Gempa Bumi Sabah: Aktiviti Daki Gunung Kinabalu Digantung Sementara

Foto Sumber: MYNEWSHUB


INFO TRAVEL:  Aktiviti pendakian di Gunung Kinabalu digantung sementara susulan gempa bumi sederhana di Ranau pada 8 Mac yang menggegarkan Sabah pada kekuatan 5.2 skala richter, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun.

Dalam pada itu, seramai 130 pendaki Gunung Kinabalu yang berada di Laban Rata dibawa turun malam ini, susulan gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter berpusat di Ranau, jam 9.06 malam tadi (8 MAC).

BACA: Gempa Bumi 5.2 Skala Magnitud Gegar Sabah, Terkuat Selepas Jun 2015
KLIK: https://ezli007.blogspot.my/2018/03/gempa-bumi-52-skala-magnitud-gegar.html

Pengarah Taman-Taman Sabah, Dr Jamili Nais berkata, pihaknya sudah mengarahkan pasukannya untuk melaksanakan kerja menyelamat dan membawa turun semua pendaki terbabit.

Beliau berkata, pemeriksaan sedang dijalankan di Gunung Kinabalu bagi mengetahui kesan gegaran akibat gempa bumi.

Pengerusi Malim Gunung Kinabalu, Junaydie Sihan, ketika dihubungi berkata maklumat awal dari petugas di Gunung Kinabalu menyatakan keadaan semasa dilaporkan selamat.

"Semua pendaki telah diminta berkumpul di tempat selamat," katanya.

Malim Gunung, Richard Soibi, berkata pihaknya bersedia untuk membantu operasi menyelamat sekiranya berlaku kemalangan di Gunung Kinabalu akibat gempa bumi berkenaan.

"Semua bimbang apabila berlaku gegaran yang agak kuat tadi. Namun setakat ini belum ada maklumat berkaitan kemalangan membabitkan pendaki dan malim gunung.

"Kami semua menunggu berita dari gunung mengenai keadaan di sana," katanya.

Berdasarkan maklumat kakitangan Taman-Taman Sabah, pengosongan keemasan dijalankan di Laban Rata, berhampiran puncak Gunung Kinabalu sebagai langkah berjaga-jaga sejurus gempa bumi itu.

"Pendaki dan kakitangan Taman-Taman Sabah serta Sutera Sanctuary diminta supaya berkumpul berhampiran tapak pendaratan helikopter selepas gegaran," katanya.

Difahamkan, malim gunung bersama anggota Pasukan Bantuan Mencari Menyelamat di Gunung (MOSAR) sudah bersedia membawa semua pendaki turun ke kaki gunung secepat mungkin.

SUMBER: BH ONLINE

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...