PENTAGON Biayai Program Rahsia Siasat UFO




MISTERI KONSPIRASI: Jabatan Pertahanan Amerika Syarika PENTAGON mengakui membiayai program rahsia bernilai AS$22 juta (RM89.8 juta) untuk menyiasat kewujudan Unidentified Flying Object (UFO).

Menurut Jabatan Pertahanan, program itu bagaimanapun telah berakhir pada 2012 namun akhbar New York Times melaporkan ia masih berjalan.

“Program itu dihentikan bagi memberikan keutamaan kepada pembiayaan lain dan adalah atas kepentingan Jabatan Pertahanan untuk membuat perubahan.

“Kami mengambil kira semua bentuk ancaman dan potensi ancaman kepada rakyat, aset serta misi selain mengambil tindakan sekiranya terdapat maklumat yang boleh dipercayai,” kata Jabatan Pertahanan dalam satu kenyataan dikeluarkan, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

Para pegawai Pentagon dikatakan masih menyiasat kejadian UFO selepas menerima laporan daripada anggota tentera AS.

Tambah laporan New York Times, program dikenali sebagai Advanced Aviation Threat Identification itu dijalankan dari 2007 hingga 2012.

Program terbabit dikatakan meneliti dokumen memperlihatkan UFO yang bergerak pantas tanpa sebarang kesan dan video pertemuan objek tersebut dengan pesawat ketenteraan Amerika Syarikat (AS).

Selain itu, New York Times me­laporkan program berkenaan pada mulanya dibiayai atas permintaan bekas Senator Harry Reid, yang juga merupakan pe­minat angkasa lepas. 

KAJIAN INVOKE: Umno Hanya Mendapat 41% Di Seluruh Negara, PAS Merosot 11%



SOKONGAN PENGUNDI MELAYU KEPADA UMNO DAN PAS MEROSOT:

UMNO HANYA MENDAPAT 41% DI SELURUH NEGARA, PAS MEROSOT 11%

INVOKE menjalankan dua jenis kaji selidik kecenderungan setiap bulan:

1.     Kaji selidik kecenderungan pengundi untuk mengenal pasti sentimen pengundi di seluruh negara melibatkan 5,000 orang pengundi berdaftar yang dipilih secara rawak oleh sistem komputer

2.     Kaji selidik kecenderungan pengundi di kerusi-kerusi marginal yang akan menyaksikan saingan sengit di antara BN dan PH, melibatkan 1,500 orang pengundi berdaftar di setiap kerusi marginal

Kajian dijalankan di minggu pertama setiap bulan dan keputusannya digunakan oleh INVOKE untuk menambahbaik profil 14 juta pengundi yang digunakan untuk mengenal pasti pengundi atas pagar yang dihubungi oleh sukarelawan INVOKE.

Kaji selidik nasional melibatkan 5,000 pengundi berdaftar di seluruh negara dijalankan di antara 5 hingga 13 Disember 2017, sementara kaji selidik di peringkat parlimen dijalankan di antara 6 November hingga 15 Disember 2017.

Dapatan-dapatan utama dari kaji selidik tersebut adalah:

        i.         Hanya 41% dari pengundi Melayu di seluruh negara menyatakan akan mengundi Umno jika PRU dipanggil dan berlaku pertandingan 3 penjuru

       ii.         Sekitar 50% dari pengundi Melayu yang akan mengundi Umno bersetuju bahawa GST membebankan dan menyokong jika ia dihapuskan. Ini bermakna tahap sokongan pengundi Melayu kepada Umno akan terus merosot kerana pengundi Umno pun merasa tekanan kos sara hidup

      iii.         Tahap sokongan pengundi kepada PAS telah jatuh merudum dalam tempoh 12 bulan. Hanya 14% pengundi Melayu menyatakan akan mengundi PAS dalam pertandingan 3 penjuru, jatuh 11% berbanding 25% pengundi Melayu yang memilih PAS dalam kaji selidik yang sama Januari 2017 lalu

      iv.         Tahap sokongan pengundi Melayu kepada PAS dijangka terus merosot dalam bulan-bulan akan dating. Dari 14% pengundi Melayu yang menyatakan akan menyokong PAS, hanya 21% akan tidak keluar mengundi sekiranya PAS tidak bertanding. Sebahagian besar pengundi PAS memilih untuk menyokong PH jika hanya PH dan BN bertanding, iaitu sebanyak 51% mengundi PH berbanding 28% yang akan mengundi BN

       v.         Tahap sokongan pengundi Cina kepada PH telah kembali ke paras 2013 iaitu melepasi 80% dalam bulan Disember 2017

      vi.         Tahap sokongan pengundi India juga telah kembali kepada paras 2013 iaitu 60% berpihak kepada BN dan 40% kepada PH

     vii.         Tahap sokongan pengundi Melayu kepada Umno lebih parah di negeri-negeri marginal utama iaitu Kedah dan Johor.

