Airbnb Lancar Lebih 40 Destinasi & Pengalaman Menarik Di Malaysia

Foto Sumber: LinkedIn

TRAVEL: Kewujudan perkhidmatan Airbnb memberikan satu lagi kemudahan kepada pengguna bagi menikmati dan merasai pengalaman menarik dan unik di destinasi pelancongan menjadi pilihan.

Dalam perkembangan terbaharu, syarikat hospitaliti berasaskan komuniti terkemuka dunia Airbnb itu melancarkan lebih daripada 40 destinasi yang menawarkan pengalaman menarik kepada pelanggan mereka di Kuala Lumpur.

Airbnb merupakan salah satu perkhidmatan yang popular digunakan oleh ramai pelancong untuk mendapatkan tempat tinggal sementara pada harga yang lebih berpatutan berbanding dengan hotel dan sebagainya.

Menurut syarikat itu, Malaysia adalah salah satu daripada pasaran Airbnb paling cepat berkembang di Asia, dengan sewa melonjak 137 peratus pada 2017.

Populariti Malaysia Jadi Tarikan Airbnb Mengorak Langkah

Berikutan peningkatan populariti Malaysia sebagai sebuah destinasi global, bandar raya Kuala Lumpur kini menjadi destinasi terbaharu dalam kalangan  60 destinasi lain di dunia yang menjadi pilihan buat Airbnb mengorak langkah.

Pengarah Jabatan Perjalanan bagi Asia Tenggara dan India Airbnb, Sriram Vaidhya berkata, selain melangkaui khidmat perkongsian penginapan, Airbnb kini turut menawarkan lawatan dan aktiviti seperti warga tempatan bagi memastikan pengunjungnya dapat menjelajahi tempat dan lokasi yang sukar diterokai.

'Pengalaman' Airbnb merupakan aktiviti tempatan yang direka dan diterajui oleh pakar tempatan berpengalaman yang berkongsi sudut pandangan tempatan mengenai bandar mereka bersama pengembara.

"Antara Pengalaman yang ditawarkan termasuk sehari dalam kehidupan pelukis batik, pelajari cara mencipta karya asli, lari daripada kesibukan dunia moden dan jelajahi hutan dengan air terjun tersembunyi atau pelajari tentang menoreh getah di salah sebuah ladang getah terakhir di bandar raya ini," katanya.

Menurutnya, pengalaman di Kuala Lumpur bukan sahaja memudahkan usahawan Malaysia untuk berkongsi minat dan hobi mereka bersama orang ramai dari seluruh dunia, malah platform ini juga menyaksikan warga tempatan memanfaatkannya untuk menyumbang kembali kepada komuniti menerusi Pengalaman Impak Sosial.

"Pengalaman Impak Sosial Airbnb memberi peluang kepada usahawan tempatan berkongsi lebih mendalam mengenai perjuangan mereka. Airbnb tidak mengambil sebarang bayaran, dan 100% daripada dana yang dikumpul daripada tetamu disalurkan kepada organisasi kebajikan yang dipilih oleh hos tempatan.

"Antara inisiatif yang terlibat termasuk 'Dapur Jalanan', sebuah organisasi sukarela yang menawarkan makanan percuma kepada gelandangan serta sesi mendalam bersama komuniti kurang upaya," katanya.

Pelancaran Airbnb di Kuala Lumpur

Pelancaran Pengalaman Airbnb di Kuala Lumpur ini turut mensasarkan untuk mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai salah sebuah destinasi percutian yang terkemuka di dunia, sekaligus membolehkan pengembara untuk menerokai sisi bandar ini yang berbeza dan tinggal seperti warga tempatan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pengalaman Airbnb, lawati www.airbnb.com/experiences. -

Airbnb Akur Bekerjasama Dengan Malaysia Pelaksanaan Cukai

Airbnb Inc bersetuju untuk bekerjasama dengan kerajaan Malaysia bagi dikenakan cukai, dengan usaha awal ditumpukan kepada cukai pelancongan.

