Tune Protect Group Bhd (Tune Protect) dan AirAsia Group Bhd (AirAsia) memperkenalkan Covid Travel Pass, pelan perlindungan insurans untuk pelancong, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Limited.
Bo Lingam dalam kenyataan media pada 17 November 2021/Raby berkata pelan Covid Travel Pass adalah lengkap dengan perlindungan COVID-19 yang dipertingkatkan untuk memenuhi syarat kerajaan Malaysia bagi pelancong antarabangsa yang datang ke Langkawi untuk mempunyai perlindungan insurans mandatori sebanyak AS$80,000 manakala untuk Thailand, perlindungan mandatori yang diperlukan adalah sebanyak AS$50,000.
Beliau berkata, buat ketika ini pelan perlindungan itu dimulakan di Langkawi serta beberapa destinasi di Thailand sebelum diperluaskan ke destinasi lain seluruh dunia.
Katanya, penumpang AirAsia ke Langkawi dan beberapa destinasi di Thailand boleh melanggan Covid Travel Pass ketika menempah tiket penerbangan melalui airasia Super App, selain pilihan langganan selepas pembelian tiket penerbangan sebelum berlepas.
Berikut adalah kenyataan media penuh:
Tune Protect dan AirAsia menerajui pelancaran perlindungan perjalanan bagi memenuhi perlindungan mandatori pelancong asing ke Langkawi dan Thailand
KUALA LUMPUR, 17 November 2021 - Tune Protect dan AirAsia menjadi pendahulu industri pada hari ini dengan pelancaran Covid Travel Pass sebagai kemudahan tambahan untuk pelancong penerbangan bagi memenuhi syarat perlindungan insurans mandatori yang telah ditetapkan oleh kerajaan kepada pelancong antarabangsa lengkap vaksin.
Bermula dengan Langkawi, Malaysia dan pelbagai destinasi pelancongan di Thailand, tawaran ini akan diperluaskan ke negara dan destinasi lain pada masa akan datang.
Kini, tetamu AirAsia ke Langkawi, Malaysia dan pelbagai destinasi di Thailand boleh melanggan Covid Travel Pass semasa menempah tiket penerbangan di airasia Super App, selain pilihan langganan selepas pembelian tiket penerbangan sebelum pelancong berlepas.
Pelancaran pelan Covid Travel Pass adalah tepat pada masanya kerana ia memenuhi keperluan pelancongan hujung tahun para tetamu AirAsia yang tidak sabar untuk pergi bercuti dan jangkaan pembukaan sempadan serantau dan antarabangsa.
Pelan Covid Travel Pass adalah lengkap dengan perlindungan COVID-19 yang dipertingkatkan untuk memenuhi syarat kerajaan Malaysia bagi pelancong antarabangsa yang datang ke Langkawi untuk mempunyai perlindungan insurans mandatori sebanyak AS$80,000 manakala untuk Thailand, perlindungan mandatori yang diperlukan adalah sebanyak AS$50,000.
“Selaras dengan pembukaan sempadan antarabangsa Malaysia dan Thailand, AirAsia bersedia untuk memenuhi peningkatan permintaan pelancongan terutamanya menjelang akhir tahun, waktu kemuncak pelancongan.
Dengan protokol baharu dalam sektor pelancongan, kami ingin meyakinkan para tetamu bahawa kami bersedia untuk mengalu-alukan mereka dengan produk perlindungan perjalanan yang tepat, disediakan oleh Tune Protect, selain mematuhi protokol yang tegas bagi memastikan keselamatan tetamu kami sepanjang penerbangan supaya mereka boleh menikmati ketenangan fikiran sepenuhnya,” kata Bo Lingam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, AirAsia Aviation Limited.
AirAsia telah memanfaatkan tempoh sekatan perjalanan selama setahun setangah yang lalu untuk menaik taraf dan memperbaharui prosedur penerbangannya demi keselamatan dan kesejahteraan para tetamu dan kakitangannya.
AirAsia hanya akan menerima tetamu yang telah divaksin sepenuhnya dalam penerbangannya, dan memastikan semua penerbangan dikendalikan oleh juruterbang dan kru kabin yang telah divaksin sepenuhnya. Begitu juga dengan kakitangan operasi dan pengendali bagasi di terminal.