   viii.         Hanya 31% pengundi Melayu di kerusi parlimen Kulim Bandar Baru dan Merbok memilih Umno dalam pertandingan 3 penjuru, membayangkan tahap sokongan Melayu di Kedah kepada Umno adalah lebih rendah dari tahap nasional

     ix.         Begitu juga di Johor – hanya 30% pengundi di Johor Bahru memilih Umno dalam pertandingan 3 penjuru. Angka tersebut konsisten dengan kajian Institut Kajian Asia Tenggara NUS (ISEAS) yang mendapati tahap sokongan pengundi Melayu seluruh Johor kepada Umno hanyalah 35%, bermakna tahap sokongan di kawasan bandar seperti Johor Bahru adalah lebih rendah


Berdasarkan angka-angka tahap sokongan mengikut kawasan parlimen dan profil pengundi yang dikemaskini menggunakan angka terkini, INVOKE menjangkakan kedudukan kerusi di seluruh negara dalam pertandingan 3 penjuru adalah:


BN
PH
PAS
Jumlah
Semenanjung
63
102
0
165
Sabah & WP Labuan*
14
8
0
26
Sarawak
26
5
0
31
Jumlah
107
115
0
222
Sabah & WP Labuan termasuk kerusi yang dimenangi Warisan

BAGI PIHAK INVOKE

BERITA TERGEMPAR: Kapal Angkasa Star Wars mendarat di Tanjong Karang




OLEH: MOHD EZLI MASHUT

Keheningan dan kedamaian kawasan sawah padi di Tanjung Karang Selangor dikejutkan dengan kehadiran objek kapal angkasa ala Star Wars yang tiba-tiba mendarat di kawasan itu.

Gempar dengan penemuan itu penduduk kampung berpusu-pusu tidak melepaskan peluang melihat kehadiran objek kapal angkasa dipercayai dari luar angkasa lepas.

Malahan kehadiran Tentera Strormtrooper mahu meminjam motor serta meninjau kawasan sawah padi itu turut menggemparkan penduduk.

Ketika ini dunia dikejutkan dengan filem terbaharu Star Wars dengan sekuel 'The Last Jedi' apabila berjaya mencatat kutipan setakat 18 Disember 2017 mencecah RM1.83 bilion di seluruh dunia.

Suasana itu adalah imaginasi fantasi penulis bagi menggambarkan suasana hasil melihat foto dihasilkan Zahir Batin atau nama sebenar Zahirudin Ali menghasilkan suasana ala futuristik Star Wars yang dihasilkan pada sekiar 2015.

Beliau adalah seorang jurugambar tempatan yang menampilkan watak dan objek popular dari filem Star Wars beberapa tahun lalu.

Strormtrooper, T.I.E starfighter, X-Wing, AT-AT dan Ewok adalah antara karekter popular Star Wars yang dimasukkan dalam koleksi The Intruder.

Menggunakan mainaan kecil dan daya sentuhan kreativiti berjaya menghasilkan satu siri imaginasi manipulasi photo apabila Star Wars melanda kawasan sawah padi di Tanjung Karang, Selangor.

Jurugambar, Zahir Batin mengabadikan elemen-eleman dari siri filem Star Wars bersama dengan permandangan kampung indah di Selangor.

Sebelum ini Astro Awani pada 28 Julai 2015  melaporkan Zahir berkata idea untuk menggabungkan dua elemen ini datang secara spontan dan didorong oleh perasaan ingin tahu.

Menurut beliau semua foto dirakam di sekitar kawasan rumahnya yang terletak di Kampung Sawah Sempadan, Tanjong Karang.

Jom saksikan kreativiti Zahir Batin :









TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...