FINAL CALL | Tinggal 2 Hari Sahaja Tempah 5 Juta Tempat Duduk PERCUMA* AirAsia

    Sumber Grafik : AirAsia


Tawaran lima juta tempat duduk percuma AirAsia yang dilancarkan pada Isnin lalu mendapat sambutan luar biasa apabila jutaan tempahan ke destinasi kegemaran di seluruh rantau ini telah dibuat di AirAsia Super App dan laman web.


Tawaran lebih nilai yang membolehkan pelanggan terbang secara percuma dan hanya membayar cukai lapangan terbang dan caj lain yang berkenaan, akan berakhir dua hari lagi.


Penerbangan ke destinasi domestik di Malaysia bermula daripada RM23 (termasuk cukai dan caj berkenaan), manakala penerbangan ke destinasi ASEAN boleh ditempah daripada RM54.


Sempena meraikan jualan hebat ini, AirAsia turut mengumumkan penyambungan semula perkhidmatan penerbangan ke beberapa laluan dengan permintaan tinggi.


Destinasi popular seperti Tokyo, Sapporo (melalui AirAsia X) dan Fukuoka (melalui Thai AirAsia X) juga kembali tersedia untuk tempahan berikutan pengumuman oleh kerajaan Jepun mengenai kelonggaran sekatan perjalanan ke Jepun bermula 11 Oktober tahun ini, di mana pengembara individu boleh melancong tanpa visa atau lawatan berkumpulan.


Pelanggan boleh menikmati ketenangan di Onsen Jepun dengan penerbangan bermula daripada RM599 untuk tempat duduk ekonomi atau daripada RM2,599 untuk Premium Flatbed.


AirAsia X juga akan menyambung semula penerbangan popular ke Jeddah pada bulan November tahun ini dengan penerbangan bermula daripada RM1,799 untuk tempat duduk ekonomi dan daripada RM2,999 untuk Premium Flatbed.


Warga Pulau Pinang pula boleh terbang terus ke Bali bermula RM159 untuk perjalanan antara 20 Oktober 2022 dan 25 Mac 2023.


Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia, Karen Chan, berkata tempahan yang dicatatkan telah menjana jualan harian terbaik syarikat penerbangan itu sejak bermulanya pandemik COVID-19 dan ia terus berusaha untuk melepasi sasaran.


"Ramai yang memasang impian untuk terbang ke destinasi kegemaran mereka. Kami bukan sahaja merealisasikannya sejak 20 tahun lalu, kami juga menjadikan perjalanan udara berpatutan.


"Dengan berbaki hanya dua hari sahaja lagi, kami menggalakkan semua orang untuk menempah tempat duduk percuma ini untuk terbang bersama-sama kami," katanya.


Sempena jualan hebat ini dan sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-21 akan datang, AirAsia akan memberikan pelbagai tawaran menarik dari 24 hingga 25 September 2022.


Kunjungi The Starhill, Kuala Lumpur pada hujung minggu ini dan temui Allstars untuk mengambil bahagian dalam aktiviti menyeronokkan.


AirAsia juga akan menawarkan barangan berjenama AirAsia dan makanan percuma seperti Nasi Lemak On-The-Go dan aiskrim Nasi Lemak Pak Nasser oleh Santan serta popcorn dan gula-gula kapas.


Berikut Adalah Kenyataan Penuh Media : 


Panggilan Akhir: Hanya tinggal dua hari sahaja untuk menempah 5 Juta Tempat Duduk PERCUMA* AirAsia sebelum terlambat!



SEPANG, 23 September 2022 - Hanya dua hari sahaja lagi untuk anda menempah Tempat Duduk PERCUMA* yang telah dilancarkan pada hari Isnin lalu. Sejak ia dilancarkan, tempahan ke destinasi kegemaran semua di seluruh rantau ini telah ditempah dalam masa yang singkat. 


Dalam masa empat hari sahaja, berjuta-juta tempahan telah dibuat di airasia Super App dan laman web untuk mendapatkan tawaran lebih nilai di mana mereka boleh terbang secara PERCUMA* dan hanya membayar cukai lapangan terbang dan caj lain yang berkenaan.


