Posts

Showing posts from October 2, 2012

Gempar Fenomena Matahari Halo Di Lembah Klang..Petanda ?

Image
(Gambar ini diambil oleh Mohd Ezli di Sekinchan,Selangor pada jam antara 1 tengahari sehingga 2 petang)

Oleh : Mohd Ezli Mashut


SEKINCHAN,SELANGOR-2 OKTOBER : Penduduk di Lembah Klang dan kawasan sekitarnya gempar dengan kejadian Fenomena Halo Matahari yang disifatkan jarang-jarang berlaku.
Fenomena itu berlaku apabila Matahari kelihatan di kelilingi Pelangi mula kelihatan kira-kira jam 1 tengahari sehingga Jam 2.30 petang.
Ia berlaku disebabkan suhu udara di atas amat sejuk sehingga menyebabkan titisan air sedang membeku dan menjadi kristal dan berlaku pembiasan cahaya Matahari dan pecah membentuk lingkaran pelangi.
Beberapa pengguna Facebook mengambil kesempatan memuat naik gambar fenomena itu ke media sosial.

Sebelum ini kejadian sama berlaku di Alor Setar pada 12 April 2012 lepas.

Merujuk kepada beberapa laporan laman sesawang sebelum ini,kejadian itu merupakan 'petanda' akan berlaku perubahan cuaca mendadak seperti ribut dan puting beliung dalam tempoh 48 jam.


Dalam amalan pemerh…