Lembah Klang Alami Cuaca Sejuk 'Luar Biasa' ?


Screenshoot: Weather Underground Aps


OLEH: MOHD EZLI MASHUT

CUACA: Bagaikan berada di kawasan tinggi dan sejuk, begitulah situasi dialami di beberapa kawasan di Malaysia ketika ini 12 Januari 2018.

Lembah Klang mengalami cuaca sejuk apabila paparan aplikasi cuaca www.accuweather.com mencatatkan suhu turun pada sekitar 22 darjah Celsius pada 12 Januari 2018.

Pada paparan Aplikasi cuaca itu menunjukkan Sekinchan Selangor mencatat suhu pada 21 darjah celsius pada jam 4.00 pagi antara terendah pernah dirasai.

Sebelum ini dilaporkan cuaca dunia dalam keadaan luar jangka apabila Amerika Syarikat dan beberapa negara mencatat suhu sehingga -50 darjah Celsius.

Manakala di Australia suhu panas sehingga ada menyebabkan jalan 'cair' dengan suhu panas mencecah sehingga 47 darjah celsius.

Dilaporkan juga Gurun Sahara yang terkenal dengan cuaca panas ekstrem turut memperlihatkan suasana 'aneh' apabila salji turun di sebuah kawasan padang pasir itu pada 9 Januari 2018 dalam kejadian kedua dalam tempoh 40 tahun.

Berikut adalah gambar keadaan kanak-kanak bermain salji di gurun Sahara di Aie Sefra Algeria yang dirakamkan juru gambar Hamouda Ben Jerad  and Sekkouri Kamel di Laman Portal Berita METRO.CO.UK pada 11 Januari 2018.


Local children took full advantage of the bizarre weather (Picture: Hamouda Ben Jerad)
As much as 40cm of snow fell on the world’s hottest desert (Picture: Sekkouri Kamel/Shutterstock)



One local boy doesn’t even need a sledge to have fun (Pictures: Hamouda Ben Jerad)


It would have been the first time these children got to play in the snow at home (Picture: Hamouda Ben Jerad)


|Adakah ini bermakna Malaysia dilanda cuaca sejuk yang melampau?

Dalam pada itu, Astro Awani melaporkan Ketua Pengarah Jabatan Kaji Cuaca Malaysia, Alui Bahari, cuaca di sebelah utara  Semenanjung Malaysia memang agak sejuk memandangkan berlakunya hujan berterusan sejak Khamis.

Beliau menjangkakan cuaca mungkin boleh mencecah 20 darjah Celsius pada waktu subuh pada Jumaat (12 Januari), namun akan kembali kepada suhu biasa keesokan harinya.


Sumber: MET MALAYSIA

Sumber: MET MALAYSIA

SUMBER: MET MALAYSIA

Tambah Alui, penurunan suhu hingga ke 20 darjah Celsius bukan sesuatu yang luar biasa.

Malah, jelas beliau, cuaca pernah mencecah 15.7 darjah Celsius pada beberapa tahun yang lepas.

"Pernah berlaku beberapa tahun lalu di Perlis, Kedah dan Kuala Krai, Kelantan di mana suhu menurun kepada 18 darjah Celsius disebabkan oleh tiupan angin dari utara.

"Lazimnya, ia berlaku pada bulan Januari dan bulan Februari di mana angin Timur Laut bertiup," kata beliau lagi.

Berikut merupakan suhu kawasan yang pernah mencatatkan suhu terendah pada 2014:

3 Februari 2014
Kota Bharu, Kelantan: 17.8°C
Gong Kedak, Terengganu: 17.6°C
Kuala Krai, Kelantan: 15.7°C

4 Februari 2014
Chuping, Perlis: 16.1°C
Butterworth, P. Pinang: 19.0°C
Kuala Kangsar, Perak: 17.2°C

TERKINI

TIPS Strategi Media Untuk Bisnes Dan Syarikat Yang Perlu Diberi Perhatian

OLEH: MOHD EZLI MASHUT 1. Pendekatan media untuk syarikat dan bisnes perlu ditambah baik daripada semasa ke semasa khususnya aspek strateg...