Taufan Jongdari sekuat 200km/jam bakal landa barat Jepun

Foto Sumber: /www.accuweather.com


TOKYO - Taufan kuat dijangka melanda bahagian barat negara ini dan bakal mengakibatkan banjir serta tanah runtuh.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun, Taufan Jongdari merekodkan bacaan angin sekuat 200 kilometer sejam dan diramalkan melanda malam esok.

Pihak berkuasa memberi amaran akan berlaku hujan lebat, tanah runtuh, angin kuat dan ombak tinggi selain mengarahkan orang ramai agar berpindah ke tempat selamat.

Foto Sumber: /www.accuweather.com

Hari ini, taufan tersebut berada kira-kira 1,200 kilometer di barat daya Tokyo dan menuju ke arah Pulau Chichijima, tetapi dijangka bergerak ke barat wilayah Ghugoku menjelang lewat esok. 

SUMBER: AFP



Jepun Reka Sistem Kesan Pekerja Mengantuk

Foto Sumber: Bijli Bachao

INOVASI - TOKYO - Pekerja pejabat di Jepun mungkin tidak dapat tidur ketika bekerja, selepas satu sistem baharu dicipta  bagi mengesan pekerja mengantuk, sistem berkenaan akan menurunkan suhu secara automatik supaya mereka terus sedar.

Pengilang penyaman udara Daikin dan syarikat elektronik gergasi NEC pada Khamis berkata, mereka sudah mula menguji sistem terbabit yang memantau kelopak mata pekerja dengan kamera pada komputer.

Komputer itu akan menurunkan suhu bilik secara automatik, jika ia mengesan pekerja tidur di meja mereka.

"Kami berharap untuk memperkenalkan sistem ini secara komersil pada 2020," kata jurucakap Daikin sambil menambah satu ujian sudah bermula bulan ini.

Sistem itu menggunakan teknologi Daikin untuk mengubah suhu secara automatik dan teknologi pengecaman muka NEC untuk memantau pelbagai pergerakan kelopak mata yang mencadangkan jika seseorang mengantuk.

"Kajian kami membuktikan kaedah menurunkan suhu amat berkesan terutamanya ketika tanda awal mengantuk dikesan," menurut kenyataan bersama kedua-dua syarikat itu.

SUMBER: AGENSI

Alibaba Cloud Komited Melabur di Malaysia

Foto Sumber: Alibaba


BISNES: Alibaba Cloud, bahagian pengkomputeran awan Alibaba Group melancarkan 'availability zone' kedua, iaitu Zon B di negara ini dalam usaha meluaskan penggunaan dan mempertingkatkan keupayaan pengkomputeran awan bagi memenuhi peningkatan pelanggan dalam dan luar negara.

Dalam satu kenyataan di sini pada 27 Julai, Alibaba Cloud, berkata zon baharu itu membantu zon sedia ada dalam mempertingkatkan keselamatan pengkomputeran awan dan menjamin kelestarian perniagaan di dalam infrastruktur pegkomputeran awan dengan lebih kukuh.

Sehubungan itu, Alibaba Cloud berkata, pihaknya akan terus melabur di Malaysia dengan menubuhkan 'cloud based Anti-DDoS scrubbing center' yang pertama pada Ogos ini.

"Pusat ini akan mengurangkan risiko dan menawarkan pelanggan tahap perlindungan tertinggi daripada serangan DDoS.

"Pusat baharu ini mempunyai pelbagai ciri-ciri keselamatan seperti Anti-DDoS Pro, perkhidmatan yang boleh menghalang daripada setiap jenis serangan DDoS," menurut kenyataan itu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, berkata peralihan hala tuju dunia ke arah e-dagang semakin hampir dan permintaan industri tempatan semakin meningkat untuk mengambil bahagian dalam ekonomi baru ini pada peringkat global.

"Malaysia kini terus maju dengan usaha untuk mengukuhkan infrastrukturnya bagi tujuan akses kepada Internet sebagai hak asasi manusia, begitu juga mengkategorikan kemudahan bagi meningkatkan akses jalur lebar sebagai utiliti awam.

"Kejayaan perdagangan kami pada platform global bersama sokongan syarikat seperti Alibaba Cloud bergantung kepada persekitaran Internet berkelajuan tinggi. Teknologi pendahuluan yang diberikan oleh Alibaba Cloud membuka peluang baru, yang saya percaya akan memberi manfaat kepada Malaysia dalam usahanya untuk meningkatkan persaingan dan kecekapan dalam industri baru ini," katanya dalam kenyataan bersama.

Disamping memastikan kebingkasan dan standard operasi yang berkualiti tinggi, Alibaba Cloud berkata, Zon B menawarkan modul keselamatan pembayaran (HSM), pengkomputeran elastik, pangkalan data serta perkhidmatan memantau dan rangkaian.

Sementara itu, Pengurus Besar Alibaba Cloud di Malaysia, Kenny Tan, berkata pihaknya untuk membawa produk dan perkhidmatan 'cloud' yang elastik, efisien dan selamat bagi pengguna Malaysia.

"Pelancaran 'available zone' B dan 'Anti-DDoS scrubbing center' membolehkan kami menawarkan pilihan yang lebih selamat kepada pengguna. Pada masa sama, pelancaran ini akan membolehkan perkongsian pengetahuan dalam kalangan usahawan dan bakat tempatan untuk menggunakan teknologi Alibaba Cloud bagi mencapai infrastruktur yang lebih selamat," katanya.

Awal tahun ini, Alibaba Cloud mengumumkan kerjasama dengan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) di Malaysia City Brain Initiative bagi mendirikan bandar pintar yang dijana oleh kecerdasan buatan (AI) dan Big Data.

SUMBER: BH ONLINE

TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...