Tempahan Penerbangan Dibatalkan AirAsia? Jom Ambil Tahu Cara Dapatkan Kredit Pada Hari Sama!



INFO TRAVEL| PENGGUNA penerbangan tambang murah, AirAsia kini boleh mendapatkan kredit dengan lebih mudah dan cepat, pada hari yang sama permohonan dibuat.

Pemegang tiket yang mendapati penerbangan mereka dibatalkan oleh AirAsia dari 23 Mac hingga 31 Ogos 2020 boleh mengekalkan nilai tempahan ke dalam akaun Ahli AirAsia BIG mereka pada hari yang sama permohonan dibuat.

Akaun kredit boleh digunakan dalam masa dua tahun (730 hari kalendar) dari tarikh dikreditkan dan tarikh perjalanan untuk tempahan baharu boleh dibuat pada bila-bila masa, selagi penerbangan tersedia untuk tempahan di airasia.com atau di aplikasi mudah alihnya.



Langkah terbaharu itu sejajar dengan nilai syarikat yang mengutamakan tetamu dan bertujuan untuk mengurangkan tekanan dan ketidakpastian dalam situasi terkini dengan penyelesaian yang lebih lancar.

AirAsia Virtual Allstar atau AVA akan membantu pelanggan untuk memohon Akaun Kredit mereka. Hanya kemukakan nama, e-mel dan nombor tempahan, kemudian, AVA akan memeriksa ID Ahli BIG yang diberikan untuk memastikan ia sama dengan nama dan rekod pendaftaran akaun Ahli BIG sebelum memproses kredit ke akaun mereka.


Ketua Pegawai Bahagian Kebahagiaan Pelanggan AirAsia Adam Geneave berkata, pihaknya menghargai maklum balas yang diberikan oleh tetamu dan pasukan AirAsia telah bekerja keras untuk mencari penyelesaian yang lebih cepat dan mudah untuk mengakses pilihan pemulihan.

"Kami berbesar hati untuk menawarkan pilihan Akaun Kredit yang lebih mudah kepada tetamu yang memilihnya sebagai kaedah bayaran balik untuk terbang bersama kami di masa hadapan. 
"Kami berterima kasih atas kerjasama mereka, yang bukan hanya akan membantu kami mengatasi cabaran ini, malah mengukuhkan semangat kebersamaan antara satu sama lain," katanya.

Tetamu yang telah memohon Akaun Kredit mereka akan menerima e-mel daripada AirAsia yang akan membantu proses permohonan kredit pada hari yang sama.

Selain itu, tetamu juga diingatkan bahawa Akaun Ahli BIG diperlukan untuk dikreditkan dan tertakluk kepada pengesahan tempahan.

SUMBER: MSTAR/30 JUN 2020

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...