Prototaip ke-4 Pesawat C919 China Selesai Penerbangan Ujian Pertama

FOTO: REUTERS

SINGAPURA: Prototaip keempat pesawat penumpang C919 buatan China menamatkan penerbangan ujian pertama hari ini, demikian menurut media rasmi negara itu.

Ia dikatakan bakal menjadi pesaing kepada Airbus SE dan Boeing Co pada masa depan.

Penerbangan ujian di Shanghai itu berlangsung selama satu jam 25 minit, demikian menurut People's Daily pada akaun Twitter.

Prototaip ketiga C919 melakukan penerbangan ujian pertama pada Disember.

Pesawat C919 adalah pesawat enjin jet berkembar jenis ‘narrow body’ dibangunkan Comac, syarikat aeroangkasa China.

Program pembangunan pesawat itu dilancarkan pada 2008, pengeluaran prototaip pertama bermula pada Disember 2011 dan dilancarkan pada 2 November 2015 disusuli penerbangan sulung pada 5 Mei 2017.

Penghantaran komersial pertama pesawat itu dijangka pada 2021 kepada China Eastern Airlines. 

SUMBER: REUTERS

AirAsia Mansuh Yuran Pemprosesan Mulai Oktober 2019

Air ASIA

#INFO PENERBANGAN | Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia bakal memansuhkan bayaran pemprosesan bagi pelanggan yang membuat bayaran sama ada menerusi perbankan dalam talian dan kad kredit mulai Oktober depan.

“Kami (akan) masih mempunyai beberapa caj untuk memacu trafik kepada kaedah lebih murah, lebih selamat dan kurang penipuan. Tetapi akan terdapat juga kaedah tanpa sebarang bayaran,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Tony Fernandes pada 30 Julai lalu.

Beliau mengumumkan perkara itu dalam catatan di Twitter menerusi 2 hashtag, iaitu #technologyrules dan #makingairfaresaffordable.



Bayaran pemprosesan AirAsia bermula pada kadar RM4 jika anda menggunakan debit terus dan boleh meningkat sehingga RM16 dengan UnionPay.

Bagaimanapun, jika pelanggan memilih untuk membuat pembayaran menggunakan aplikasi e-dompet AirAsia iaitu BigPay, tiada bayaran pemprosesan yang terlibat.

SUMBER: BERNAMA

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...