COVID-19: Tangguh Dulu Rancangan Kerja Haji

Foto: Haramain Sharifain



RIYADH: Arab Saudi menggesa umat Islam untuk menangguhkan rancangan untuk menunaikan haji sehingga wabak COVID-19 dapat dikawal.

Menteri Haji dan Umrah, Mohammed Saleh Benten, berkata Arab Saudi bersedia menerima jemaah haji dan umrah namun dalam keadaan dunia berdepan wabak COVID-19, kerajaan mahu melindungi kesihatan umat Islam.

“Oleh itu, kita meminta umat Islam di semua negara untuk menunggu sebelum melakukan haji sehingga keadaannya jelas,” katanya kepada stesen televisyen Al-Ekhbariya di negara itu.

Selain menangguhkan haji dan umrah, Arab Saudi juga menghentikan semua penerbangan antarabangsa dan menyekat masuk dan serta keluar pergerakan ke beberapa bandar raya, termasuk Makkah dan Madinah.

Bulan lepas, Arab Saudi menghentikan kemasukan jemaah umrah untuk sepanjang tahun ekoran kebimbangan terhadap penularan COVID-19.

Kira-kira 2.5 juta jemaah haji dari seluruh dunia biasanya berkumpul di Makkah dan Madinah untuk ibadat yang dijadualkan bermula pada akhir bulan Julai.

SUMBER: AFP

Keputusan benar haji paling lewat Jun ini - PAPUH

KUALA LUMPUR: Keputusan berhubung status menunaikan haji dijangka akan dimuktamadkan selepas Aidilfitri atau Jun ini susulan penularan wabak COVID-19.

Pengerusi Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata berdasarkan maklum balas diterima pihaknya, keputusan dibuat kerajaan Arab Saudi sama ada menangguhkan haji atau sebaliknya belum dimuktamadkan sepenuhnya.

“Buat masa ini, kerajaan Arab Saudi hanya menasihatkan bakal jemaah supaya menangguhkan dahulu rancangan untuk menunaikan haji tahun ini dan ia bukan keputusan muktamad, ia sekadar nasihat.

“Bagaimanapun, kita perlu menunggu keputusan rasmi berhubung perkara itu selewat-lewatnya Jun ini kerana buat masa ini, semua penerbangan tidak dibenarkan ke sana sehingga Jun ini. Tetapi tempahan penerbangan untuk Julai dan seterusnya masih dibuka,” katanya ketika dihubungi BH hari ini.

Media antarabangsa melaporkan Arab Saudi menggesa umat Islam untuk menangguhkan rancangan menunaikan haji sehingga wabak COVID-19 dapat dikawal.

Menteri Haji dan Umrah, Mohammed Saleh Benten, berkata Arab Saudi bersedia menerima jemaah haji dan umrah namun dalam keadaan dunia berdepan wabak COVID-19, kerajaan mahu melindungi kesihatan umat Islam.

Mengulas lanjut, Razali berkata, sebarang keputusan kerajaan Arab Saudi wajar dipatuhi demi kepentingan dan melindungi kesihatan umat Islam.

“Kami akan berhubung kerajaan Malaysia dan konsulat Arab Saudi di sini bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung perkara ini.

“Menunaikan haji adalah tuntutan agama bagi mereka yang berkemampuan, tetapi jika dalam keadaan sebegini (penularan COVID-19), urusan itu ada baiknya ditangguhkan terlebih dahulu sehingga keadaan kembali pulih sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata, jika kerajaan Arab Saudi mengeluarkan arahan supaya haji ditangguhkan tahun ini, ia akan memberi kesan kepada hampir 40,000 jemaah Malaysia termasuk yang menggunakan perkhidmatan agensi swasta.

SUMBER: BH ONLINE

COVID-19: Saudi Arabia calls countries to wait before finalising Haj plans

KUALA LUMPUR, April 1 : Saudi Arabia Minister of Hajj and Umrah, Dr Muhammad Saleh bin Taher Banten has called upon countries around the world to wait before finalising their Haj plans this year until after the COVID-19 epidemic situation become clearer.

In an interview with the Al-Ikhbaria TV, the minister also said that those who have obtained Umrah visas but could not perform the religious act due to Saudi Arabia’s ongoing precautionary measures against COVID-19 will have their money refunded, Saudi Press Agency (SPA) reported today.

The minister also said that the Kingdom was also concerned with the safety of all pilgrims and visitors who were currently in health isolation hotels.

“We have coordinated with the Ministry of Health an inspection tour of hotels that were used for health isolation to ensure that all services and care are provided to Umrah performers in Makkah,” he said.

Saudi Arabia is currently providing care for 1,200 Umrah performers who could not return to their countries, he said.

As precautionary measures to control the spread of COVID-19 in the country, Saudi Arabia has introduced several measures including suspending all international flights to and from the country as well as temporarily suspending the Umrah pilgrimage.

According to Johns Hopkins University data, there have been over 1,500 COVID-19 in the country so far with 10 deaths recorded.


-- BERNAMA

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...