Walaupun AirAsia hanya menyediakan perkhidmatan terhad selama 18 bulan yang lalu, semua pesawat AirAsia diselenggara sepenuhnya mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak pengeluar pesawat.
AirAsia juga telah menubuhkan unit penyelenggaraan, pembaikan dan operasi (MRO) dalaman iaitu Asia Digital Engineering yang mampu menyelenggara bukan sahaja pesawat AirAsia tetapi juga pesawat dari syarikat penerbangan lain.
Selain itu, semua juruterbang dan kru kabinnya juga diberikan latihan dan kursus penyegaran agar mereka sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan terbaik.
“Kami teruja untuk kesemua para tetamu AirAsia yang bakal bercuti. Covid Travel Pass memenuhi keperluan di kedua-dua buah negara bagi memastikan para pelancong lebih bersedia dan dilindungi sepanjang percutian, sekaligus dapat menikmatinya tanpa kerisauan.
Para tetamu boleh membeli Covid Travel Pass sewaktu membuat tempahan penerbangan AirAsia melalui platform tempahan penerbangan airasia Super App dengan sangat mudah,” kata Rohit Nambiar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tune Protect.
Bagi tetamu antarabangsa AirAsia yang akan ke Langkawi, Malaysia, Covid Travel Pass menyediakan perlindungan sehingga RM350,000 meliputi kos perubatan dan kemasukan ke hospital akibat kemalangan dan penyakit termasuk jangkitan COVID-19, serta elaun kuarantin sebanyak RM150 sehari. Premium bermula dari serendah RM170 setiap tetamu bagi setiap perjalanan.
Bagi tetamu AirAsia ke Thailand, Covid Travel Pass menyediakan perbelanjaan perubatan akibat kemalangan dan penyakit akibat COVID-19 sehingga THB1.8 juta.
Covid Travel Pass boleh didapati melalui airasia Super App dan tidak lama lagi akan juga disediakan kepada pelanggan lain melalui laman web Tune Protect.
Pelancong yang telah membeli penerbangan AirAsia sebelum 1 November 2021 akan dimaklumkan melalui mesej notifikasi automatik untuk menambah perlindungan insurans yang diperlukan dengan pilihan langganan selepas pembelian penerbangan yang berkaitan.
Faedah sedia ada lain Covid Travel Pass termasuk kemalangan peribadi, kesulitan perjalanan seperti pemendekkan perjalanan, kelewatan penerbangan, kehilangan atau kerosakan pada bagasi yang didaftar masuk, kelewatan bagasi semasa ketibaan; faedah kesulitan darat akibat ragut, pemindahan perubatan kecemasan dan perkhidmatan bantuan perjalanan 24 jam.
Pada bulan Febuari yang lalu, Tune Protect turut menambahbaik Perlindungan Perjalanan AirAsia Tune Protect untuk pengembara dari Malaysia yang memasuki Singapura meliputi perlindungan kos perubatan dan kemasukan ke hospital akibat COVID-19 sebanyak RM100,000 bagi memenuhi keperluan perlindungan insurans mandatori sebanyak SGD30,000 oleh kerajaan Singapura.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Tune Protect Covid Travel Pass, sila layari laman web rasmi di https://www.tuneprotect.com/airasia (bermula 19 November 2021).
***
Mengenai Tune Protect Group Berhad
Tune Protect Group Berhad (Tune Protect or the Group) is a financial holding company listed on the main market of Bursa Malaysia. Aspiring to be an ASEAN-based lifestyle insurer that everyone loves, Tune Protect aims to simplify consumer experience with best-in-class products and technology that complement their lifestyle needs.
With its tagline “Insurance Simplified”, Tune Protect offers an array of affordable protection plans to suit individual, SME and corporate needs via its insurance, reinsurance and marketing arms in Malaysia, Thailand and the United Arab Emirates. Tune Protect has established a strong foothold in the travel, lifestyle, health and digital insurance space globally with presence across more than 60 countries through strategic partnerships with local underwriters in these markets.
For more information on Tune Protect, visit their website at https://www.tuneprotect.com