Bloomberg Tax melaporkan syarikat sewaan bilik hotel dalam talian yang berpangkalan di San Francisco itu sedang dalam rangka memuktamadkan perjanjian dengan kerajaan Malaysia, yang mana dikenakan cukai pelancongan baharu sebanyak RM10 semalam kepada ahli Airbnb yang menyewa lima bilik atau lebih.

Cukai pelancongan itu juga menandakan permulaan kepada pelaksanaan rejim cukai barang dan perkhidmatan (GST).

"Pertemuan kami dengan pihak berkuasa Malaysia menghasilkan perbualan yang bermakna dan produktif, "kata Ketua Dasar Awam Airbnb untuk Asia Tenggara, Mich Goh.

"Kami mahu membantu hos kami untuk mengikuti peraturan dan kami sedang memberitahu mereka dengan aktif mengenai semua peraturan baharu ini," katanya.

SUMBER:
1. BLOOMBERG
2. BERITA HARIAN

INSPIRASI: Kisah Disebalik Konsert DIDI & FRIENDS, Hasilnya Menakjubkan


Foto Sumber: Red BOX


PENCAPAIAN menakjubkan dan kisah pengorbanan krew di sebalik pembikinan konsert Hora Horey Didi & Friends yang diluahkan pengarahnya dalam laman sosial media Facebook pada 21 Mac memang menyentuh perasaan dan membangkitkan inspirasi.

Namun apa hasilnya? memang menakjubkan..malahan konsep di bawa memang mesra kanak-kanak untuk membuatkan mereka semua ceria dan gembira.

Dalam perkembangan terbaharu, Konsert Hora Horey Didi & Friends melakar sejarah apabila berjaya mencatatkan kutipan melebihi RM1.4 juta sekaligus menjadikan ia rekod pecah panggung selepas 10 hari ditayangkan di pawagam terpilih seluruh negara.

Konsert animasi pertama di layar perak itu juga disenaraikan sebagai salah sebuah filem di bawah kategori ‘Top 5’ paling laris semasa dua hari pertama tayangan.

Watak Didi, Nana, Jojo dan beberapa lagi karakter lain dalam siri animasi Didi & Friends sememangnya berjaya menarik penonton khususnya golongan kanak-kanak.

Bukan sekadar itu, siri animasi yang menyampaikan jalan cerita dengan diselitkan dendangan lagu oleh kesemua watak itu sememangnya antara daya penarik utama golongan itu untuk terus menontonnya.

Maka, tidak hairanlah siri animasi popular itu mendapat tontonan melebihi 1 bilion di Youtube selain menjadikan ia sebagai siri animasi nombor satu di Astro Ceria.

Sebelum itu jom kita baca luahan hati Pengarahnya:

LUAHAN HATI DIRECTOR KONSERT HORA HOREY DIDI & FRIENDS

Ramai yang tidak tahu team Digital Durian tak tidur malam (bermalam-malam) untuk siapkan Konsert Hora Horey ni.

Ramai yang tidak tahu kami terpaksa tinggalkan anak-anak kami sampai awal pagi untuk membahagiakan anak-anak orang lain.

Ramai yang tidak tahu betapa susahnya proses membuat animasi yang terbaik untuk menghiburkan peminat-peminat Didi & Friends.

Lebih setahun, team Digital Durian (seramai 70 orang) membanting tulang untuk merealisasikan impian kami untuk buat lagu baru dan konsert di pawagam.. Khas untuk peminat.

Kenapa kami buat semua ni?
Untuk bagi peminat happy.


Foto Sumber: FACEBOOK DIDI & FRIEND 

Ramai yang tak tahu, betapa susahnya nak yakinkan pawagam yang ramai orang akan tengok Konsert Hora Horey.

Ramai yang tak tahu, berapa kali idea Konsert Hora Horey ini mendapat tentangan.

Ramai yang tidak tahu, apa yang kami lalui untuk jadikan Konsert Hora Horey satu realiti....

Sekarang pukul 11.17 malam.. anak saya yang tengah demam sedang tidur lena di atas dada saya.. kepala saya pun tengah berdenyut-denyut sakit kepala.. tetapi saya masih mengarang sekarang.

20 Mac 2018.

Hari ni genap 10 hari selepas pelancaran pertama Konsert Hora Horey Didi & Friends di pawagam.

