Najat Driouech Azam Jadi Ahli Parlimen Wanita Islam Pertama di Catalonia



GLOBAL : Bakal calon Ahli Parlimen wanita Islam pertama Catalonia berharap kaum hawa di wilayah itu diberi peluang sama dengan golongan lelaki untuk terlibat aktif dalam arena politik.

Ketika ini, terdapat kira-kira 515,000 umat Islam di Catalonia dan menyumbang hampir 15 peratus kepada populasi di wilayah itu.

Agensi Berita Antarabangsa BBC NEWS melaporkan, Najat Driouech memulakan kempen memperkasakan peranan wanita dalam arena politik Catalonia selepas wilayah terbabit dirundung krisis pengisytiharan kemerdekaan tidak sah.

“Saya tidak mahu anak-anak saya merasai kesengsaraan dilalui datuk dan nenek mereka atau seperti saya rasakan. Saya mahu mereka hidup dalam suasana bermasyarakat inklusif, sama rata dan diiktiraf dalam pelbagai perkara mereka lakukan,” katanya.

Najat tiba di Catalonia dari Maghribi bersama ibu bapanya ketika usianya sembilan tahun pada 1990.

Di wilayah tersebut, beliau terlibat secara aktif sebagai pekerja komuniti untuk majlis perbandaran tempatan di Masnou yang merupakan sebuah pekan di luar Barcelona selama 17 tahun.

Biarpun tidak menyertai sebarang parti politik sebelum ini, Najat bersetuju menyertai senarai pencalonan bagi parti prokemerdekaan, Republican Left of Catalonia (ERC) untuk mencabar kemampuan dirinya ke peringkat yang lebih tinggi.

“Saya mengambil langkah ini ketika Catalonia dihimpit krisis politik, namun saya percaya adalah perlu untuk mendidik masyarakat minoriti yang sering percaya kumpulan minoriti lain adalah golongan pertengahan.

“ERC juga berharap untuk catat kemenangan majoriti bagi mengukuhkan Perlembagaan Catalonia,” jelasnya.

Sementara itu, Najat turut menegaskan keputusannya untuk bertanding dalam pilihan raya adalah untuk membuktikan penentangannya terhadap amalan perkauman yang dilakukan oleh sesetengah ahli politik Catalonia.

  

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...