsia menawarkan diskaun sehingga 70 peratus bagi semua destinasi mulai 15 hingga 28 Oktober.

Dalam satu kenyataan pada 15 Oktober 2018 syarikat penerbangan itu berkata, tempahan boleh dibuat di airasia.com dan aplikasi mudah alih untuk perjalanan segera sehingga 30 Jun 2019.

Ketua Pemasaran Kumpulan AirAsia, Amanda Woo berkata, terdapat lebih 130 destinasi di seluruh rangkaian AirAsia dan AirAsia X untuk semua orang menikmatinya.

"Seperti biasa, ahli AirAsia BIG akan menikmati lebih banyak tawaran yang termasuk diskaun segera apabila mereka menempah terus di laman web dan di aplikasi mudah alih kami," katanya.

Pelanggan boleh menikmati tambang yang sangat rendah dari Kuala Lumpur ke Changsha, Tokyo, Kolkata, Bali, Phuket, Siem Reap, Yangon, Manila, Singapura, Kota Kinabalu dan banyak lagi destinasi. 

SUMBER: AIR ASIA/BERNAMA

TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...