Apakah perasaan saya? Apakah perasaan kami?

Tercapaikah target kami untuk bagi peminat happy?

.....
.....
.....

Alhamdulillah.

Respon yang sangat-sangat positif daripada peminat.

Terlalu banyak gambar dan feedback yang best dan menyentuh hati kami.

Ada ibu bapa yang cakap terima kasih banyak-banyak sebab bagi anak happy #anakhappymakhappy

Ada yang cakap terima kasih sebab menyediakan pengalaman keluarga yang unik dan momen yang memorable.

Ada yang cakap dah repeat 2 kali.. ada yang dah repeat 3 kali... Wow!
.
Dan.... Ada yang menyebabkan kami tersentuh sehingga mengalir air mata...

Ini komen daripada Puan Aishah Binti Misran di salah satu post di FB Didi & Friends.
"Alhamdulillah, Atikah Humaira baru habis 9 bulan
sesi kimoterapi kansernya di HKL 2 minggu lepas..
Kami raikannya dengan bawa dia dengan abang
dan kakaknya menonton #KonsertHoraHorey di
Aeon AU2 <3 abang="" dah="" dan="" font="" kakak="" menari="" selamat="">
melompat kat depan skrin.. Atikah berjoget-joget kat
seat.. Tak lama lepas tu dia pun join abang dan kakak
dia kat bawah.. Terkedek kedek dia baru pandai
berjalan dah nak menari.."

.... Tidak terkata... Air mata saya mula berlinangan pada ketika ini...

Ya... Memang kami nak bagi peminat happy.. tapi kami tak sangka ada peminat yang kurang bernasib baik dan terpaksa hadapi dugaan yang besar.

Kami tak sangka kami dapat memberi momen dan kebahagiaan kepada seorang anak kecil yang sedang bertarung dengan cancer... untuk memberi kebahagiaan kepada si ibu yang melihat cahaya matanya berdiri, berjalan dan menari...

Alhamdulillah. Semoga adik Atikah Humaira terus kuat dan sembuh sepenuhnya InshaAllah.

... Tidak terkata... Segala usaha penat lelah kami .. tak tidur malam.. tidur di studio dan terpaksa berjauhan dari keluarga dan anak-anak...

Semuanya rasa berbaloi...
Semuanya rasa berbaloi bila kami dapat feedback positif dari peminat.. 
Semuanya rasa berbaloi bila kami dapat tahu kami bagi peminat happy.

Terima kasih kepada semua peminat yang dah pergi tengok Konsert Hora Horey Didi & Friends.

Sebelum saya habiskan post ini. Saya ada satu permintaan kepada peminat-peminat Didi & Friends.

Please spread the word.

Share atau komen post ini.
Upload gambar dan post pengalaman #konserthorahorey anda di FB atau Insta.
Warwarkan mengenai Konsert Hora Horey kepada kenalan dan keluarga.
Jom sama-sama kita bagi lebih ramai kanak-kanak dan keluarga happy.

Tanpa sokongan peminat-peminat.. Tiadalah Didi & Friends.

Dengan sokongan padu peminat... InshaAllah kami akan boleh terus berkarya dan buat lebih banyak lagu dan episod baru di masa hadapan. Maybe movie atau konsert 2 pula? InshaAllah.

Jom support animasi tempatan. 
Jom support Didi & Friends. 
Jom tengok Konsert Hora Horey di pawagam sekarang.

Kenapa kami buat semua ni?
Untuk bagi peminat happy.

Director.
12.14am
21 Mac 2018


Konsert Hora Horey Didi & Friends catat rekod tersendiri.

KUALA LUMPUR 20 Mac - Konsert Hora Horey Didi & Friends melakar sejarah apabila berjaya mencatatkan kutipan melebihi RM1.4 juta sekaligus menjadikan ia rekod pecah panggung selepas 10 hari ditayangkan di pawagam terpilih seluruh negara.

Konsert animasi pertama di layar perak itu juga disenaraikan sebagai salah sebuah filem di bawah kategori ‘Top 5’ paling laris semasa dua hari pertama tayangan.

Malah filem itu turut ditayangkan sebaris dengan filem-filem pecah pangung lain antaranya Tomb Raider, KL Special Force, Black Panther dan A Wrinkle in Time.
 

