Posts

Showing posts from January 19, 2009

20hb Januari 2009..Hari bersejarah Ku..

20hb JANUARI 2009 :UMURKU KINI 31 TAHUN. HARAPAN BARU UNTUK DUNIA MASA HADAPAN

Oleh : Mohd Ezli Bin Mashut
Blog : http://www.ezli007.blogspot.com/ / 017-6543974

‘Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Amat Mengasihani. Salam dan Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. , para sahabat serta para Tabiin, para alim ulama dan para syuhadak. Semoga kita mendapat Safaat Junjungan Kita Nabi Muhammad S.A.W di Akhirat kelak. Semoga kita juga sentiasa mendapat lindungan Allah dan diberi kekuatan untuk kita terus berjuang membela dan menegakkan kalimah Allah di seluruh pelosok alam maya ini. Semoga kita juga dipilih oleh Allah untuk menjadi salah seorang pejuang-pejuang yang akan membebaskan bumi Al-Aqsa daripada tangan-tangan Zionist Israel dan sekutunya. AMIN…’

Begitu pantas masa berlalu, sedar atau tidak umurku kini sudah mencecah 31 tahun. Maknanya sudah semakin berkurang setahun lagi umurku yang masih berbaki dalam meneruskan baki umurku yang tidak aku ketahui bila dan saat waktun…