Posts

Showing posts from April 3, 2012

Awan Misteri Muncul Di Marikh

Image
Rahayati Binti Ali | 28/03/2012 04:12 PM Imej awan misteri pada planet Marikh yang diambil pada minggu lepas. Gambar kecil menunjukkan imej terperinci awan kecil yang keluar pada permukaan Marikh. Komuniti ahli astronomi amatur dikejutkan dengan satu fenomena pelik yang dikesan di planet Marikh pada minggu lepas. Ahli fotografi astronomi Wayne Jaeschke melaporkan di laman webnya mengenai satu “ciri aneh” di atas satu dataran pada planet Marikh yang dipanggil Acidalia yang bergerak bersama planet itu dan seolah-olah keluar dari permukaannya. Penemuan itu menyebabkan ahli astronomi profesional mengambil perhatian terhadap perkara ini. Kapal angkasa Mars Odyssey milik NASA akan cuba untuk mengambil gambar awan dengan menggunakan kamera yang boleh mengambil gambar dalam cahaya nampak dan inframerah secara serentak. “Penyelidik-penyelidik atmosferik kita sangat teruja mengenai kemungkinan bukan sahaja dapat melihat struktur – struktur awan yang cantik , tetapi juga suhu-suhu mereka,” kata …