Terdahulu, Konsert Hora Horey Didi & Friends membuka tirai pada 10 Mac lalu dengan 34 buah pawagam TGV Cinemas di seluruh negara, termasuk di The Mall, Brunei.

Minggu kedua penayangan ‘Konsert Hora Horey Didi & Friends’ menyaksikan pertambahan 27 lagi pawagam termasuk GSC, MM Cineplex dan MM2, menjadikannya sebanyak 61 buah pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei.


Konsert Hora Horey Didi & Friends ditayangkan di 34 TGV Cinemas Family Friendly dan pawagam-pawagam lain.

Kami ada baca beberapa 'comments' ibu bapa risau bawa anak ke pawagam sebab anak tak nak duduk diam, anak akan menangis, anak akan buat bising dan sebagainya.

Tapi di pawagam Family Friendly, ibu bapa tak perlu risau sebab anak anda boleh menonton Konsert Hora Horey sambil menari dan menyanyi.


Foto Sumber: Hye Bro

Apa sebenarnya pawagam Family Friendly ni? 

- Ibu bapa boleh bawa anak-anak kecil 
- Cahaya skrin yang kurang terang
- Sistem audio yang perlahan 
- Kanak-kanak dibenarkan berjalan dan buat kawan baru di dalam pawagam
- Anak-anak boleh berjalan, menari dan menyanyi dengan rakan-rakan dalam pawagam
- Kanak-kanak di bawah umur 3 tahun adalah percuma (kena duduk di pangkuan ibu bapa/ penjaga)
- Ada tempat tukar lampin
- Ada tempat letak 'strollers' anak-anak

Ibu bapa/penjaga tak perlu risau kalau anak-anak buat bising di pawagam Family Friendly sebab di sini anak-anak boleh buat bising, menari, menyanyi, berjalan dan buat kawan baru. Seronok kan?

Jom jadikan Konsert Hora Horey Didi & Friends pengalaman pertama untuk anak-anak anda ke pawagam.

Jom tengok wayang!

Hora Horey! #KonsertHoraHorey

Bagaimana Dapat Idea?

Pengasas yang juga Pengarahnya, Sinan Ismail berkongsi serba sedikit mengenai idea untuk menghasilkan filem Konsert Hora Horey Didi & Friends tersebut.

“Pada tahun lalu, saya hadir ke satu pratonton Cerita-cerita Didi & Friends di pawagam. Pada waktu itu saya duduk di hadapan sekali. Saya lihat ramai kanak-kanak menari dan menyanyi di bahagian depan skrin dan mereka sangat gembira.

“Daripada situ, kita rasa kita harus kembangkan lagi pengalaman ini. Jadikan ia seperti sebuah konsert supaya mereka bebas menari dan menyanyi,” ujarnya yang mengambil masa kira-kira setahun untuk menyiapkan buah tangan baharu itu.

Apa yang menarik lagi mengenai filem yang berdurasi selama 80 minit itu, ia turut menampilkan dua penyanyi terkenal negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Tomok.

Dalam filem berkenaan, Siti akan dizahirkan dalam bentuk karakter animasi tiga dimensi (3D) dikenali dengan panggilan Mak Iti dan akan mendendangkan lagu bertajuk Oh Nana.

Sementara itu, Tomok pula satu-satunya karakter yang bukan animasi yang ada dalam konsert berkenaan. Tomok pula akan mempersembahkan lagu berjudul Tayar Bas.

Ketika ditanya mengenai penerimaan Tomok apabila ditawarkan untuk turut serta dalam filem Konsert Hora Horey Didi & Friends itu, penyanyi itu meluahkan rasa terujanya.

“Apabila mendapat tawaran ini daripada pihak Digital Durian, saya rasa ia adalah satu peluang yang sangat besar.

“Meskipun ia adalah satu naskhah yang melibatkan kanak-kanak tetapi saya tiada masalah kerana sejak dulu saya dan anak sendiri, Arrian suka menonton Didi & Friends,”jelasnya.



SUMBER:

1. Facebook Didi & Friends
2. UTUSAN
3. KOSMO

TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...