Pembinaan UAV : Satu Perancangan Strategik Masa Hadapan



Projek Pembangunan Unmanned Aerial Vehicle (UAV) : Satu Keperluan Strategik Masa Hadapan.

Oleh : Mohd Ezli B. Mashut
ezli007@hotmail.com
Futuristic Space Resources
Institute For Future Research


You see things; and you say “why?” But I dream things that never were; and I say “why not?”.

—George Bernard Shaw


1. Keperluan negara mempunyai projek pembangunan dan penyelidikan UAV ( Unmanned Aerial Vehicle) tidak dinafikan lagi. Malahan keperluannya bukan sekadar untuk tujuan ketenteraan semata-mata. Ianya boleh diaplikasikan untuk tujuan awam seperti pemantauan keadaan trafik, pembakaran terbuka, penerokaan hutan, projek-projek pembangunan dan pemantauan cuaca seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi dan lain-lain lagi.

2. Melihat kepada keperluan yang dianggap strategik ini adalah disarankan agar penyelidikan dan pembangunan dalam projek ini dapat dipergiatkan dan diambil perhatian yang serius. Sebuah organisasi boleh bertindak sebagai badan yang menjalankan aktiviti pembangunan UAV ini disamping dapat mengendalikan segala urusan dalam penggunaan teknologi ini.

3. Negara-negara maju sedang giat dalam membangunkan projek ini, malahan Amerika Syarikat dan Israel terus menjalankan pembangunan yang pesat untuk tujuan ini yang digunakan dalam bidang ketenteraan. Malahan dijangkakan bahawa penggunaan teknologi ini akan menguasai senario peperangan pada masa kini dan hadapan.

4. Untuk tujuan awam khususnya di Malaysia ia boleh digunakan sebagai pembantu dalam aktiviti pemantauan udara siang dan malam dan pada sebarang cuaca. Maka ia boleh aplikasikan untuk tujuan pengurusan trafik yang lebih lancar khasnya di lebuh-lebuh raya ketika pada waktu puncak. Oleh itu soal kesesakan lalu lintas dapat diperbaiki.

5. Keupayaannya untuk menghantar data dan imej pada waktu semasa atau ‘real time’ menjadi satu kelebihan. Malahan ia juga boleh diaplikasikan kepada pemantauan banjir yang sering berlaku jadi gambaran yang jelas daripada atas dapat membantu pihak-pihak berkenaan bertindak pantas dengan maklumat yang diperolehi. Ia dapat mempercepatkan operasi memindah dan menyelamatkan kepada penduduk yang terjejas dengan bencana ini.

6. Di samping itu juga pengambilan imej daripada udara ini dapat digunakan oleh pihak-pihak keselamatan seperti polis dan tentera. Contohnya dalam kes-kes seperti rompakan, maka ia dapat digunakan dalam mengejar dan membuat intipan serta pemantauan udara yang lebih jelas di mana kedududan rompakan tersebut.

7. Penggunaan kamera yang mempunyai resolusi tinggi mampu membuat pengimejan tepat terhadap objek yang ingin di ambil adalah penting untuk sesuatu operasi. Tidak salah juga digunakan untuk membanteras gejala ‘mat rempit’ kerana teknologi canggih ini mampu merakamkan ‘aksi-aksi’ mereka melalui udara di mana sahaja mereka berada. Kemudian tindakan susulan dapat dilaksanakan.

8. Dalam bidang pertanian juga ia dapat diaplikasikan dengan dapat membuat pengimejan daripada udara untuk mengenal pasti tapak pertanian yang sesuai. Malahan ia boleh membantu para petani memantau aktiviti pertanian mereka melalui udara. Kecanggihan teknologi ini dapat dinilai tambah melalui R & D yang mana satu hari nanti mungkin aktiviti pertanian boleh mendapat manafaat besar daripada kemajuan penyelidikan dan pembangunan teknologi UAV ini.

9. Ia juga dapat digunakan dalam pemantauan aktiviti pembakaran terbuka di mana ia boleh menyebabkan pencemaran alam seperti jerebu. Malahan penggunaanya dapat diperluaskan dalam penguatkuasaan alam sekitar terhadap kilang-kilang yang melakukan pembuangan sisa toksid ke udara dan sungai-sungai.

10. Dalam mencegah kemasukan pendatang asing melalui laut. UAV boleh bertindak dengan memantau kemasukan ini kerana teknologi yang mengesan haba manusia sudah pun lama digunakan. Oleh itu ia dapat membantu pihak maritim untuk bertindak pantas dalam membanteras aktiviti seperti penyeludupan dan kemasukan pendatang tanpa izin ke dalam negara.

11. Melihat kepada keperluan yang pelbagai daripada penggunaan untuk tujuan ketenteraan dan awam ini maka projek pembangunan ini perlu dipergiatkan lagi. Malahan remaja dan belia boleh meneroka untuk menghasilkan penyelidikan sendiri yang lebih berguna untuk kepentingan ummah daripada terjebak ke dalak aktiviti yang bertentangan agama dan nilai sosial.

12. Justeru itu pihak kerajaan boleh menyediakan geran-geran khusus kepada mereka yang berminat dalam aktiviti penyelidikan dan pembanguan UAV ini. Malahan aplikasi teknologi ini juga pada masa hadapan dapat digunakan dalam aktiviti penerokaan angkasa lepas yang lebih jauh lagi.

13. Manakala syarikat-syarikat swasta dan pihak perbankan bersedia untuk membantu usaha penyeldikan ini. Apa yang menjadi keperluan sekarang ialah suasana penyelidikan dan pembangunan di Malaysia wajar disemarakkan ke semua peringkat golongan. Sokongan kewangan dan kepakaran teknikal daripada pihak-pihak tertentu seperti geran kerajaan, perbankan, institusi pengajian tinggi perlu digabungkan dalam menjayakan projek pembangunan UAV ini.

14. Semoga dengan usaha yang awal ini akan menjadi titik tolak kepada perkembangan teknologi baru yang tercetus daripada inovasi teknologi ini. ‘ Seribu langkah itu bermula daripada langkah pertama’. Di harap ianya menjadi realiti pada masa hadapan.

TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...