AirAsia Dinobat Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia Kali Keenam Berturut

    Foto : AirAsia Newsroom    


PENERBANGAN | AirAsia dinamakan sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terbaik Asia buat kali keenam berturut-turut dan kru kabin penerbangan tambang rendah terbaik kali ketujuh berturut-turut pada World Travel Awards 2022 ke-29.


AirAsia muncul pemenang dalam kategori berkenaan selepas mendapat undian terbanyak daripada peserta industri, pengguna, media dan profesional perjalanan dari seluruh rantau ini.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group Limited berkata memenangi syarikat penerbangan tambang rendah terbaik Asia dan kru kabin penerbangan tambang rendah terbaik sekali lagi adalah pencapaian besar untyk AirAsia ketika syarikat penerbangan itu meneruskan semula operasi di semua pasaran utama.


"Beberapa tahun kebelakangan ini amat mencabar dan kami berbesar hati untuk menerima pengiktirafan ini yang akan memberikan motivasi untuk berusaha lebih gigih. Pekerja dan kakitangan adalah teras kepada segala-gala yang kami lakukan dan terima kasih diberikan kepada mereka atas kemenangan ini.



"Usaha dan dedikasi berterusan untuk menjadi yang terbaik serta kembali dengan lebih mantap telah membuahkan hasil dan kami bersedia merancakkan industri sekali lagi. Kami berterima kasih kepada World Travel Awards, tetamu yang setia selain rakan industri dan pihak berkepentingan di atas sokongan serta penghargaan berterusan," kata Bo Lingam dalam kenyataan media pada 8 September 2022.


Ketua Kru Kabin Kumpulan AirAsia berkata kemenangan itu adalah amat bermakna kepada pasukan kru kabin yang bekerja keras mengekalkan standard tinggi dan memastikan tetamu menikmati pengalaman perjalanan yang lancar setiap kali.


"Mengharungi cabaran yang dibawa oleh pandemik bukanlah satu tugas mudah dan kami tidak dapat melakukannya tanpa pasukan. Mengutamakan tetamu adalah nilai yang disuntik dalam semua Allstars dan pengiktirafan ini mengukuhkannya lagi.


"Kami tidak sabar untuk menyambut lebih ramai tetamu tidak lama lagi apabila operasi meningkat secara berperingkat," kata Suhaila Hassan.


Ditubuhkan pada 1993, World Travel Awards, diperakui sebagai salah satu program anugerah paling berprestif, komprehensif dan dikehendaki yang mengiktiraf kecemerlangan merentasi sektor perjalanan, pelancongan dan hospitaliti.


Berikut Adalah Kenyataan Media Penuh:



SEPANG, 8 September 2022 - AirAsia telah dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Asia untuk tahun keenam berturut-turut dan Kru Kabin Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Asia untuk tahun ketujuh berturut-turut di World Travel Awards ke-29 pada tahun ini.


AirAsia meraih kemenangan dalam kategori ini berikutan undian daripada para pemain industri, pengguna, media dan pakar pelancongan profesional dari seluruh rantau ini.


Bo Lingam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group Limited berkata: “Kami berbangga untuk menerima anugerah ini sekali lagi bagi seluruh warga AirAsia terutamanya apabila kami kembali beroperasi di beberapa pasaran utama. 


Kami telah melalui beberapa tahun yang amat mencabar dan anugerah ini menjadi pembakar semangat untuk kami terus maju ke hadapan. Para kakitangan dan tetamu adalah keutamaan kami, dan kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka untuk pengiktirafan ini.


“Usaha serta dedikasi berterusan kami untuk menjadi yang terbaik dan untuk kembali dengan lebih kuat telah membuahkan hasil dan kami bersedia untuk kembali terbang tinggi. 


Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak World Travel Awards, para tetamu, rakan kongsi industri dan pihak berkepentingan atas sokongan dan pengiktirafan mereka.”


Suhaila Hassan, Ketua Kru Kabin Kumpulan AirAsia menambah: “Pengiktirafan ini amat bermakna buat pasukan kru kabin kami yang telah bekerja keras untuk mengekalkan perkhidmatan dengan standard tertinggi dan memastikan para tetamu dapat menikmati pengalaman penerbangan yang selamat dan lancar. 


Segala cabaran yang telah kami lalui berikutan pandemik tidak mungkin dapat diatasi tanpa pasukan kami. 


Pengiktirafan ini akan mengukuhkan lagi nilai yang diterapkan dalam kalangan Allstars (kakitangan AirAsia) iaitu untuk sentiasa mengutamakan tetamu kami. 


Kami tidak sabar untuk menyambut lebih ramai tetamu dalam penerbangan kami tidak lama lagi sejajar dengan penambahan operasi. Kami akan kembali terbang tinggi!”


Graham E. Cooke, Founder, World Travel Awards, said: “Our heartiest congratulations to AirAsia for bagging the ‘Asia’s Leading Low-Cost Airline 2022’ and ‘Asia’s Leading Low-Cost Airline Cabin Crew 2022’ awards for the sixth and seventh consecutive year. 


AirAsia takes home the win each year thanks to its unwavering spirits and diligent efforts to uphold its stance as a ‘guest-obsessed’ which makes this award a well-deserved one.”


Graham E. Cooke, Pengasas World Travel Awards berkata: ”Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada AirAsia atas pengiktirafan sebagai ‘Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Asia’ dan ‘Kru Kabin Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Asia’ bagi tahun 2022 untuk kali keenam dan ketujuh berturut-turut. 


AirAsia telah berjaya membawa pulang anugerah ini hampir setiap tahun kerana semangat dan usaha berterusan mereka dalam mengutamakan para tetamu, menjadikan kemenangan ini amat bermakna.”


AirAsia juga telah dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Dengan Tambang Berpatutan di World Business Outlook Awards 2022 dan juga sebagai Kru Kabin Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Malaysia di International Business Magazine Awards 2022.


Ditubuhkan pada tahun 1993, World Travel Awards salah satu program anugerah paling berprestij di dalam industri pelancongan global yang mengiktiraf dan meraikan kecemerlangan di seluruh sektor utama industri perjalanan, pelancongan dan hospitaliti.


Untuk maklumat terkini mengenai AirAsia, termasuk aktiviti dan promosi, ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/airasia) dan Instagram (instagram.com/flyairasia). 


Untuk pengalaman yang lebih lancar dan dipertingkatkan, muat turun aplikasi airasia Super App di Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei App Gallery.


TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...