Penerbangan ke destinasi domestik di Malaysia bermula daripada RM23 (termasuk cukai dan caj berkenaan), manakala penerbangan ke destinasi Asean boleh ditempah daripada RM54. 


Sempena meraikan jualan hebat ini, AirAsia turut teruja untuk mengumumkan penyambungan semula perkhidmatan penerbangan ke beberapa laluan dengan permintaan tinggi! Destinasi popular seperti Tokyo, Sapporo (melalui AirAsia X) dan Fukuoka (melalui Thai AirAsia X) juga kembali tersedia untuk tempahan berikutan pengumuman oleh kerajaan Jepun mengenai kelonggaran sekatan perjalanan ke Jepun bermula 11 Oktober tahun ini di mana pengembara individu boleh melancong tanpa visa atau lawatan berkumpulan. 


Nikmatilah ketenangan di Onsen Jepun dengan penerbangan bermula daripada RM599 untuk tempat duduk ekonomi atau daripada RM2,599 untuk Premium Flatbed. 


AirAsia X juga akan menyambung semula penerbangan popular ke Jeddah pada bulan November tahun ini dengan penerbangan bermula daripada RM1,799 untuk tempat duduk ekonomi dan daripada RM2,999 untuk Premium Flatbed.


Bukan itu sahaja! Kami ada berita menarik untuk warga Pulau Pinang - anda kini boleh terbang terus ke Bali bermula RM159 untuk perjalanan antara 20 Oktober 2022 dan 25 Mac 2023. Tempat duduk kini tersedia untuk ditempah


Karen Chan, Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia berkata: “Ini adalah minggu yang luar biasa dan sekali lagi kami terus mengatasi diri kami! Jualan ini telah menjana jualan harian terbaik kami sejak bermulanya pandemik COVID, dan kami terus berusaha untuk melepasi sasaran kami. Kini kami kembali dengan semangat yang lebih kuat!


“Ramai yang memasang impian untuk terbang ke destinasi kegemaran mereka. Kami bukan sahaja merealisasikannya sejak 20 tahun lalu, kami juga menjadikan perjalanan udara berpatutan! Dengan berbaki hanya dua hari sahaja lagi, kami menggalakkan semua orang untuk menempah tempat duduk PERCUMA* ini untuk terbang bersama-sama kami.”


Sempena jualan hebat ini dan sebagai sebahagian daripada sambutan hari lahirnya yang ke-21 akan datang, AirAsia akan memberikan pelbagai tawaran menarik kepada semua orang dari 24 hingga 25 September 2022! Kunjungi The Starhill, Kuala Lumpur pada hujung minggu ini dan temui Allstars kami untuk mengambil bahagian dalam aktiviti menyeronokkan.


Kami juga akan menawarkan barangan berjenama AirAsia dan makanan PERCUMA! Nikmati Nasi Lemak On-The-Go dan aiskrim Nasi Lemak Pak Nasser oleh Santan airasia serta popcorn dan gula-gula kapas untuk semua.


Selain itu, tonton persembahan menghiburkan oleh kru kabin AirAsia dan jangan lepaskan peluang menyertai The AirAsia Big Sale Treasure Hunt, di mana anda akan berpeluang memenangi penerbangan ke beberapa destinasi menarik.


Promosi Tempat Duduk PERCUMA* ini tersedia secara eksklusif di aplikasi airasia Super App dan laman web sehingga 25 September 2022 untuk tempoh perjalanan antara 1 Januari 2023 dan 28 Oktober 2023. 


Untuk maklumat terkini mengenai penerbangan, pelancongan dan gaya hidupi, ikuti @flyairasia di Instagram/Facebook atau @airasia di Wechat/Weibo. Untuk pengalaman yang lebih lancar dan dipertingkatkan, muat turun aplikasi airasia Super App di Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei App Gallery.


