Benarkah Tony Fernandes Letak Jawatan? Ini Jawapan Air Asia

Foto Sumber: The Star 

BISNES: AirAsia pada hari menolak dakwaan laporan mengatakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan dan CEO Bersama Kumpulan AirAsia X, Tan Sri Tony Fernandes akan meletak jawatan untuk menyertai sektor teknologi kewangan (fintech).

Syarikat penerbangan tersebut menerusi satu kenyataan hari ini, turut menggesa orang ramai dan pihak media untuk mengabaikan paparan skrin berita palsu stesen media CNN.

Berita itu bertajuk 'Tony Fernandes Leaves Air Asia, Jumps On Financial Tech' (Tony Fernandes Tinggalkan AirAsia, Sertai Teknologi Kewangan) yang tersebar di media sosial.

Menurut AirAsia, Fernandes sebaliknya kekal komited terhadap syarikat penerbangan itu dan akan terus memantau hala tuju strategik dan operasi perniagaan.

Sementara itu, Fernandes turut mengulas penyebaran berita palsu itu menerusi catatan Twitter terbaharunya.

"Sudah banyak kali saya menjadi bahan penipuan ini. Namun, inilah laporan palsu yang terbaik.

"Realitinya adalah masih terlalu jauh lagi sebelum saya dapat berundur daripada AirAsia dan AirAsia sendiri banyak melabur dalam FinTech (teknologi kewangan). 

Ada beberapa aset yang amat bernilai akan dimiliki tidak lama lagi," katanya. 

SUMBER: BERNAMA

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...