Tawaran 'Gila-Gila': Malaysia Airlines Tawar Potongan Harga Sehingga 40%

Foto Sumber: Small & Medium Enterprises : sme.org.my

INFO TRAVEL: Ini satu tawaran menarik untuk penerbangan menggunakan Malaysia Airlines (MAS).

Dalam perkembangan terbaharu, Grand Travel Deals Malaysia Airlines Bhd. menawarkan sehingga 40 peratus potongan harga ke atas tiket penerbangan ke destinasi terpilih serta tawaran perjalanan yang luas, termasuk diskaun tambang untuk kanak-kanak, bagasi lebihan dan tempahan hotel.

Syarikat penerbangan itu berkata, dari 23 hingga 29 April ini, pelanggan boleh menikmati tambang dua hala, termasuk semua, bagi kelas ekonomi dari serendah RM259 ke Phnom Penh, dari RM299 ke Jakarta, dari RM699 ke Hong Kong atau Colombo dan dari serendah RM2,829 ke London.


“Tambang ini sah bagi perjalanan dari 25 April 2018 hingga 31 Mac 2019,” kata Malaysia Airlines dalam satu kenyataan pada 20 April 2018.

Tambang termasuk semua bagi kelas ekonomi dari Kuala Lumpur, ditawarkan serendah RM99 ke Terengganu, dari RM139 ke Kuching, dari RM149 ke Miri dan dari RM189 ke Kota Kinabalu, sah bagi pejalanan dari 24 April 2018 hingga 31 Mac 2019.

Foto Sumber: New Straits Times


Ia berkata, maklumat mengenai tambang itu boleh diperoleh menerusi www.malaysiaairlines.com/traveldeals.

Malaysia Airlines juga menawarkan pelbagai tarikan menarik bagi mereka yang merancang untuk melakukan perjalanan solo atau bersama orang tersayang.

Eksklusif kepada pelanggan kelas perniagaan, tambang rakan istimewa disediakan untuk mereka yang berjalan berpasangan.

Syarikat penerbangan itu berkata, menerusi tawaran itu pelanggan diberikan diskaun sehingga 50 peratus ke atas tambang udara bagi kanak-kanan, penjimatan 50 peratus ke atas penginapan hotel di Malaysia semasa menempah bilik menerusi Booking.com dan menikmati potongan 10 peratus ke atas belian awal bagi 10 kilogram (kg) bagasi lebihan selain pilihan tempat duduk.

Foto Sumber: thedesignair.net


SUMBER: BERNAMA/ MALAYSIA AIRLINES

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...