*Tambang termasuk semua daripada RM23 untuk penerbangan domestik


*Tambang termasuk semua daripada RM54 untuk penerbangan di rantau Asean (Termasuk cukai lapangan terbang, caj MAVCOM, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan)


*Tertakluk kepada terma dan syarat.



Final Call: Only two days left for AirAsia’s 5 Million FREE* Seats sale! Grab yours before it’s too late!



SEPANG, 23 September 2022 - With only 2 days to go for AirAsia’s 5 Million FREE* Seats sale, seats are getting snapped up quickly! The sale was launched on Monday, and since then, fares to everyone’s favourite destinations worldwide have been booked in record time. 


In a mere 4 days, millions of value seekers have flocked to the airasia Super App and website to bag a bargain - flying for FREE* and only paying the airport taxes and other applicable charges.


Flights to local destinations in Malaysia start from only RM23 (inclusive of taxes and charges), whereas flights to Asean destinations can be booked from just RM54. 


To celebrate this super sale, we’re  thrilled to announce the resumption and launch of flights to some of our most in-demand routes! Popular destinations such as Tokyo, Sapporo (via AirAsia X) and Fukuoka (via Thai AirAsia X) are also back on sale following the recent announcement by the Japanese government on the lifting of restrictions into Japan starting 11 October this year with the resumption of visa-free entry for individual travellers and without a guided tour. 


Bask in the serenity of Japan at a soothing Japanese Onsen from only RM599 for economy or fly in style and comfort on our Premium Flatbeds from RM2,599. AirAsia X will also be resuming popular Jeddah flights in November this year with flights starting from RM1,799 for economy and from RM2,999 for Premium Flatbeds.


That’s not all! We’ve got exciting news for Penangites - you can now fly direct to sunny Bali for just RM159 for travel between 20 October 2022 and 25 March 2023. Seats are on sale now for the first time! 


Karen Chan, Group Chief Commercial Officer of AirAsia said: “It has been an incredible week and in true AirAsia style, we keep outdoing ourselves! This latest sale has generated our best daily sales since the onset of COVID, and we keep aiming to surpass our targets each time. It feels like we’re back to the future after essentially restarting again.


“Flying used to be an unattainable dream for many, and not only have we made it affordable for the last 20 years, we’re now giving it away for minimum cost! With only two more days of the sale to go, we urge travellers to grab the last FREE* seats still on sale and spread your wings near and far with us.”


In conjunction with the latest amazing sale and as part of its 21st birthday celebrations, AirAsia will be painting the city red this weekend and we’ve got a few surprises for consumers from 24 to 25 September 2022 that shouldn’t be missed! 


Keep your eyes peeled when you’re in Kuala Lumpur city centre as we light it up red with a range of exciting games and activities. Make your way to The Starhill this weekend and meet our friendly Allstars for plenty of fun and entertainment.


Free giveaways include branded merchandise as well as yummy bites courtesy of AirAsia! Enjoy a free Nasi Lemak On-The-Go and a cup of Pak Nasser’s Nasi Lemak Ice Cream by airasia’s Santan and end your meal on a sweet note with some popcorn and cotton candy from our cotton candy machine. 


That’s not all, there’ll be entertaining performances by AirAsia’s talented Crew on both days and The AirAsia Big Sale Treasure Hunt, where you’ll stand the chance to win flights to some of everyone’s most sought-after destinations. 


The FREE* seats promotion is available exclusively on the airasia Super App and website, until 25 September 202 for travel between 1 January 2023 and 28 October 2023 by clicking on the ‘Flights’ icon on the airasia Super App or website.


Stay up to date on the latest in flights, travel, lifestyle and more following @flyairasia on Instagram/Facebook or @airasia on WeChat/Weibo for the latest updates.  For a seamless and enhanced experience, download your airasia Super App from the Apple App Store, Google Play Store, or Huawei AppGallery. 


*All-in fare from RM23 for domestic flights*All-in fare from RM54 for flights within Asean (Includes airport taxes, MAVCOM fee, fuel surcharges and other applicable fees)


*Fares to some longer haul destinations are on sale subject to regulatory approvals.


*T&Cs apply

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...