Posts

Showing posts from January, 2009

Zaman Sistem Khalifah Islamiah Akan Muncul Kembali

Image
Zaman Sistem Khalifah Islamiah Akan Kembali Lagi Membawa Keadilan dan Kemakmuran Dunia.

SATU PEMERHATIAN DAN ANALISIS KHAS

Oleh : Mohd Ezli Bin Mashut ( LL.B (Hons) UIAM )

27hb Januari 2009 M / 30hb Muharram 1430 H
Laman Blog : http://www.ezli007.blogspot.com/ / email : ezli007@hotmail.com / No Tel : 0176543974


Permulaan :

Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud : Telah berlaku era pemerintahan KENABIAN, ia berlaku dan berakhir sepertimana yang Allah kehendaki. Setelah itu berlaku pula era pemerintahan KHALIFAH AR-RASYIDDIN yang berjalan mengikut manhaj (ciri) era kenabian, ia berlaku dan berakhir menurut seperti sepertimana yang Allah kehendaki. Setelah itu diganti pula dengan era pemerintahan MENGGIGIT (FITNAH) diperintah secara warisan (monarki), ia berlaku dan berakhir mengikut masa yang ditentukan oleh Allah. Setelah itu diganti dengan era pemerintahan DIKTATOR, ia berlaku dan berakhir mengikut tempoh yang Allah kehendaki. Setelah itu diganti dengan pula dengan era pemerintahan KHALI…

Pembinaan UAV : Satu Perancangan Strategik Masa Hadapan

Image
Projek Pembangunan Unmanned Aerial Vehicle (UAV) : Satu Keperluan Strategik Masa Hadapan.

Oleh : Mohd Ezli B. Mashut
ezli007@hotmail.com
Futuristic Space Resources
Institute For Future Research


You see things; and you say “why?” But I dream things that never were; and I say “why not?”.

—George Bernard Shaw


1. Keperluan negara mempunyai projek pembangunan dan penyelidikan UAV ( Unmanned Aerial Vehicle) tidak dinafikan lagi. Malahan keperluannya bukan sekadar untuk tujuan ketenteraan semata-mata. Ianya boleh diaplikasikan untuk tujuan awam seperti pemantauan keadaan trafik, pembakaran terbuka, penerokaan hutan, projek-projek pembangunan dan pemantauan cuaca seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi dan lain-lain lagi.

2. Melihat kepada keperluan yang dianggap strategik ini adalah disarankan agar penyelidikan dan pembangunan dalam projek ini dapat dipergiatkan dan diambil perhatian yang serius. Sebuah organisasi boleh bertindak sebagai badan yang menjalankan aktiviti pembangunan UAV ini disamping…

20hb Januari 2009..Hari bersejarah Ku..

20hb JANUARI 2009 :UMURKU KINI 31 TAHUN. HARAPAN BARU UNTUK DUNIA MASA HADAPAN

Oleh : Mohd Ezli Bin Mashut
Blog : http://www.ezli007.blogspot.com/ / 017-6543974

‘Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Amat Mengasihani. Salam dan Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. , para sahabat serta para Tabiin, para alim ulama dan para syuhadak. Semoga kita mendapat Safaat Junjungan Kita Nabi Muhammad S.A.W di Akhirat kelak. Semoga kita juga sentiasa mendapat lindungan Allah dan diberi kekuatan untuk kita terus berjuang membela dan menegakkan kalimah Allah di seluruh pelosok alam maya ini. Semoga kita juga dipilih oleh Allah untuk menjadi salah seorang pejuang-pejuang yang akan membebaskan bumi Al-Aqsa daripada tangan-tangan Zionist Israel dan sekutunya. AMIN…’

Begitu pantas masa berlalu, sedar atau tidak umurku kini sudah mencecah 31 tahun. Maknanya sudah semakin berkurang setahun lagi umurku yang masih berbaki dalam meneruskan baki umurku yang tidak aku ketahui bila dan saat waktun…

BARRACK HUSSIN OBAMA ; PRESIDEN NEGARA SUPER POWER TERAKHIR...?

Image
Barack Hussin Obama : Presiden Negara Super Power Terakhir ?...

Analisis Khas Isu Global.

Oleh : Mohd Ezli Mashut
LL. B (Hons) UIA
Email : ezli007@hotmail.com / No Tel : 017-6543974
Laman Blog : http://www.ezli007.blogspot.com/


Pendahuluan :

Benarkah Bahawa 20hb Januari 2009 Adalah Tarikh Penting dan Bersejarah untuk Amerika Syarikat dan Dunia ?

Tanggal 20hb Januari 2009 Masihi bersamaan 23hb Muharram 1430 Hijrah, Selasa merupakan detik terpenting dan bersejarah untuk White House. Pada tarikh ini Barack Hussin Obama akan melafazkan sumpah yang berbunyi ‘I do solemnly swear to faithfully execute the office of President of the United States, and to the best of my ability, preserve, protect and defend the Constitution of the United States. So help me God’.

Satu Fakta astronomi yang menarik pada 20hb Januari 2009 jam 09 pagi 01 minit 01 saat waktu di Washington D.C ialah kedudukan Planet Marikh di langit pagi itu di Washington D.C ialah di altitud 19 darjah 11 minit’. Adakah satu kebetulan yang me…